Sabtu, 31 Mei 2014

SIBUK

Assalamualaikum..


Sebelum tu terima kasih sangat2 kepada rakan2 yang masih sudi berkunjung ke blog saya,walaupun sejak akhir2 ini saya sudah jarang mengupdate entry dan singgah ke blog kalian.

Seperti yang saya pernah ceritakan,kehilangan mood untuk berblog adalah punca utama mengapa saya menyepi dari dunia blog.Dan sekarang di tambah pula dengan kesibukkan masa menjelang bulan Ramadhan akan datang.

Pertama sekali saya sibuk dengan produk baru jualan saya.Kini saya mula berjinak2 dengan menjual baju bundle berjenama untuk kanak-kanak.Baju2 ni datang dalam guni yang padat,jadi tugas saya harus menggosok baju2 tu supaya kelihatan lebih kemas dan menarik.

Belum pun siap kerja menggosok,saya cuba pula menjahit tudung layer sendiri untuk di jual,insha allah saya akan tunjuk gambar pada masa akan datang.Biasa beli tudung sekarang memang mahal kan,jadi apa salahnya saya cuba untuk menjahit sendiri.Tudung yang saya jahit lebih tertumpu kepada tudung kanak2.Inspirasinya datang apabila saya merasakan susahnya nak cari tudung anak2 saya yang cantik dan murah.

Tidak habis di situ,saya sedang menyiapkan segala peralatan untuk berniaga di bazar Ramadhan akan datang.Setiap tahun saya akan berniaga di Bazar Ramadhan Klang.Tahun lepas tak dapat berniaga sebab kaki patah.Ada rezeki tahun ni insha allah dapat lah tapak.Tapak2 berniaga di Klang ni di beri mengikut cabutan undi.Harga pula kaw2 punye.Mesti ada yang pernah pergi ke bazar klang kan.Kalau nak tahu sewa tapak bagi canopy warna putih tu sangat lah tinggi iaitu Rm7k bg 40 hari sahaja.Saya hanya menyewa tapak bagi canopy biru.Harga bergantung pada kawasan..paling tinggi sekitar Rm4k bg 20 hari sahaja.Permohonan untuk tahun ni dah di tutup.

Jika saya dapat tapak di Bazar Klang nanti,kepada siapa2 yang pergi ke Bazar Ramadhan di sekitar Shaw CenterPoint tu,boleh la cari saya ye.Kita bole kenal2..hehee tapi saya ni pemalu la sikit.:P

Cukup di sini dahulu coretan kali ini,insha allah bertemu kembali.Jangan berkecil hati kerana saya tidak singgah ke blog anda semua..thank u,kepada yang memahami.
Sekian.
^_^

Isnin, 5 Mei 2014

Rindunya..^_^




Hai..hai..hai..apa khabar semua?Rindunye lama x jumpa walau hanya di alam maya.Ada ke yang masih ingat kat saya lagi ni.hehee.Hope masih la ye ^_^

Mood berblog lama menghilang,sebenarnya sampai sekarang mood tu tak datang huhu ni saje paksa kan diri nak lepaskan rindu kat kamu..kamu..dan kamu..muahahahaa..Erkk,,ada ke yang rindu kat saya ni,ahaks. :D

Sorry sebab lama tak singgah blog korang.Sibuk pun ye jugak ni,,entah apa je yang sibuk sangat tu oii.Hahaha..

Insha allah lau berkesempatan saya akan kembali lagi.Cerita pun banyak dah terperap je,da boleh jd ikan perkasam.hehee..

Ok,cukup ni je dulu la.Ada rezeki bertemu kembali..daa~~

Anne Nurain