Memaparkan catatan dengan label Menu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Februari 2014

Telur Bistik



Telur Bistik
Rasanya ramai yang pernah makan telur bistik ni kan.Anak-anak saya memang suka sangat.Setiap kali pergi makan di kedai,mesti telur bistik ni menjadi pilihan lah.Biasanya kami makan dengan nasi putih,tapi kalau nak makan macam tu je pun sedap.

Dah selalu sangat order ni,saya rasa nak cuba masak sendiri je.Setiap kali makan di kedai saya mesti tengok bahan apa yang di gunakan.Dan saya cuba memasaknya sendiri.

Mudah je sebenarnya,jom tengok resepi dulu.

BAHAN
3 biji telur
Daging cincang
Sayur mixed
Black pepper
1 ulas bwg merah &1 ulas bwg putih ( dtumbuk/mayang )
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
1/2 biji tomato dpotong dadu
Gula & grm
CARANYA.
Bancuh telur dgn daging kisar, tomato, perasa dan sdikit garam gula
Goreng mcm telur dadar
Utk kuah
Tumis bwg merah n putih
Mskkn smua bhn sos
Garam gula
Tuang kuah atas telur.
Saya tabur bawang goreng,tak letak pun boleh,ikut citarasa masing-masing lah.
Siap untuk di makan.:D

Ahad, 9 Februari 2014

Ayam Buttermilk


Ayam buttermilk.

Da lama saya try masak ayam buttermilk ni.Baru hari ni berkesempatan nak update.Ini adalah first try memasak ayam ni gara-gara terliur tengok blogger Fiza update resepi ayam buttermilk ni.Hehee

Saya guna ayam mentah je dan potong kecil-kecil sebab senang anak-anak saya nak makan.Aromanya memang cukup menyelerakan.Anak saya cakap sedap sangat.hehee.Memang sedap lah,tapi makan banyak-banyak rasa muak pulak.Ye la,buttermilk tu.

Kalau korang nak try,boleh tengok resepi kat Sini.Terima kasih ye fiza,share resepi.Ni resepi kedua saya try dari blog fiza 
d=(^_^)=b

Jumaat, 17 Januari 2014

Siakap Stim Limau

Siakap stim limausebelum di masak.
Masa jenjalan kat blog fiza ni,saya nampak dia masak ikan siakap stim limau,macam kat gambar atas tu.,homemade lagi.Terus tertelan air liur ni.tekak dah memanggil2 untuk di isi hehee..Tengok resepi,nampak mudah je.Mintak en.suami belikan saya ikan siakap ni.

Ni lah first time saya try,alhamdulillah memang sedap..isi ikan tu memang dah sedap,,bau nya memang tak tahan...harum.Tak sabar nak makan time tu jugak.terima kasih ye fiza,sudi share resepi ni,kalau korang nak try buat boleh tengok resepi kat Sini.

Siakap fiza

Tapi ikan saya macam serabut je tengok tak macam fiza punye.sorry fiza akak pinjam gambar .hehe...tak pe lah janji sedap kan.nyumm...nyumm..nyumm..

Khamis, 28 November 2013

Twities Homemade



Snek
Suke makan snek x?..sambil2 tgk tv boleh la mengunyah2 kan..Saya buat sendiri snek ni,ala2 twities gitu..he..senang je..

BAHAN

# Laksa kering
# Serbuk kari
# Tumix

CARANYA

Goreng laksa kering dgn myk yg banyak
Biar kan sejuk
Kemudian..taburkan serbuk kari dan tumix..bg sebati
( tumix tu jgn byk2 nnt masin plk )
Siap..bole makan la..hehee

Senang kan..selamat mencuba..daa~~

Sabtu, 23 November 2013

MELTY HERSHEY 'S

Melty hershey

Pernah makan melty ni x?? Pada yg belum rasa lg,cpt2 cuba ye..x rugi sebab rasanya yg sedap sgt2 smpi x leh nk citer mcm ne kelazatannya ..hihii..tak tpu tau..Mungkin da byk org jual kt luar sana..kalau tempat anda x de dan susah nk cari,,try buat sdri la..senang je..jom tgk resepi di bawah ni..

