Sabtu, 4 Januari 2014

Melawan Fobia

sumber

Sebelum ni saya pernah ceritakan tentang kefobiaan yang saya alami di sini.Akhirnya saya berani dan cuba melawan perasaan fobia saya tu.Rutin harian yg biasa saya lakukan telah lama di tinggalkan gara2 kemalangan yg menimpa awal mac tahun lalu.Kini saya bangkit,mungkin kerana keadaan yg memaksa.

Hari pertama percubaan memandu memang tak de rasa apa2 bila start enjin dan cuba untuk memandu sambil di temani en.suami.Yang kelakarnya anak2 yang da duduk dalam kereta menggelabah bila tengok mama dia cuba untuk memandu kereta.Hahahaa..Masing2 nak buka pintu untuk keluar dari kereta."Eiii..janganlah mama takut,nanti kena langgar lagi"tu lah ayat yg keluar dari mulut anak2 ketika itu.Bila di terangkan,yang Abah nya akan menemani,baru lah masing2 tutup pintu kembali.



Sebelum memulakan perjalanan,wajib baca doa naik kenderaan dulu dan dalam hati ni sentiasa berzikir menyebut2 nama allah.Alhamdulillah perlahan2,saya berjaya.Tapi,ketika keadaan sudah selesa,..tiba2..kelihatan kereta di belakang saya seakan laju menghampiri kereta saya.Ketika itu saya mula kecut perut,dada berdebar2 dan jantung seakan tercabut.Huhuhu..Memang sakit betul dada saya.Nafas mula tercungap2.En.suami cuba menenangkan dgn menyuruh saya baca ayat2 untuk hati yg berdebar2 tu.Tarik nafas panjang di buatnya.

Bila dah banyak kali mencuba,saya rasa saya BOLEH d=(^_^)=b.Cuma saya tak boleh lihat kereta laju2 atau rapat dengan kereta yang saya pandu.Bila ia berlaku,dada saya akan mula sakit dan nafas macam tak cukup udara.Hihi.

Sebenarnya kita perlu yakin dan berani je untuk melawan perasaan fobia ni.Kalau tak de kenyakinan tu memang susah.Tapi saya masih belum berani menunggang motosikal,sebab risiko penunggang morosikal ni lebih tinggi dari memandu kereta,setuju tak?

Kepada yang mempunyai fobia macam saya ni kena terus cuba sampai boleh percaya yang anda boleh insha allah anda akan berjaya,
sekian.


GA Tip top bloglist ibu 2014

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN.

Tak join tak boleh GA ni,sebab WAJIB! HEhee..Wajib bagi saya lah sebab tuan empunya GA ni ialah my bff.Tapi kalau korang nak join lagi bagus,support first GA my bff ni ye.^_^.
Bermula 1 januari 2014 hingga 30 Januari 2014

HADIAH
Pertama:
-Sebiji brooch batu
-Sepasang pin craft
-1 helai shawl & 1 helai shawl halfmoon

Kedua:
- Sebiji brooch batu
- 1 helai shawl

Ketiga:
- Sepasang craft pin
1 helai shawl.

Dan
10 peserta bagi pencarian bloglist.

Ok jom join!
Anne Nurain