Sabtu, 7 September 2013

Jadi kenyataan# 5 syawal

Sudah lama berangan2 nak bertandang ke rumah kawan saya si cantik,pada aidilfitri tahun ini.Tahun lepas dia dah datang ke rumah mak saya,teringin plk ke rumahnya plk.Si cantik plk da plan nak masakkan makanan istimewa buat saya.Waah..sukenya saya dapat rasa masakan dia nanti.

Nak bagi tahu awal2 takut tak jadi la pulak sebab saya takut En.suami tak bersetuju dengan permintaan saya.Saya bgtau si cantik ni pun macam main2 je.Dia pulak masih berada di kampung nya,baru je nak blik ke rumahnya.Tak pernah pergi pun Tanjung sedili ni,so x tau jauh ke tidak dari rumah mak saya.Abg saya kata lebih kurang 1 jam.Eh jauh la jgk ek.

Da dekat pkl 1ptg,masih blum dapat keputusan apa2 dari En.suami,dia pulak pergi cuci kereta x balik2 lagi.Saya da siap kemas2 utk balik la,sebelum tu nk singgah dulu rumah kawan saya si cantik ni.Lama sangat da tunggu,saya pun fon En.suami utk confirmkan,sama ada dia nak atau tak.Eh..bole plk katanya.Alhamdulillah..Lps zuhur kami gerak.Mak suruh makan tengahari dulu,tapi saya tolak sebab takut kenyang plk bila sampai di rumah si cantik nanti.Lagi pun saya da suruh dia masak..hehee tak tau malu betul.

Kami ingat nak lalu jln belakang je,da alang2 lalu papan timur tu en.suami ajak singgah dulu rumah kakak ipar dia,suaminya abang en.suami tapi dah meninggal beberapa tahun yg lalu.Masa ni saya dpt chat kt WeChat dari si cantik yg dia tak dapat masak apa2 sebab lauk x de.Maklumlah raya2 ni kan,byk kedai yg masih tutup..Ermm,,x de rezeki saya lah.Tapi alhamdulillah,allah masih bagi saya rezeki hari tu,kakak ipar saya hidangkan juadah makan tengahari pulak.Huhu..dapat lah isi perut yg mmg tengah kosong tu.

Borak punye borak,dah nk petang x sedar.kami pun gerak lah terus ke rumah kawan saya tu.Saya x tau byk jln boleh ikut,waha dan aping..Ingtkn sama.Bila saya tanya dia nk ke rumahnya lalu Jason bay ke x?.Dia kata lalu lau ikut jln blkg.Hahaha..saya pun set kan di GPS menghala ke jason bay tu.Rupanya salah sebab saya x tau jalan aping dan waha tu x sama laluannya. Huhuhu sesat sudah.Jam da pkl 6:30ptg,tapi kami masih x sampai lagi.Kena tunggu suami si cantik ambk kami plk.
hahaha..aku copy pic  ni plk
Akhirnya kami sampai jugak walau hari da semakin gelap.Tak puas rasanya kat sana hari da malam.Cantik rumah si cantik ni,x mcm rumah saya yg buruk ni.Nak ajak datang pun segan rasanya.serba kekurangan.Di hidangkan kami air dan Keropok Lekor sedap.Saya ni mmg penggemar kopok lekor ni.Ada gak rezeki saya di situ.

Lepas solat maghrib,kami smbg sembg2.Kira2 pkl 9mlm,kami beransur pulang utk ke rumah adik saya pula di Bandar Seri Alam Masai.seronok sangat2 tercapai juga hasrat nak ke rumah si cantik.Saya x de snap pic pun kat sana sebab letih dan kepala sakit plk masa tu.

Sekian dulu la citer saya ni,insha allah saya akan berkunjung semula ke rumah awak pada masa akan datang. k,tata..titi..tuutuuu.hehehee

Jumaat, 6 September 2013

Mini Open House# 4 Syawal

Malasnya nk update blog ni..sampai syawal pun da nk sampai ke penghujungnya.Tak tau kenapa, mood nk brblog ni x muncul2.hehee. .

Hari ke 4 syawal, di rumah mak saya.. alamak! saya la plk( bergantung pada cerita la ye). ada majlis makan2 ala2 open house gitu.Tak ramai kawan yg saya jemput sbb ni bkn dalam perancangan saya.Kalau raya ke 3 ada kwn2 yg dah datang ke rumah sbb x dpt dtg pada hari ini.Hari ni pun masih ada lagi kawan2 yg datang meskipun x ramai.Bagi saya, ia sudah membuat saya hepi.

Majlis bermula seawal 2 ptg.Menu hidangan ialah roti jala bersama kari ayam, mee sup dan puding berkuah.Alhamdulilah, rezeki dari allah. Kawan saya si cantik x dpt dtg lg, tunggu jugak tp hampeh.


Hussin & wife,Dan si baju hitam 
Kawan saya Hussin ni sebenarnya datang nak mengurut anak dy yg x berapa sihat,lau x silap jatuh kot.Kebetulan di rumah ada majlis ni,so langkah kanan la ye..Lama gak x jumpa ni,masa reunion Sek rendah saya x dapat pergi.Time ni la dapat bersembang panjang jugak la.Memang seronok dapat jumpe bile masing2 da ada kehidupan sdri.

Kawan yg baju hitam tu datang,terkejut la jugak sebab saya ajak2 gitu je.Tapi dy dtg sorang je tanpa wife dy sebab wife dan anak2 dy blik ke kampung di Thailand.Kami x berborak pun sebab dy malu katanya..Jangan di kenang yg lepas2,Just be Friend,insha allah segalanya akan baik2 aje.

Ni kawan2 saya,si cantik tu x dtg masa ni tp nk ltk gak pic dy tu.

Yang atas sekali tu my fren linda,rumah dy belakang rumah mak saya je,tapi kami x pernah dapat jumpa.Ni dia dtg bkn hari ini,tapi ke esokkan harinya.Last jumpa dy masa dia bersalin anak ke 2.Skrg baru dapat jumpa,anak dia pun da 4.Kami kawan sepermainan masa kecik2 dulu..Miss sgt2.Yg tudung biru tu da tau kan dlm enrty sblm ni.Hehee.

Kawan bertudung hitam tu Mila nama dia.Dan yg tudung oren pula Hasliza.,kami memang x la rapat sgt,sebab dia ni boleh di kategori kan dalam student yg bijak pandai masa kat sek menengah dulu.Tu yg rasa malu lah sikit.Tapi masa Form 1,kami memang sekelas.Kami mmg tak pernah jumpa lps habis sekolah.Alhamdulillah tahun ni ni rezeki kami.Dan kawan yg sorang lagi tu Ejah,dia mmg agak rapat dengan saya masa form5,bole di kata kawan giler2 kat sek dulu.

Hasliza & Husband
Hahaha ada candid plk.Bila tgk pic ni tergerak plk nk wat sketsa..so sweet~~

Hahaha..Haszliza Hassan A.K.A  Ejah..
Yang ni pun sama,hehee sukee..Jangan marah ye..saja suke2 candid
Ni lah antara yg hadir,ada ramai lagi tapi mereka bkn kawan2 saya x yah la saya snap dan post kt sini kan.
Apapun majlis berjalan dengan lancar hingga ke lewat petang.Alhamdulillah dan terima kasih kepada yg sudi datang menghabiskan hidangan yg di sediakan.hehee..Ada rezeki bertemu lagi.
Sayang ketat2 kat korang semua..Daaa~~~
Sekian.

Anne Nurain