Assalamualaikum..
Sebelum tu terima kasih sangat2 kepada rakan2 yang masih sudi berkunjung ke blog saya,walaupun sejak akhir2 ini saya sudah jarang mengupdate entry dan singgah ke blog kalian.
Seperti yang saya pernah ceritakan,kehilangan mood untuk berblog adalah punca utama mengapa saya menyepi dari dunia blog.Dan sekarang di tambah pula dengan kesibukkan masa menjelang bulan Ramadhan akan datang.
Pertama sekali saya sibuk dengan produk baru jualan saya.Kini saya mula berjinak2 dengan menjual baju bundle berjenama untuk kanak-kanak.Baju2 ni datang dalam guni yang padat,jadi tugas saya harus menggosok baju2 tu supaya kelihatan lebih kemas dan menarik.
Belum pun siap kerja menggosok,saya cuba pula menjahit tudung layer sendiri untuk di jual,insha allah saya akan tunjuk gambar pada masa akan datang.Biasa beli tudung sekarang memang mahal kan,jadi apa salahnya saya cuba untuk menjahit sendiri.Tudung yang saya jahit lebih tertumpu kepada tudung kanak2.Inspirasinya datang apabila saya merasakan susahnya nak cari tudung anak2 saya yang cantik dan murah.
Tidak habis di situ,saya sedang menyiapkan segala peralatan untuk berniaga di bazar Ramadhan akan datang.Setiap tahun saya akan berniaga di Bazar Ramadhan Klang.Tahun lepas tak dapat berniaga sebab kaki patah.Ada rezeki tahun ni insha allah dapat lah tapak.Tapak2 berniaga di Klang ni di beri mengikut cabutan undi.Harga pula kaw2 punye.Mesti ada yang pernah pergi ke bazar klang kan.Kalau nak tahu sewa tapak bagi canopy warna putih tu sangat lah tinggi iaitu Rm7k bg 40 hari sahaja.Saya hanya menyewa tapak bagi canopy biru.Harga bergantung pada kawasan..paling tinggi sekitar Rm4k bg 20 hari sahaja.Permohonan untuk tahun ni dah di tutup.
Jika saya dapat tapak di Bazar Klang nanti,kepada siapa2 yang pergi ke Bazar Ramadhan di sekitar Shaw CenterPoint tu,boleh la cari saya ye.Kita bole kenal2..hehee tapi saya ni pemalu la sikit.:P
Cukup di sini dahulu coretan kali ini,insha allah bertemu kembali.Jangan berkecil hati kerana saya tidak singgah ke blog anda semua..thank u,kepada yang memahami.
Sekian.
^_^
Salam berblogging Atien.. salam ceria seelalu.. :) :)
BalasPadamsalam singgah. bila kita sibuk ni la, kita mula rindukan masa free takda menda nak buat. hehehhee :D
BalasPadamrindu kat Kak Atien.. ingatkan mana la pegi..
BalasPadamwah... pantang saya dengar perkataan 'kanak-kanak'... hehe...
BalasPadamkak atien, kampung saya diKlang. kalau takde aral, saya nak jenguk la bazaar kak atien. abang saya pun tinggal kat Klang, boleh la singgah....Insyaallah, itu pun kalau hujung bln ni doc bagi saya bukak simen.
akak dapat tapak situ ye?
BalasPadamnanti boleh cari kedai akak =)
apapun semoga dipermudahkan urusan akak ye
memang betul2 sibuk ni..semoga urusan dipermudahkan ye..
BalasPadamSalam Jumaat, Atien... Patutlah dah lama menyepi... Memang busy tu.... Semoga dipermudahkan segala urusan... :)
BalasPadamKalau ada buat tudung layer tuk budak2, update lah kat sini...
salam..datang singgah sini;)
BalasPadamas salam cik atien.. samalah kita cik atien.. hilang mood sebab hilang laptop.. huhu.. :'(
BalasPadamsemoga hari cik atien baik2 saja..
wah salam kenal ya .. sibuk aja nih
BalasPadam