Jumaat, 14 Mac 2014

Bersyukur lah.



Rabu, 12 Mac 2014

WW# MH370



Terkesan dengan ayat dari Kapten Norudin di MHI TV3

Di mana sains berakhir,Di situ bermula kekuasaan Allah.

Isnin, 10 Mac 2014

Hadiah dari Sally.


Assalamualaikum..dan selamat pagi.Masih lagi dalam mood sedih atas kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri kehilangannya.Hanya harap ada keajaiban yang berlaku dan MH370 pulang dengan selamat.

Ok..nak share cuci mata korang dengan hadiah yang saya dapat sebab jadi antara pemenang dalam segmen dari blogger Sally.
Ramai yang tahu kan segmen tu.. dah rezeki saya tetap jadi milik saya lah hehee.Ni kali ke 4 saya menang segmen..Alhamdulillah.


Haa..ni la yang saya dapat,comel je kan.Tau ke apa ni?cer teka..:D Jauh di terbangkan dari Ho Chi Minh tau.Tak pe sally,,kecik ke besar bentuknya akak tetap hargai.Thanks so much..mmuahh..


Ahad, 9 Mac 2014

Kemana hilangnya MH370 ?




Semua sedia maklum negara di kejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 dari menara kawalan pada jam 2.30 pagi semalam dalam flight dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pada mulanya saya tidak percaya apabila melihat berita ini tersiar di laman facebook pada pagi semalam.Terkejut dan merasa ngeri jika ia benar-benar berlaku.

Ternyata ia adalah berita yang sahih apabila saya menonton televisyen.Pesawat Airline MAS hilang..Terus saya rasa nak mengikuti perkembangan yang berlaku.Mengikut info yang saya dapat dari TV3,,Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa kira-kira 6 jam.Minyak yang di isi melebihi 6 jam iaitu 8 jam.Sepatutnya flight akan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi.Sekarang sudah melebihi 8 jam..


Tidak mungkin pesawat MH 370 itu masih terbang kerana pasti sudah kehabisan minyak. Jika sudah mendarat dengan selamat pasti ibu pejabat dan ahli keluarga sudah dihubungi. Nescaya ia pasti sesuatu musibah telah berlaku, cuma kita berdoa agar penumpang pesawat itu masih terselamat dan sempat diselamatkan. Sama-sama berdoa yang terbaik buat semua yang terlibat. Bacaan semasa musibah adalah Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Meningatkan kita bahawa kita semua akan kembali kepada Allah swt.Ustaz Dr.Zaharuddin Abd.Rahman.





Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..



Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.


Pesawat MH370 merupakan pesawat yang mempunyai teknologi paling canggih dan pilot yang mengendalikan pesawat ini juga seorang yang sangat terlatih dan hebat menggendalikan peswat tersebut.Yang menjadi persoalannya,,mengapa tiada sebarang amaran atau bantuan yang di keluarkan oleh pesawat tersebut jika sudah tahu bahawa berlaku kerosakkan atau kecemasan di dalam pesawat.Malah ia hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak.

Kemungkinan ia meletup secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.Jika benar,,di mana serpihan pesawat itu masih menjadi tanda tanya.Jika terhempas di lautan di mana bangkainya.

Walaupun kerajaan Vietnam mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat ini terhempas di lautan tetapi sehingga kini tiada pengesahan di buat oleh kedutaan malaysia.

Sumber Malaysia Hari ini.

Lebih menjadi persoalan apabila terdapat 2 nama penumpang yang tersenarai berada di dalam pesawat itu tidak berada di dalam pesawat itu,malah salah seorang daripadanya masih berada di kediamannya.Kedua-dua penumpang itu pernah kehilangan pasport masing-masing..Kemungkinan pasport palsu di gunakan untuk menaiki penerbangan tersebut.Adakah berlaku serangan pengganas di dalam pesawat itu juga masih belum bertemu jawapannya.Seperti yang di dakwa berlaku dalam kejadian kejadian di Tanjung Kupang ,Johor pada tahun 1977.

