Assalamualaikum
Hari ni anak2 request menu lala.Dah lama rasanya tak makan ni.Kali terakhir saya makn tahun lepas kot,tu pun sebab tangkap sendiri masa bercuti di Tanjung Bidara Melaka.Senang dan byk kat tepi2 pantai tu,korek2 pasir je da boleh dapat.Hari ni saya beli dan masakan untuk anak2 saya.Menu yg simple je saya masak lala goreng.Simple kann,tapi sedap.
Bahan2nya:
1 mangkuk lala
3 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dihiris halus)
3 biji cili merah/hijau (dihiris halus)
5 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan serbuk perasa
Caranya:
Tumis bawang merah,putih dan cili yg dihiris tadi.
Masukkan sedikit air,lala dan kesemua sos tadi.
Kemudian tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa.
~siap~
Sejujurnya saya ni tak pandai memasak memalukan. Nak masak sedap2 dgn menu yg pelbagai memang saya tak reti.Pengakuan ikhlas,,hahaha..Nasib baik dapat suami yang tak kisah makan apa aje,x cerewet.Alhamdulillah
Kalau guna bahan2 yg pada saya agak melecehkan,memang saya tak akan masak.Sebab tu sampai skrg tak mahir memasak ni.huhuhu..nasib baik juga saya da jd bini org,,hehehe..Setakat yg simple dan mudah boleh lah saya masak.Tapi kalau byk bahan bg menu fberet saya,saya akan buat jugak la.nak wat camne feberet katakan..eh,gitu pulak ye..
So..selamat menjamu selera..daa~~