BAHAN A

250 gm Cream Cheese
250 gm Whiping Cream
200 ml susu pekat

BAHAN B

Syrup coklat hershey
Biskut marie

BAHAN C ( hiasan )

Gula2 coklat m&m( ikut suka )
Coklat Chips
Cheddar Cheese( parut )-(saya x letak pun..hihi)

CARANYA

1. Satukan bahan A dan mixer hingga pekat
2. Masukkn  1 senduk adunan bahan A td ke dlm bekas
3. Susun/patah2kn biskut di atasnya
4. Siram syrup coklat di atas biskut
5. Ulang langkah 2,3 & 4 hingga habis.( bhgn atas mesti lapisan cheese ( adunan A )
6. Tabur gula2 m&m,coklat chips dan cheddar cheese( parut )
7. Simpan dalam peti sejuk.

Tggu sejuk dan sedikit beku,lepas tu bolehlah mula merasai kelazatan melty anda..yummy..

Selamat mencuba



Rabu, 20 November 2013

AISKRIM VANILA COKLAT

Sebelum ni saya pernah post pasal aiskrim jugak,tp kali ni dgn resepi berbeza yg lg mudah,cepat dan lebih berkrim..nk cuba,jom lah saya kongsikan resepi di sini.Resepi ni saya jumpa di fb.

BAHANNYA

1 Biji telur
1 cwn susu pekat
2 cwn susu full cream
1 Sudu ovellet
1 Sudu esen vanila
1 Sudu sebuk koko
Coklat chip utk hiasan

CARANYA

#Satukan bahan kecuali sebuk koko dan mixer hingga pekat dan gebu
#Bahagikn 2 bhgn dan 1 bhgn di campur dgn sebuk koko dan mixer lg.
#Tuang ke dlm bekas secara selang seli dan taburkan coklat chip di atasnya.
#Sejukbekukan di dlm freezer.
Siap dan selamat mencuba:D

Sabtu, 16 November 2013

Banofee Pie

Assalamualaikum..


Semalam saya try buat banofee pie ni,resepi search je dkt google..first time buat ni..jadi la jugak..cuma kurang butter,tu yg crumbs x berapa nk padat..hancuss ckit..tp rasanya tetap sedap tau.hehee..nk cuba..jom la..saya kongsikan resepi di sini.

Rupa banofee saya comot je..tp sedap..hihi

BAHAN#
# 1 Pek biskut cream cracker
# 1 buku butter
# 1 tin susu pekat manis
#1/2 cwn susu segar
# 1 kotak whiping cream ( tp x guna smua )
# pisang
# Coklat chip

CARANYA#
# hancurkan biskut mnjd serbuk..blend/tumbuk.( buat mcm base)
# cairkn butter dan tuang biskut crumbs tadi dan gaul sebati,tekan2 bg padat,
# simpan dlm peti ais flm 15 minit utk base keras ckit.

Sementara tunggu,,buat ni pulak.

CARAMEL#
# masak susu pekat dgn api sederhana hingga susu likat dan agak kecoklatan
# tuang susu segar..sikit2 ye utk tengok tahap kelikatannya,jgn terlalu cair/ pekat,gaul seia sekata.
# Tuang susu td di atas crumbs yg da sejuk dan keras td & simpn lagi dlm peti ais utk sejukkan caramel td dlm 10-15 minit
# Dah sejuk dan mcm keras ckit caramel tu..letakn hirisan pisang di atasnya.lg byk pisang lg sedap.

TOPPING#
# blend whiping cream dan topping atas pisang td,,dan susun lg pisang,selang2 dgn whiping cream.ikut nk brp byk. dan atas sekali tabur choc chip di atasnya
# simpan dlm peti ais dan biarkan semalaman..kalau buat mlm,,sok pg da bole mkn...
Ermmm..yummy..~~

Selamat mencuba..

