Ahad, 14 April 2013

Birthday party

Sebenarnya birthday party ni pada 24.3.2013 yg lalu.Kali ni baru sempat nak update coz x de mood n byk entry yg nk aku tulis.kena ikut turn la kan.Plan tiap2 tahun sama je, setiap bulan 3 pada cuti sekolah, aku akan adakan majlis harijadi untuk anak2 aku.Kenapa bulan 3? Ini sebab 2 org anak aku lahir pada bulan yg sama, iaitu alif dan alya.Tapi aku gabungkan sekali 3 org dlm party ni.Alisha lahir pada bulan 1, senang celebrate sekali.

Seawal bulan 1 lagi, aku da start siapkan brg2 untuk party ni.Beli baju , bag pack, snack, cenderahati, dan gift untuk game.Eh, birthday card pun aku da buat, sayangnya aku x sempat print coz musibah melanda.Siapa sangka akan jadi macam ni.Hanya tinggal 2 week je lagi untuk balik ke kampung.Aku xcdent, kecederaan agak parah.Anak2 pulak sering bertanya."mama,, x jd ke?"."mama..baju ni x pakai ke?& mcm2 lg.Bila ckp " kita buat lain kali ea", masing2 buat muka sedih.Mana x nye,, xcited da anak dara aku nk pakai baju yg aku beli tu.Bila di fikirkan, x pe lah..buat je, yg sakit aku, anak2 sihat.So,, aku teruskan je.


alisha & alya
Tengok tu,seronok anak2 mama ni.Majlis ni x la sama mcm yg aku plan.Lari sikit dari plan asal.Keadaan x mengizinkan.Sebelum potong kek,en.abg baca doa selamat dulu.Kedengaran lah riuh dan meriah bila ramai2 nyanyikan lagu happy birthday to my kidz.Lepas tu boleh lah makan.Banyak gambar yg aku x dapat snap.Keadaan menyukarkan bg aku sebab aku berkerusi roda.

Ni my princes Alisha.Nampak hepi Kan.smile~

Selepas makan,ada game untuk budak2 yg dtg,lau menang ada gift La.antaranya musical chair, bola beracun,pingpong dlm sudu,teka gula dan macam2 lagi.Saje buat suke2 ni,buat tambah meriah dgn gelagat budak2 ni.Gambar x de pulak nk post.


alya,alif & alisha

Seronok tengok anak2 semua hepi.Tambah pulak dgn kehadiran kawan2 yg dan jiran2 yg dtg menziarahi Aku.Dari pagi sampai petang tak putus2 dgn kehadiran kawan2.Nak rakamkan Thanks byk2 buat my best fren Marlina krn bersusah payah tolong persiapan majlis ni sampai ke petang.

Bila majlis selesai,baru aku perasan yg aku tak buang air langsung sejak pg,dan aku belum makan.Huh..mungkin hepi Tgk ramai yg dtg.Lepas tu aku mandi dan masa tuk rehat.Ya,allah bila baring,kaki aku punye la sakit,bisa2 semua.Ni semua gara2 duduk di kerusi roda terlalu lama.Malam baru nak makan,eh,baru beberapa suap nasi aku makan, ada tetamu Lagi..

Apapun alhamdulilah,semua berjalan dgn lancar.


Khamis, 11 April 2013

Begitulah aku

Kehidupan yg sebelum ini agak bebas dgn pergerakan, kini terbatas.Makan, ber*k dan segala2 nya hanya dalam bilik.Begitulah aku selepas allah memberikan ujian yg sangat besar untuk aku.Kenikmatan berjalan yg di pinjamkan di ambil semula sementara.Ya, ku akui apa yg aku miliki ini semuanya hanya pinjaman.Bersyukur lah dengan apa yg kita ada.

Semua yg ingin aku buat memerlukan bantuan.Rasa teruk kan.Ketika inilah kesedihan melanda.Hanya airmata dan beristighfar aje lah.Anggap aje ni baru lagi, mungkin da lama2 ckit nanti ok la, pujuk hati.Ketika ini, nak kencing terpaksa guna diapers.Aku tak suka, tapi x de pilihan.Ya, allah mampu ke aku.Tulang tongking aku ni naik panas da.Mana x nye asyik terperap je atas katil.Begitulah aku.



Sakit di bahagian peha yg di pasang besi,alhamdulilah
Aku Masih mampu bertahan.Tapi, bila sakit di bahagian buku lali yg di pasang skru.subhanallah...tak tertahan rasanya menanggung kesakitan."ya, allah jika kesakitan ini adalah penghapus dosa, aku redha.Namun jika ia pengakhiran hidupku, aku belum bersedia.


Produk Shaklee

Ni ubat yg aku makan, di beri percuma oleh kawan aku yg rasa jauh, tapi sebenarnya dekat.Terharu sangat2 sampai mengalir airmata aku ni.Asalnya aku tanya je utk apa produk shaklee ni, eh dy nak bg pulak.sejujurnya aku malu sgt.Tak sangka pun ada.Thanks atas keperihatinan yg di beri.Semoga di rahmati allah dan Di kurniakan rezeki Yg tak Pernah putus.insyaallah.Nak citer banyak pasal produk ni aku x reti, tapi kalau korang nk tau klik SINI Dan SINI

Masa nilah kita tahu siapa yg betul2 kawan kita, alhamdulilah aku di kurniakan kawan2 yg hebat.Sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kebaikan aku agar cepat sembuh.syukran.


Toilet bergerak aku.ngee

Memandangkan aku x boleh berjalan en.abg belikan aku toilet bergerak ni.Cantik tak? Lau ada yg senasib dgn aku, belikan je ni, ada di jual di farmasi dgn harga Rm160.Senang sikitlah.Aku x suka guna diapers, gatal, panas dan x selesa.Tapi kalau g mana2 terpaksalah pakai jugak.Mungkin di awal2 dulu, agak sukar nk bergerak, tp da lama2 ni, alhamdulilah mudah.Begitulah aku

Selepas jahitan di buka, aku da di benarkan mandi, fuhh,,, lega dan segarnya, 2 week x mandi.Aku kena mandi wajib sekali coz aritu kan aku uzur.Solat pulak kena ganti la..Nak mandi kena berdukung ke bilik air.Lau x de yg mendukung aku, x mandi la.Nasib baik badan en, abg besar larat nak angkat aku.Kata en.abg masa baru2 xcdent aritu berat, skrg da ringan ckit.Hurmm,, x pe la, senang.Aku da kurus..

Semoga ini hanya seketika.Anggap aje, aku adalah insan terpilih oleh allah untuk di uji.X semua org mendapat ujian begini.Kuat atau tak untuk menghadapi nya.

Sekian





Anne Nurain