Sabtu, 23 Mac 2013

Kemalangan Ngeri Part 2


Sambungan dari part 1, kalau belum baca klik SINI

Astaghfirullahalazim..laillahallaantasubhanakainni kuntuminazzolimin..

Perjalanan ke hospital ku rasakan jauh.Mata pulak seakan mahu terlelap.Baru je nak tutupkan kelopak mata, aku di kejut" Dik,dik...nama siapa?"zuraidah" jawab aku pendek.jangan tdo"..kata petugas JPAM.Di ajak nye aku bersembang pulak.Mungkin tak nak bagi aku tidur, bahaya.takut x bangun terus."Ingat tak kenapa ni?, tanya dy lagi." Ingat, kena langgar".jawabku.Setiap kali ambulans bergoyang2 & terhentak2,kaki terasa semakin sakit, di tambah pula dgn katil yg keras dan begitu tidak selesa.Aku lihat bayang2 wajahku di cermin ambulans, kelihatan ada luka2 di muka ku.Terasa pedih.Bibir terus menyebut2 kalimah allah.

Akhirnya..sampai di Hospital di temani kakakku.Setelah pendaftaran selesai aku di bawa ke wad kecemasan.Belum pun di rawat kecederaan aku, dtg pulak org insurance tanya itu ini.Mula2 aku tak faham.Melayan gak la..da lama2 baru faham.macam ni rupanya kerja dyorg.Pantang nampak org xcident ni, habis di kejarnya.Bukan fikir keadaan orang tengah sakit.Ishk...ishk..ishk..



luka2 kecil di wajah ku


Tidak lama kemudian, datang nurses memeriksa keadaan aku.ketika ini peha ku bengkak da macam kaki lembu besarnya.Nak buka seluar aku agak sukar, jadi terpaksalah di gunting aje.Aduhh..masa ni aku datang bulan pulak.Baju aku harus di tukar untuk di lakukan x-ray.1 apapun x boleh pakai.Sebelum x-ray, nak kena tahu samaada aku ni preggy ke tak.Aku ckp x, coz aku sedang uzur.Tapi nak kena buat ujian air kencing gak.Nurse suruh aku kencing, tapi aku tak terasa nak kencing pulak."Lau macam tu, kena pasang tiub la,, nak sedut air kencing cikit je",kata nurses tu.Eh, tak nak la, sakit",,, kata aku.sebab aku pernah rasa pakai tiub tu, masa bersalin alif dulu.Memang sakit."hmm..x pe la, saya cuba kencing"usul ku.Nurses pun ambik mangkuk untuk aku kencing.Aku pun cuba meneran agar air kencing keluar.Huuhh..akhirnya keluar juga, selamat...

Selepas ujian air kencing di buat dan sah aku tak preggy, x-ray boleh di jalankan.Aku di tolak ke bilik x-ray.1 badan di x-ray.ketika itulah, aku terpandang lutut ku da lari dari kedudukan asal,"eii...lututnya nape senget"(tanye dlm hati).Setelah selesai, aku di bawa semula ke ruangan kecemasan.Hati da mula tertanya2 macam mana dengan kaki aku ni.kalau tengok dari luaran, mungkin cedera2 cikit je.Aku pun tanye nurses yg bawak aku." Nurse, macam mana dengan kaki saya"?"sekejap ye saya bagitahu, banyak yang patah ni", balas nurse tadi spontan.Terkejut gak aku.

Aku di beritahu peha kanan ku patah, mmg da x boleh buat apalah, kena masuk besi.Buku lali kiri patah jugak.(ankel joint) kena pasang skru kiri kanan.Ibu jari kiri patah, kanan retak dan urat putus kena smbng wayar.Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.Tekak da mula terasa haus.sayangnya aku tak di benarkan minum air sebab nak operation.kena puasa la..cian2.

Tak lama tu, en.abg datang dengan anak2.Alisha pulak tetiba demam panas.ujian juga tu.sebelum aku di operation, kaki kiri ku di pasang simen terlebih dahulu.Mula2 terasa nyaman je kaki, sejuk.eh! Kejap je rupanya.tetiba kaki rasa panas.aku tanya nurse, "kaki ni memang rasa panas ke"?.ye, sebab simen tadi da mula nak mengeras, jawabnya.