Walau secanggih mana pun teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah Swt.Harapan dan doa semoga semuanya terjawab dalam waktu terdekat

Mungkinkah akan di temui dalam keadaan begini.
Gambar #facebook.

Mari sama-sama berdoa agar di permudahkan pencarian MH370 dan di beri petunjuk di mana keberadaannya.Hanya keajaiban sahaja yang di harapkan.Innalillah..dari Allah kita datang,kepadanya juga kita kembali.

Untuk mengetahui berita terkini mengenai MH370 boleh klik Sini.

Sabtu, 8 Mac 2014

Setahun Sudah Berlalu..


7-3-2013 adalah tarikh bersejarah dalam hidup saya.Bukan melahirkan anak ye..hehee..Maka pada semalam genap lah usia tragedi yang menimpa.Rasa cepat masa berlalu,namun sejarah itu di harap tidak akan berulang..

Facebook.


Allah memberikan ujian yang paling besar buat saya,apabila saya di timpa kemalangan yang boleh di kategorikan ngeri.Mengimbau sedikit kejadian ngeri itu.. berlaku pada waktu tengahari ketika ingin mengambil anak pulang dari sekolah,di rempuh dari sisi kanan ketika cuba membelok kemudian di seret dalam keadaan yang masih cantik je menunggang motosikal.Apabila kereta yang merempuh saya menekan brek,saya mula tercampak di atas cermin hadapan kereta tersebut lalu tergolek berguling-guling di atas jalan raya.

Di sebabkan kemalangan itu saya mengalami kecederaan teruk di mana patah peha kanan,retak ibu jari kaki kanan,patah buku lali kiri,patah tulang jari kaki kiri dan putus urat-urat di bahagian jari jemari kaki kiri.Tidak mampu berjalan dan hanya terlentang di atas katil hampir 5 bulan.Panas tulang tongkeng tau..huhuu..Merasa memakai diapers ketika usia semakin tua,sebab masa kecik-kecik dulu pakai napkin je..hehee

Kini...setahun sudah berlalu.Alhamdulillah saya mampu berjalan semula walaupun kini tidak mampu berlari...>-< Kenikmatan dan kesempurnaan yang di beri pinjam telah di ambil semula.Perlu redha dan percaya ini semua mungkin ada hikmahnya.Tanda kasih dan sayangnya kepada saya.Allah boleh saja ambil nyawa saya dari jasad ketika itu..subhanallah..syukur kerana saya masih bernafas,,tidak kembali kepadanya dalam keadaan bekalan akhirat yang masih kekurangan.

Mungkin ini ujian ataupun balasan kecil atas dosa-dosa dan kelalaian saya selama ini.Masha allah..fikir positif akan membuat ujian yang dilalui itu dengan mudah.Mengkaji semula di mana silap saya,muhasabah diri..di manakah kedudukkan saya di sisinya.Ya..Allah masih jauh dengan syurgamu.

Ini adalah peluang yang Allah beri untuk saya memperbaiki diri.Mungkinkah akan ada peluang lagi,itu saya tidak pasti.So..saya harap boleh gunakan peluang ini sebaiknya,insha allah.Ujian ini membuat saya lebih sedar akan kekhilafan.Ini lah di namakan hikmah di sebalik ujian.

Pandang diri kita,,jaga dan hargai segala pinjaman dan kenikmatan dunia.Segalanya hanya pinjaman.Kalau dulu saya manusia sempurna,kini tidak lagi..Allah tarik sedikit dengan kecacatan.Hikmahnya..kurang merayap..hehee..lau kaki ok,asyik nak merayap je ke sana ke mari..dah macam ni,nak pun semuanya terbatas.

