Isnin, 9 September 2013

Penentuan Terakhir# x-ray

Assalamualaikum..
Tak de citer pasal raya lg.Mood raya da habis la.hehee..Kali ni nk citer pasal diri saya.Beberapa minggu lalu saya ada check up terakhir dgn doktor di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.Macam biasa sebelum jumpa doktor kena x-ray dulu la.


Dapat je filem x-ray tu,saya pun membelek2 sementara menunggu giliran untuk berjumpa doktor.Da banyak kali rasa nk snap gambo x-ray ni tapi susahnya,dgn org ramai di situ segan pun ada.Akhirnya dapat jugak,tu pun En.suami yg suruh.Dan tu la hasilnya.

Skru,di buku lali dan besi pula di peha.Baru perasan besi yg di pasang di peha saya rupanya mempunyai skru kecil sebanyak 4 biji dan dah pun di sahkan oleh doktor.Tulang yg saya rasa terkeluar di bawah tapak kaki saya boleh kelihatan dgn jelas dlm filem x-ray tu di mana keadaan tulang jari saya yg membengkok.Sampai giliran saya di panggil saya pun bertanya kpd doktor sama ada tulang saya yg bengkok tu masih boleh di betulkan atau tidak.Sebab saya rasa tak selesa bila berjalan.

Malangnya doktor memberitahu bahawa tulang yg bengkok tu tak boleh di betulkan lagi kedudukannya.Tau tak kenapa?Ini kerana saya lambat menjalani operation pada tulang tersebut yg patah.Bukan sengaja saya lambat2kan,tapi ni semua sebab doktor yg memeriksa kecederaan saya semasa xcdent beberapa bln yg lalu,tidak perasan atau mengesan ada kecederaan tulang patah pada jari kaki saya.Boleh di kira kecuaian la.Selepas 2 bln xcdent baru saya menjalani operation..kerana itulah tulang saya yg patah tu sudah lari dari kedudukan asal.

Mungkin ini dah takdir saya.Apapun masih bersyukur kerana masih boleh menggunakan ke dua2 kaki saya utk berjalan walaupun kelihatan agak senget sebelah bila berjalan.Doktor kata saya juga akan mengalami sakit sendi2 mcm org2 tua selalu dapat pd masa akan dtg,bkn sebab saya da tua..hahaha.ini sebab kesan dari xcdent .

Lepas ni saya akan menjalani fisioterapi utk mengurangkan kesakitan saya.Dan saya dapat MC lagi 2 bulan.Insha allah lg 2 bulan saya akan meneruskan kerja saya sebagai bisneswoman..ahaks..ye la tu..
Sekian..

Ahad, 8 September 2013

Hari Terakhir# 6 Syawal

Hari terakhir saya beraya di johor adalah di rumah abang saya.Selepas pulang dari rumah kawan saya si cantik saya terus ke rumah adik perempuan saya.Sampai pun da malam,x sempat plk nk snap gambar masa di sana.Adik saya baru je pindah rumah,besar giler rumah dia ni bilik je ada 6 kalau x silap saya lah,hall dan dapur yg besar dan ada laman pula yg siap dgn kolam ikan.

Sama macam di rumah kawan saya tu la,x de ape2 mskn istimewa atas alasan yg sama(lauk x de).Ahh,saya x kisah la,cuma nk dtg beraya je.Masih ada gak rezeki kami walaupun hanya berlaukkan ikan sardin dan telur dadar.Sedap jugak kan,Alhamdulillah kenyang.

Kami bermalam di rumahnya,tapi apa yg buat saya malu,ble saya terng****l plk,Tak tau nk letak muka ni da,keadaan yg terlalu sejuk membuat kan saya ter....l.Ingat pagi2 nk gerak pulang ke Klang,tapi abang saya ajak singgah ke rumahnya pula.Dah x jauh cuma di Taman Scientex je.Kecik plk hati dia nanti kan.So,kami singgah siap makan tengahari lagi..


Lepas makan,solat dan rehat2kan badan seblum nk berjalan jauh ni.Dlm pkl 4ptg,kami sekeluarga bertolak pulang ke rumah saya di Klang selangor.Tapi x jadi jugak sebab En.suami sakit perut dan cery bery la plk.Kami singgah semula bermalam di rumah mertua di Muar.Al,maklumlah..rumah mak mertua saya ni mmg da x de org duduk.Time kami balik je la rumah tu ada org..

Pada ke esokkan harinya pula baru kami  meneruskan perjalanan pulang.Alhamdulillah kami selamat sampai.
Sekian saje cerita saya pada aidilfitri tahun ini.Insha allah di izinkan allah,akan bertemu lagi pada aidilfitri yg akan datang,aminn..
Anne Nurain