Aku di bawa ke bilik kecemasan zon A, kalau tak silap la.Doktor datang tengok keadaan aku dan di beritahu, malam ni akan di jalankan operation pada kaki ku."saya mahu tanye, you mampu ke tak nak tanggung kos besi, Rm850 cash"? Tanya doktor.Aku jawab, insyaallah, mampu."kalau you belum ada duit, kita akan pasang antena kat you punye peha untuk penahan la"sambungnya.Huh..tak nak la aku,, susah jaga."Kalau duit sudah ada, baru kita buat operation sekali lagi untuk masuk besi".hah..2 kali operation.Nanti saya tanye suami saya dulu la, kata ku.En.abg pun datang dan di terangkan semula oleh doktor tadi, dan en.abg bersetuju dengan kos tersebut.

Sementara menunggu giliran ke ruangan operation, aku di tempatkan di wad 4B.Jam 11 malam, aku di panggil untuk menjalankan operation.Hati mula berdebar2 dan bibir sentiasa berzikir memohon pertolongan allah agar semua berjalan lancar."Doktor, doakan saya selamat ye".mohon ku pada doktor."ye..insyaallah saya doakan, awak pun doa sama2", balas doktor tadi."ya, allah..ampunkan segala dosa2 ku, selamat kanlah aku"macam mana lau masa operation ni, aku mati dan tak bangun2 lagi, bisik hati kecil ku.Takut sangat2 tengok lampu2 dlm bilik tu.

Enjection bius penuh di suntik di kaki ku.Ntah alat ape di suruh aku sedut." Ok, tidur ye.istighfar banyak2 dalam hati.dan........(aku da pun terlena) setelah terlena, wayar di masukkan melalui mulut sampai ke paru2.beberapa jam kemudian, aku di kejutkan, "zuraidah....zuraidah..bangun,, operation da siap ye.Alhamdulilah..semuanya selamat.amin..

Selasa, 19 Mac 2013

Kemalangan Ngeri Part 1

7.March.2013 ( Khamis )
Rentetan Peristiwa.
Kun faya kun.

8:00 pg-

Seperti biasa, aku akan menghantar anak ku alisha ke sekolah tadika.En.abg pulak da siap2 nk pergi berniaga." Abah,, arini x payah la pergi niaga, d0k rumah teman mama" desak aku sambil memeluk tubuhnya dari belakang." Tak boleh, ada orang nk ambik tempahan cincin arini, dah siap pun" balas en.abg.ermmm...x pe la..kami pun keluar dgn tugas masing2.Alhamdulilah..selamat sampai ke sekolah.Sewaktu perjalanan pulang ke rumah, hati aku merasa sesuatu akan berlaku pada ku iaitu, aku akan di timpa kemalangan.Bkn meminta, tapi perasaan yg timbul secara spontan.

8:30 pg -

Selamat sampai rumah, aku basuh motor sebab da nampak c0m0t.Sekali da kena air ni, aku mandikan pulak kucing aku.he3.Pastu sarapan.Rehatkan badan atas katil sambil melayan Faceb00k.Tetiba je aku tertidur.Lena betul nampaknya.Biasa aku jarang td0 ni.

11:55 pg-

Aku terjaga dari lena.Alamak!! Da lewat ni, sebab alisha da nak balik.5 minit je lagi."Nak mandi ke x payah erk"bisik hati.takut lmbt plak.sekolah alisha bkn dekat hmpir 6-7 km."Eh!,, x pe la,, mandi dulu baru segar sikit"( dlm hati ) Apalagi...mandi gak la..siap mandi, pakai baju.ambik hp dan keluar.Pakai helmet, start motor n lets g0oo...

12:05 tghri-

Memulakan perjalanan dari halaman rumah.Simpang pertama di lalui dgn selamat, walaupun hampir bergesel dgn exora.aku nk terus exora tu nk belok.0k lepas, masing2 tekan brek.Perjalanan di teruskan hingga ke simpang kedua.Setibanya di persimpangan aku lihat, motosikal di sebelah kiri ku berhenti memberi laluan kepada aku, memandangkan tanda signboard  BERHENTI  bukan berada di laluan ku.Setelah itu, aku pun meneruskan perjalanan masuk ke simpang sebelah kanan.

12:10 tghri-

Dalam aku menghalakan motor ke simpang tersebut, tiba2 sebuah kereta produa Viva bernombor pendaftaran WSV 8410 meluru dengan lajunya." Eiiii...kenapa kereta ni laju sangat ni,,,,?? Macam x nak brek je,,"spontan keluar dari mulut aku."Macam ni sah aku  kena", sambung aku, DUMMMMMMMMMMM..... betul sangkaan aku.Memang tak boleh nak elak lagi,, kereta tu tepat menghentam peha kanan aku.Namun di sebabkan kereta yg terlalu laju tanpa menekan brek, aku di seret bersama2 motor dlm keadaan masih duduk di atas motor dan tangan masih memegang handle motor bergerak secara mengiring hampir 50 meter.(perasan aku mcm 100 meter,,).Dalam hati masih berkata " eh! Kenapa lama sangat di seret ni tak berhenti".kejap lagi,bunyi sesuatu Dan...., aku tak berapa ingat, yg pasti aku dah pun terguling2 di atas jalan raya.