Dan..pada tengahari semalam juga kereta yang saya pandu semasa ingin mengambil anak di sekolah di sondol dari belakang oleh lori.Saya memang perasan lori tu dekat sangat dengan kereta saya.Bagi laluan untuk memotong,tak nak pulak.Akhirnya dia cium kereta saya tu..huhuu.Nasib baik cium manja je,tapi tersentap jugak saya bila kereta tetiba bergerak..sakit jantung..ingatkan terlepas clutch semasa berhenti.Rupanya tidak.Kalau kuat sudah tentu kereta saya akan melanggar bas sekolah di hadapan saya,boleh jadi juga tersepit masuk di bawah bas tu..Nak tengok orangnya..tak nampak sebab lori tu tinggi..saya teruskan memandu sambil menghafal no pendaftaran lori tu untuk rujukan jika kereta saya mengalami kecederaan.Alhamdulillah ok.


Nak baca kisah kemalangan tu pergi ke menu tab MEMORI.

Jumaat, 7 Mac 2014

Sayangnya Allah Pada Kita

Assalamualaikum..




Rabu, 5 Mac 2014

Keburukkan terbongkar!

Assalamualaikum..

Sebelum tu,saya mohon maaf sangat2 sebab lama tak bw ke blog korang semua.Blog pun tak berupdate lama da.Semangat blogging hilang entah ke mana.Sampai sekarang pun masih tak muncul juga,tapi terpaksa demi menyambung entri sebelum ni yang tidak berkesudahan.Ramai yang ternanti-nanti sambungan cerita INI kan..Eh,,iye ke ramai? Hehee..saya tak pasti sama ada boleh habiskan cerita ni dalam entri kali ni ye.mohon sabar.
                        -------------------------------------------------------------------------------------------
                          
Sampai satu ketika saya terpaksa memberitahu perbuatan dia kepada suaminya tapi..setelah nasi menjadi bubur.Bukan dalam waktu yang terdekat.Mengambil masa kira-kira 4 tahun lamanya.Eii..lamanya kan,kenapa lama sangat?? Sebenarnya tak de niat pun nak membuka aib isterinya sehingga berlaku satu peristiwa yang lebih menyayat hati, menyakitkan hati.:( 

Mengharapkan peluang yang di beri itu dia boleh berubah dan bertaubat hanya sia-sia.Sesuatu yang lebih buruk terjadi lagi.Berlaku dalam situasi yang sama,bulan yang sama tetapi orang yang berbeza dan dari bangsa asing (indonesia).Untuk lebih mudah faham saya gunakan nama samaran dalam watak ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ani semakin cantik berdandan,bersolek ala2 trafik light.Pakaian mengalahkan anak dara,memang jauh berbeza dari sebelum ni.Kalau tengok orang yang kelihatan seksi,tetiba bertudung litup sudah tentu kita akan rasa..wahhh..alhamdulillah kan.Tapi kalau tengok orang yang sentiasa berjubah tetiba berpakaian macam tak cukup kain,dah tentu rasa terkejut dan pelikkan..astahgfirullah..

Gambar hiasan Sumber
Mereka menjadi pasangan yang agak mesra,boleh di lihat kemesraannya itu.Tak pandai nak cover hubungan antara pekerja.Rakan-rakan sekeliling mula curiga dan rasa nak muntah je tengok gelagat mereka berdua.Abu (Suaminya)tidakperasan akan hal itu..kami semua tak nak bagitahu atas sebab tak nak masuk campur hal orang la kan.Tapi kalau dah hari_hari mata ni sakit tengok,kesian pula dengan suaminya kan.Hanya memberitahu sedikit mengenai sikap isterinya itu,,takut di anggap fitnah,ada baiknya Abu skodeng je isterinya.Biar jelas nampak dengan mata kepala sendiri.