Isnin, 4 November 2013

Kek Batik Coklat


Assalamualaikum..

Smlm buat kek batik coklat..arini da habis..hehee.,sedap mmg la sekejap je da habis kan.nk buat..senang je..

BAHANNYE


1 Bungkus biskut marie( di patah2kan,,jgn smpi hancur plk)
1 Bungkus coklat..(saya guna cadbury
X nk guna coklat guna milo pun boleh..)
 1/2 cawan milo( saya + ckit 1 peket milo 3 in 1 tu)
2 sudu mentega
1/3 susu segar

Comot ckit sbb lupa alas loyang tu..hihii..tp rasa tetap sedap tau..jgn tgk pd rupa..hahaha

CARANYE

1.Panaskan mentega dan masukkan semua bhn tadi dgn api sederhana.
2.Tunggu sehingga cair dan sedikit pekat
3.Tutup api dan masukkan biskut,gaul sebati dgn coklat tu.
4.Alas loyang dgn kertas minyak..dgn mentega pun boleh jugak.
5.Masukkan biskut td ke dlm loyang dan tekan padat.
6.Simpan dlm peti sejuk bg beku la
7..siap~~






Sabtu, 2 November 2013

CheeseKut


Assalamualaikum

Datang kerajinan saya nak buat Cheesekut ni,,kegilaan yg melampau dgn cheese ni membuatkan saya bertambah2 semangat..Tak kisah lah apa jenis pun,kalau ada cheese memang saya suka.Sedap..

Bahan yg di gunakan x banyak..resepi ni cari kat google je.


BAHANNYA

1. 1 bungkus biskut deluxe crackers Hup Seng.
2. 250 gm cream cheese
3. 1/2 tin susu pekat manis
4. 2 sudu susu segar dutch lady

CARANYA

 1.Mixer atau blender cream cheese hingga cair 
2.Masukkan susu pekat manis dan mixer lg..tuang sedikit2 dan rasa tahap kemanisan..x suka manis,kurangkan sedikit susu tu.
3.Kemudian tambahkan susu segar dan mixer hingga sebati.
4.Celupkan biskut ke dalam susu segar,dan susun di dalam bekas atau loyang..( celup saje,bukan rendam ye)
5.Dan lapiskan cream cheese yg telah di mixer td ke atas biskut.
6.Ulang langkah 4 dan seterusnya hingga habis biskut tu.
Akhir kan lapisan cream cheese td di bahagian atas sekali.
7.Sejukkan dalam peti ais 
8.Dah ok,bole makan lah..
Mudah kann..


Ni lah rupa cheese Kut saya..Nampak sedap x?..Rasanya memang sedap.1 loyang x sampai 1 hari da habis..hehee
Ok..jom makan..

Isnin, 28 Oktober 2013

Buah kegemaran


Assalamualaikum..

Ada siapa2 yg x suke mkn buah atau alahan dgn buah.Anak buah saya ada yg alahan dgn buah2an ni.Bila mkn..1 bdn naik gatal2..Tapi..alhamdulillah,saya ok je..Antara buah yg pling saya suke ialah....
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaa~~

Tembikai Susu siap di potong

Haa..ini lah buahnya,sedap,manis dan berjus..suke x? Cer telan air liur tu,,terasa x jus nye..heheee..tp kenapa kat dlm gambar tu nmpk lain je kan..ada sesuatu yg membaluti buah tu..nk tau ke apa??

Sebenarnya buah ni da mmg sedap kalau mkn mcm tu je,tapi kalau nk kan kelainan atau rasa yg lebih ummpphh..saya salutkan buah tu tadi dengan mayonis..kasi gaul sampai mesra dan ngapp..hehee..boleh juga taburkan kismis sekali.

Buah ape pun sebenarnya boleh tp saya lebih suka tembikai susu ni.Kalau nk tau sedap ke x? Cubalah

#Apa buah kegemaran anda ye?
Ok la..saya nk smbg makan buah ni..daa~~
*^_^

Jumaat, 25 Oktober 2013

Daging Masak Merah


Assalamualaikum..

