Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan

Ahad, 24 Februari 2013

Demam

Dah masuk 4 hari, demam aku tak baik-baik lagi.Sekejap ok, sekejap tak.Ni aku update pun sambil baring terlentang atas katil, guna tab je.Sejak hari khamis aku da mula rasa tak sedap badan.Memang tahu badan ni nak demam.Tapi,, pada hari tu, rajin pulak mood memasak datang, aku masak sup ayam rumpai laut, sayur buncis dgn ayam goreng kunyit.sudahnya aku tak makan, sebab selera makan tak datang.Nasib baik anak2 suke ngan rumpai laut tu, kalau tak,, terbuang pulak..Mungkin demam ni, sebab kena hujan dan terlalu penat agaknya.

Setiap hari, aku akan bangun seawal jam 6 pagi.Selesai solat subuh aku siap kan sarapan utk anak2 ke sekolah.En.abg yg hantar anak2 alif dan alya pergi sekolah.Lepas tu dy terus pergi berniaga.Tugas aku hantar anak tadika, Alisha.Pukul 8 pagi, aku hantar alisha g sekolah, balik rumah, basuh baju dan kemas2 cikit.Pastu baring2 kejap layan fb.Pukul 10 pagi, da mula memasak.Siap masak baru mandi, he3.Siapkan pulak bekal makan untuk alif dan alya.Dyorang balik kul 3 ptg,, so kena hantar makanan tengahari.alif tiap2 hari blik pukul 3, tapi alya isnin dan selasa aje.Lepas hantar makanan, terus ambik alisha dari sekolah.

Kalau alya balik pukul 1.20 ptg,, bru je balik ambik alisha ke rumah,, tak sampai 1 jam da keluar lagi, ambik alya pulak.Lepas tu hantar g sekolah agama lak, pukul 2.10.Eh,, tak habis2 keje aku ni, pukul 3 keluar lagi ambik alif, pastu hantar pulak g sekolah agama.Kalau alif  rajin, dy naik basikal je.Bila penat kena hantar la, kesian pulak.Lepastu baru aku makan rehat2 kan badan kejap.Pukul 5 da keluar lagi, ambik anak sekolah agama.Lepas hantar anak balik aku pergi berniaga pulak.Macam ni lah kerja aku hari2.Penat kan.Malam baru balik rumah.Bila penat sgt kkdng aku terus tertidur sampailah keesokkan hari dgn rutin harian yg sama.

Hari jumaat, aku da tak larat nak buat sarapan untuk anak2.Suruh en.abg beli je.Alisha pulak en.abg yg hantar.Biasa g sek.aku yg mandikan,sikatkan rambut, pakai bedak. pakaikan baju, tudung, tapi harini semua di ambil alih oleh en.abg..yg lawaknye,, en.abg x reti pakai kan tudung untuk alisha, terpusing2 aku tengok dy nak menggayakannya..he3

Hari sabtu aku punye demam makin teruk,demam urat ni en.abg da pun blikan ubat,, aku tak dapat ikut pergi niaga, coz badan aku semua sakit2 ni.Dah petang aku rasa, da ok cikit..Boleh la jemur baju yg dah di basuh oleh anak bujang aku, alif..Boleh jugak la di harap.Perut aku rasa lapar, tapi aku tak boleh makan.Tekak aku sakit..nak telan air liur pun susah, sakittt..ape lagi minum air.Kena paksa je.Bila malam nak tidur,aku rasa demam aku nak datang balik.Ubat yg di beli tadi hilang ntah ke mana,mungkin terbuang agaknya,

Teh herba

Aku rasa aku kena tonsil ni, tekak bengkak.Aku suruh en.abg blikan ubat di farmasi.Hari ni ahad, byk klinik tutup, farmasi pun tutup gak.Yg ade cume kedai ubat cina je.En.abg blikan aku ubat herba cina.Sebelum makan ubat, kena lah isi perut dulu.En abg belikan aku bubur.

Bubur yang di beli oleh en.abg..sedap la jugak

Ubat herba cina yang en.abg beli.Macam2 ade.


Harap lepas makan ubat ni, baik la.insyaallah..Semoga cepat sembuh dan boleh jalankan rutin harian seperti biasa.amin...






Anne Nurain