Biasanya bazar ramadhan ni tutup sekitar jam 2-3 pagi,tutup keliling khemah dengan kanvas.Ani dan pekerjanya tanpa segan silu duduk berduan dalam khemah yang tertutup itu.Astaghfirullah..apa mereka buat dalam tu

Kami peniaga2 memang akan terus sahur sekali di kedai berdekatan.Abu call Ani ajak sahur bersama,tetapi di tolak dengan berbagai alasan..Ketika itulah Abu mula menyekodeng Ani dan benarlah apa yang sedang di perkatakan rakan2 tentang isterinya itu.Di lihat Ani sedang mesra bersahur dengan pekerjanya sendiri.Rasa nak sepak terajang je masa tu,tapi imannya mengawal segalanya.

Mulai dari detik itu,tiada lagi rahsia yang harus di sembunyikan.Ani  mula meminta agar di ceraikan dengan alasan ingin berkahwin dengan pekerjanya itu.Hancur luluh hati Abu setelah 15 tahun hidup bersama tetiba isterinya memberitahu bahawa dia sudah jumpa lelaki idaman hatinya..Terkedu seketika tetkala Ani menyatakan isi hatinya."Selama ini aku bukan lelaki idaman kau ke?""Bukan" jawab Ani selamba."Apa lagi yang tak cukup aku bagi,,rumah,kereta,van,lori semua ada"Hidup mereka memang dah lengkap,tapi Ani telah di butakan oleh cinta terlarang.

Menurut Ani,pekerjanya itu lebih kaya dari Abu.Ada banyak duit dan rumah besar di negaranya.Kalau di fikir oleh akal yang waras,buat apa susah_susah datang ke Malaysia cari kerja jika sudah kaya kan."Kalau 
abang tak nak ceraikan saya,saya akan kawen jugak dengan dia di indonesia"Ani mula mengugut Abu.Masyaallah,,tak ada rasa bersalah dan berdosa pun masih berstatus isteri teapi nak berkahwin dengan lelaki lain.Kalau lelaki bolehlah kan.Oleh kerana kasih dan cintanya kepada Ani,Abu memberi ruang dan waktu untuk Ani berfikir,takut salah membuat keputusanAbu takut kalau-kalau fikiran Ani sedang bercelaru dan tidak sedar apa yang di minta.Abu mula bertanya Ani,Adakah Ani sedar dengan apa yang Ani cakap tadi..Ani yakin yang dia sedar.

Pada syawal ke 5,,mereka membuat permohonan penceraian di jabatan agama islam.Sebelum di luluskan,,pemohon harus menjalani seisi kaunseling dahulu.Tapi tidak boleh masuk serentak.Ani pergi dulu dan setelah beberapa minit,giliran Abu pula.Belum sempat Abu menceritakan masalah mereka,Abu di nasihati agar menceraikan isterinya itu dengan segera.Ini kerana Ani telah berterus terang segalanya tentang hubungan cintanya dengan si kekasih hatinya itu.Dayus lah suami kalau masih mahu menyimpan iseri yang sebegitu.Dan Akhirnya mereka sah bercerai dengan talak 1.Hak penjagaan anak di berikan sepenuhnya kepada Abu,kerana Ani tak nak bawa anak sebab susah katanya.

Setelah bercerai barulah kami memberitahu perbuatan Ani sebelum ni kepada Abu.Abu sangat marah ketika mendapat tahu yang kami rakan2nya menyembunyikan cerita itu darinya."Sampai hati korang,tak ada sorang pun yang nak bagitahu aku" huhuu.."Dah jadi macam ni,baru nak bagitahu,dah tak guna"..ye lah memang betulkan.

Siapa sangka kan,,,sebaik-baik wanita boleh juga berubah menjadi sejahat-jahat wanita.Nauzubillah..
Ada yang nak tahu tak apa jadi setelah mereka bercerai..kalau ada,,insha allah ada kelapangan saya akan kongsikan,Setakat ni dulu ye..ada masa saya akan singgah ke blog anda semua.



WW# Semua nak update



Facebook

#Layan gambar ni je dulu ye..mood blogging da hilang..lama,x bw ke blog korang,insha allah jika semangat itu muncul kembali.Terima kasih pada yang masih sudi datang..#

Anne Nurain