Khamis, 7 Februari 2013

AL KISAH SEBIJI BURGER

Ada cerita yg aku rasa menarik untuk di dikongsikan. Jom baca 



Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Senyum Kredit kpd : Dato' Tuan Ibrahin Tuan man

#untuk peringatan aku jugak.Kekadang kita tak pernah terfikir pun, bahawa apalah sangat dengan marah nya mak pada kita, hingga terlalu menyimpan perasaan yg hanya nampak kesilapannya,jika nak di bandingkan dengan pengorbanannya..subhanallah perbaiki diri dan mohon  di jauhi sifat2 ini.Walaupun adakalanya,, sikap mereka cukup menyakitkan hati.


Isnin, 4 Februari 2013

DI SEBALIK TIRAI BESI

Kisah menyayat hati ini, aku copy dari link ini http://kisahbest.my
Jom jom, luangkan masa seketika baca artikel ini.

Sedih! Disebalik Kisah Tirai Besi Banduan 650 | Tidak ramai yang tahu tentang kisah sebenar seorang banduan yang dikenali sebagai banduan 650 ini. Namun coretan perjalanan hidupnya cukup menyedihkan kerana dirinya telah dizalimi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Seorang yang berpendidikan tinggi dan merupakan seorang hafizah al-Quran dan sudah mempunyai anak. Namun tiba-tiba diri dan anak-anaknyahilangKisahBest.My wanita yang dikenali sebagai Dr Aafia ini sebenarnya telah dipenjarakan malah turut diseksa dan dirogol. Ya Allah, kejamnya mereka!

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu lelakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.


Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?
“Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: tausyah.wordpress.com )
Siapakah Aafia?
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafizah al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).
Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.
Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.
“Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin.”
Justice for Aafia.






Anne Nurain