Waa..apa menu awak2..arini..Menu saya arini daging masak merah je..Suka tak?,,anak saya alif memang suka sangat2 menu ni.Kebetulan daging korban aritu ada lg..so boleh la saya cuba..Eh,cuba??apa x pernah masak ke sebelum ni?..hehee..

Dalam entry saya yg dulu saya pernah beritahu kan..saya ni memang x pandai memasak..ni la first time saya masak daging masak merah.

Ni lah hasilnya.

Amacam ok x? Walaupun x begitu sempurna,yg penting rasanya cukup menyelerakan.hehee..Nak tau resepi daging masak merah ni,boleh dapatkannya di SINI


Aiskrim Overlette


Assalamualaikum..

Malam tadi saya buat aiskrim la..hehee..Dah lama nak buat,tapi malas je memanjang..Kami sekeluarga memang penggemar aiskrim..sape yg x suka makan aiskrim ni,rugi lah..sedap tau.

Jom..jom..tgk bahan2 nya..jangan takut,,simple je..resepi ni cari kat google.

BAHAN A

1. 1 tin susu pekat manis
2. 2 1/2 tin air masak
3. 1 sudu tepung jagung

BAHAN B

1.1 sudu overlette
2. Perisa/warna yg di gemari
3. 3 sudu makan creamwell (tapi saya x guna pun)
Kalau nk lg sedap bole letak,,

Sebenarnya saya x tau pun apa tu creamwell..huhuu..

CARANYA


Panaskan bahan A selama 5 minit,kemudian sejukkan seketika.


Kemudiam mixer bahan A td dan masukkan bahan B dengan kelajuan maximum.Tambahkan perisa dan warna yg di gemari.


Kemudian tuang ke dalam bekas dan tambahkan la coklat chip ke atau apa2 yg di gemari.Dapatlah 2 bekas aiskrim nestle ni.
Sejuk bekukan dalam freezer.


Bangun pagi td saya tgk aiskrim da menjadi..yeaay..walaupun x begitu kiut rupanya..hehee..tp utk kali pertama mencubamya,,itu da cukup menyeronokkan..Dan siap utk di makan..ermmm.yummy..



Khamis, 10 Oktober 2013

Spagheti

Assalamualaikum.:)

Ada sape2 yg kat sini suke makan spagheti ni x?Dah biasa buat sendiri di rumah atau makan di kedai je.? Sebelum saya buat sendiri,saya tak pernah makan spagheti ni,so..tak tahu macam mana rasanya.Kakak saya biasa masak ni,sedap katanya.Teringin pulak nak mencuba.


X la cantik mana,tapi rasanya boleh tahan..hehee..tomato tu stiker je ye.

Sebenarnya dah banyak kali buat,memang sedap.Tapi lama dah x makan,anak2 pulak da lama suruh saya buat ni masa saya terlantar atas katil  6 bulan yg lepas kerana xcdent.Alhamdulillah bila dah mula berjalan ni saya boleh masak semula.Sape2 yg nk try buat sdri,jom! saya kongsikan resepi di sini.

Bahan2nya:

1 bungkus spagheti (x kisah lah jenama apapun)
1 botol sos spagheti ( saya guna Kimball )
1 tin krim mushroom campbells
1 biji tomato & lobak di potong dadu
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji cili benggala di potong dadu
Isi ayam
Serbuk lada hitam
Sedikit halia
Mentega

Cara2nya:

Rebus atau rendamkan spagheti dgn air mendidih
Rebus isi ayam dengan halia dan serbuk lada hitam,kemudian racik halus2 ayam yg di rebus tadi.
Air rebusan ayam tadi Jangan di buang.

