Memaparkan catatan dengan label uncle jack.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uncle jack.. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Uncle Jack Fried Chicken

Restoran Uncle Jack.

Masa cuti raya cina yang lepas,kami balik kampung menghadiri majlis perkahwinan 2 orang anak saudara di Muar dan Melaka.Setelah pulang kembali ke rumah di Selangor,kami singgah di Giant untuk mencari sedikit keperluan.

Anak-anak ajak makan di Restoran Uncle Jack ni.Restoran ni kira baru beberapa bulan di buka.Ini lah pertama kali kami nak mencubanya.Apa-apa tanya dulu dengan en.suami,nak ke tidak kan.Nampaknya on je.hehee.

Macam sedap jer.:D

Kami order set kiddies 2 set untuk Alif dan Alya.1 set tu ialah nasi,seketul ayam,1 cawan air berkabonat dan aiskrim.Kalau tak nak ayam,boleh ambil nugget macam dalam gambar tu.Harganya cuma Rm3.00 je untuk 1 set,Murahkan.Alisha pula tak nak makan sebab nak aiskrim je katanya.Aiskrim dah ada dalam set kiddies tadi,so..tak payah order la,kebetulan Alya tak nak aiskrim tu.

Untuk saya dan en.suami,kami ambil set chicken chop.1 set tu ada chicken chop la kan,hehee dengan nasi dan air secawan.Harga 1 set tu cuma Rm5.00.Anak-anak nampak berselera je.Rasanya boleh lah.Dapat lah mengisi perut yang kekosongan tu.

Kami sekeluarga makan di situ cuma Rm16.00 je untuk 4 orang.Kalau Alisha makan pun baru Rm19.00 je,tak cecah Rm20.00 pun.Memang berbaloi lah.Korang dah pernah makan kat uncle jack ni ke?kalau belum nanti boleh try ye.Yang suka makanan korea,jangan cari kat sini ye,sebab takkan jumpa punya..heheee.

Daaa~~


Anne Nurain