Aku tak tahu di mana motor aku, yg aku nmpk kereta yg melanggar aku je.Dia keluar nak bantu aku kononnya.Eh,, budak pompuan?? Aku ingat lelaki tadi."Makcik....makcik., bangun makcik,, sambil gegarkan seluruh tubuhku.kaki ku yg terlipat2 di tegakkan walau aku melarangnya,ada dia panggil aku makcik, nmpk tua ke aku ni.ketika itu aku merasakan badan ku sakit sangat dan ingin cepat mengharap ada org membantu.Ketika itu hanya allah je yg tahu perasaan aku.kejadian berlaku dlm sekelip mata.

Sekitar 12:20 tghri -

Orang ramai mula mengerumuni aku, pada awalnya aku di letakkan di tepi jalan.Memandangkan cuaca yg agak panas aku di angkat sekali lagi ke bawah pokok agar terlindung dari panas.Aku sangat berterima kasih pada pak aji yg menolong aku.Di bukakan helmet, tudung dan cermin mata ku.Nasib baik x pecah, lgpun cermin mata aku ni kalis pecah lau jatuh.cuma retak ckit dan calar.Kepala aku di alaskan kain atas dasar kasihan kan aku.Huuh...nasib baik mandi tadi( sempat lagi tu )

Dan mula terbayang2 di fikiran Aku tentang perasaan aku pg tadi.Dan lagi aku rasakan, macam da pernah kena langgar dan di seret persis yg baru berlaku ni, Bila di ingat kembali, rupanya itu hanyalah mimpi aku 2 hari sebelum kemalangan ini berlaku.Ketika itu org2 semua cakap kaki sebelah kanan ku patah memandangkan keadaan kaki yg berlipat 2.Memang aku perasan kaki aku terpusing.Nak di gerakkan x boleh.Kaki kiri pula mula terasa pedih yg amat sangat, tanpa mengetahui kecederaan apa yg aku alami.

Ku belek2 pulak tanganku melihat luka2 yg ku alami, kerana pedih sangat2.Bibir pula x henti2 berzikir memohon pada allah."Astaghfirullah hal azim,, lahaulawalakuwataillabillahilaliulazim.."allah...allah...allah...Aku mula menggigil kesakitan.Mencari siapa yg aku boleh pegang untuk menahan kesakitan ini.Tak de sesiapa kecuali pak aji tadi yg paling dekat dgn aku.Tak de pilihan, aku tarik tangan pakcik td dan menggenggam nya.." sakitttttnye kata ku".Pak aji, cuba menenangkan aku.Di suruhnya aku beristighfar.Mulut ku sambung mengingati allah.


Kejadian ini mula tersebar di halaman facebook  kakak dan adik aku

12:30 tghri-

Dalam suasana kelam kabut itu, pak aji tadi bertanya, siapa yg boleh di hubungi.Aku mula menyeluk poket seluar ku mengeluarkan hp yg tdk mempunyai kredit.Aku bg no fon en.abg.Sayangnya tidak dapat di hubungi.Di tanya pula, ada waris terdekat tak,, teringat kakak aku, terus cari no fon kakak, lalu di berikan kpd org2 di situ..Jiran sebelah rumah ku di beritahu.Ambulans juga di panggil.

Dalam kesakitan tu, kaki aku di gigit semut pulak.Ku luahkan pada pak aji tadi..betullll,,semut2 mula mengerumuni kaki aku, org2 turut bantu membuang semut2 tadi.Di alaskan pulak kaki ku tadi dgn kain.X lama tu,aku dengar ada orang kata, kakak ku sampai.Namun bayangnya x kelihatan.Mata mula mencari2 kelibat kakak ku, aku hanya melihatnya dari jauh..Rupanya kakak aku x berani mendekat sebab terpandang kaki aku yg terlipat 2.

12:40 tghri-

Ambulans sampai,, aku di berikan suntikan jangkitan kuman.Kaki di ikat lalu di angkat ke atas katil.Aku di bawa ke hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut.

BERSAMBUNG...klik SINI


Anne Nurain