Untuk Sos

Tumiskan separuh dari bawang yg telah di potong dadu dengan mentega sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sos spagheti,isi ayam,lobak,cili benggala dan bawang yg lg separuh tadi.
Gaul rata dan campurkan sedikit air rebusan ayam tadi.
Masukkan krim Mushroom dan gaul hingga sebati
Masukkan pula tomato yg di potong dadu

Sekiranya sos tadi agak pekat,tambahkan lagi air rebusan ayam.Air rebusan yg lebih simpan je dlm freezer utk di gunakan bila nak panaskan semula sos tadi agar tidak terlalu pekat.
Rasa sos td,,kalau ok tutup api..hehee

Ambil spagheti yg siap di tos ke dalam pinggan dan letakkan sos di atasnya..
Gaul dan siap utk di makan..:) ermmm.yummy..
~ selesai~


Isnin, 7 Oktober 2013

Lala Goreng

Assalamualaikum

Hari ni anak2 request menu lala.Dah lama rasanya tak makan ni.Kali terakhir saya makn tahun lepas kot,tu pun sebab tangkap sendiri masa bercuti di Tanjung Bidara Melaka.Senang dan byk kat tepi2 pantai tu,korek2 pasir je da boleh dapat.Hari ni saya beli dan masakan untuk anak2 saya.Menu yg simple je saya masak lala goreng.Simple kann,tapi sedap.


Bahan2nya:

1 mangkuk lala
3 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dihiris halus)
3 biji cili merah/hijau (dihiris halus)
5 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan serbuk perasa

Caranya:

Tumis bawang merah,putih dan cili yg dihiris tadi.
Masukkan sedikit air,lala dan kesemua sos tadi.
Kemudian tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa.
~siap~

Sejujurnya saya ni tak pandai memasak memalukan. Nak masak sedap2 dgn menu yg pelbagai memang saya tak reti.Pengakuan ikhlas,,hahaha..Nasib baik dapat suami yang tak kisah makan apa aje,x cerewet.Alhamdulillah

Kalau guna bahan2 yg pada saya agak melecehkan,memang saya tak akan masak.Sebab tu sampai skrg tak mahir memasak ni.huhuhu..nasib baik juga saya da jd bini org,,hehehe..Setakat yg simple dan mudah boleh lah saya masak.Tapi kalau byk bahan bg menu fberet saya,saya akan buat jugak la.nak wat camne feberet katakan..eh,gitu pulak ye..

So..selamat menjamu selera..daa~~


Khamis, 3 Oktober 2013

Cekodok crab stik

Assalamualaikum

Dah malam2 mcm ni,perut rasa lapar pulak,atas meja cuma ada roti je.Saya ni x berapa minat dgn roti kecuali roti bakar mmg saya suka.Pergi dapur tgk apa yg boleh di makan,tapi x de apa2.So,,saya rasa nak buat cekodok.Cekodok bawang da biasa sangat,kentang pulak x de,yang ada cuma crab stik ni je."Ah..bolehlah.sedap jugak kan.
crab stik
Mula2 saya hiris dulu crab stik ni,macam kat dlm gambar tu.Hehee.Ikut suka lah nak letak berapa banyak.Saya buat x banyak sebab da malam sgt,takut x abis pulak.

Crab stik yg siap di adun dgn tepung
Kemudian saya bancuh dengan tepung gandum dan sedikit garam.Biasanya saya tambah  perencah nasi goreng cina seri aji,tapi x de,dan saya gantikan dengan perasa pasti sedap Knor.Kalau letak ni cekodok ni akan bertambah sedap.Tapi pada tekak saya lah..nak tau boleh cuba sendiri.

Cekodok crab stik




Siap bancuh,boleh lah goreng dan siap untuk di makan.Sos pencicah pilihan saya ialah sos pencicah kak wan dari kelantan,memang sedap.Rasanya kat tempat saya susah nak jumpe sos ni.Ni pun kakak saya yg bg.Eh,tempat korang cekodok ni panggil apa ye,kalau di kampung saya johor biasanya panggil jemput-jemput.hehee.Anak2 saya x tau kalau saya cakap jemput2 ni..hahahaha.
Ok lah jemput makan ye,bismillah..
Anne Nurain