Semua sedia maklum negara di kejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 dari menara kawalan pada jam 2.30 pagi semalam dalam flight dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pada mulanya saya tidak percaya apabila melihat berita ini tersiar di laman facebook pada pagi semalam.Terkejut dan merasa ngeri jika ia benar-benar berlaku.
Ternyata ia adalah berita yang sahih apabila saya menonton televisyen.Pesawat Airline MAS hilang..Terus saya rasa nak mengikuti perkembangan yang berlaku.Mengikut info yang saya dapat dari TV3,,Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa kira-kira 6 jam.Minyak yang di isi melebihi 6 jam iaitu 8 jam.Sepatutnya flight akan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi.Sekarang sudah melebihi 8 jam..
Tidak mungkin pesawat MH 370 itu masih terbang kerana pasti sudah kehabisan minyak. Jika sudah mendarat dengan selamat pasti ibu pejabat dan ahli keluarga sudah dihubungi. Nescaya ia pasti sesuatu musibah telah berlaku, cuma kita berdoa agar penumpang pesawat itu masih terselamat dan sempat diselamatkan. Sama-sama berdoa yang terbaik buat semua yang terlibat. Bacaan semasa musibah adalah Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Meningatkan kita bahawa kita semua akan kembali kepada Allah swt.Ustaz Dr.Zaharuddin Abd.Rahman.
Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..
Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..
Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.
Pesawat MH370 merupakan pesawat yang mempunyai teknologi paling canggih dan pilot yang mengendalikan pesawat ini juga seorang yang sangat terlatih dan hebat menggendalikan peswat tersebut.Yang menjadi persoalannya,,mengapa tiada sebarang amaran atau bantuan yang di keluarkan oleh pesawat tersebut jika sudah tahu bahawa berlaku kerosakkan atau kecemasan di dalam pesawat.Malah ia hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak.
Kemungkinan ia meletup secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.Jika benar,,di mana serpihan pesawat itu masih menjadi tanda tanya.Jika terhempas di lautan di mana bangkainya.
Walaupun kerajaan Vietnam mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat ini terhempas di lautan tetapi sehingga kini tiada pengesahan di buat oleh kedutaan malaysia.
Sumber Malaysia Hari ini.
Lebih menjadi persoalan apabila terdapat 2 nama penumpang yang tersenarai berada di dalam pesawat itu tidak berada di dalam pesawat itu,malah salah seorang daripadanya masih berada di kediamannya.Kedua-dua penumpang itu pernah kehilangan pasport masing-masing..Kemungkinan pasport palsu di gunakan untuk menaiki penerbangan tersebut.Adakah berlaku serangan pengganas di dalam pesawat itu juga masih belum bertemu jawapannya.Seperti yang di dakwa berlaku dalam kejadian kejadian di Tanjung Kupang ,Johor pada tahun 1977.
Walau secanggih mana pun teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah Swt.Harapan dan doa semoga semuanya terjawab dalam waktu terdekat
|
Mungkinkah akan di temui dalam keadaan begini. Gambar #facebook. |
Mari sama-sama berdoa agar di permudahkan pencarian MH370 dan di beri petunjuk di mana keberadaannya.Hanya keajaiban sahaja yang di harapkan.Innalillah..dari Allah kita datang,kepadanya juga kita kembali.
Untuk mengetahui berita terkini mengenai MH370 boleh klik Sini.