Isnin, 20 Januari 2014

Walau sedikit,kami gembira.

Assalamualaikum..
Apa yang sedikit tu kan.Ini semua rezeki hasil dari bisnes kecil-kecilan anak saya yang dah saya ceritakan di sini.
Jumaat lepas,cuti umum sempena Thaipusam kan,jadi anak-anak tak sekolah 3 hari.Pagi-pagi lagi Alif dan adiknya da sibuk menyusun barang2 perniagaannya di kedai depan rumah.hihii,dah mcm ahli perniagaan pulak ye.Di ketika itu lah,dah ramai budak-budak datang untuk membeli.


Untuk permulaan,kami menjual snek dan aiskrim pop.Alhamdulillah ramai juga yang membeli,walaupun untung jualan dari snek ni sangatlah kecil nilainya.

Time anak solat,saya gantikan sekejap untuk jaga kedai
barang jualan kami tu,Yang peliknya,budak-budak tu segan nak datang bila nampak saya yang jaga kaunter.
Tadi saya tengok budak-budak ni bukan main lagi huha-huha.Nampak saya terus senyap pulak.Hihihi,saya tak makan orang lah :P

Alif nampak kawan-kawannya datang,dia terus suruh saya cepat-cepat masuk."Mama,masuk cepat,nampak aurat",sambil menunjukkan tangan saya yang berbaju lengan pendek ketika tu.Anak saya memang agak peka bab aurat ni.Lantas saya pun jawab,"tak pe la,kawan-kawan alif semua budak kecik,belum baligh lagi,tak haram pun".Alif menganggukkan kepala tanda faham.>-<


Untuk memudahkan kami mengetahui berapa hasil jualan kami setiap hari,segala wang yang masuk harus di catit di dalam buku khas.Dalam 1 hari tu dapatlah dalam Rm60,nampak macam..alahaii sikit je kan.Kalau Rm60 × 30hari,=Rm1,800.banyak gak tu kan.Tapi berpatutan lah dengan apa yang kami jual.Cuma snek,gula-gula,coklat dan aiskrim je.Mungkin pada kita sikit,tapi bagi anak-anak saya sudah cukup menggembirakannya.Boleh nampak keterujaannya.

Mama nya pun bole tumpang rasa seronok tu,nak buka kedai je rasanya.Tapi tahun depan Alif akan saya hantar ke asrama Tahfiz,tak de pulak yang nak jaga nanti sebab saya dah sibuk berniaga di pasar malam.Harapkan adiknya,kecik lagi baru 8 dan 6 tahun.Mengira pun masih sangkut-sangkut.

Hari ni dah sekolah semula,so..senyap je la rumah saya ni.Takde yg dtg membeli,tapi lepas balik dari sekolah agama,memang ramai yg datang.Kadang-kadang tak terlayan juga saya.Budak-budak ni banyak duit,nak beli snek pun bawa duit sampai Rm20.

Saya harap semangat anak-anak saya dalam perniagaan ni tak terhenti begitu saja,kami kena beri sokongan dengan apa yang mereka minat selagi ia tidak mendatangkan keburukkan masa depannya.Insha allah.

Ahad, 19 Januari 2014

Buat Header Sendiri

Assalamualaikum..


Sape2 yang dah biasa singgah mesti perasan kan,header saya dah bertukar.Yang ni buat sendiri.Hewhew..:D


Amacam,,korang rasa comel tak?hahaa..Simple je la kan.Banyak kali try tak menjadi.Masa buat tu da transparent backgroundnya,tapi bila save,huwaaaa..gelap,jadi hitam.Macam ni haa??



Sebelum ni pernah gak try jadi,tapi lepas tu lupa step.Hurmm,geram je.Apa?? cari tuto tu semula ?? Huhuu..saya buat ni tak de tengok tuto mana2 sebab saya tak guna Photoshop atau Photoscop.Dah banyak kali tengok tuto yang panjang lebar dengan step yang macam tak habis2 tu,hehee..dah la banyak step,try..??tak jadi pulak..stress ooo..

Nak tau ke saya guna apa?nakkkkkkk..amboi ramainya yang nak.Hahaa pasan kejap.Yang tak nak tau tak pe,,pegi. main jauh2 :D.Sebenarnya saya guna PicsArt je.Tak yah susah2 nak buka Pc ke,laptop ke.Dalam fon pun boleh tau.Saya guna tablet la.

Biasa guna ni time nak edit gambar je,dah lama gak perasan benda ni macam boleh buat header transparent,cuma tak reti je.Bila da byk kali try tak menjadi,mula lah fed up.Tapi hari tu je lah..esok2 try lagi.Betapa rajinnya saya,ye tak?Bkn apa,,sebab saya yakin header boleh buat dengan hanya guna PicsArt ni.

Akhirnya,,kerajinan saya berhasil walau tak hebat macam blogger2 lain yg memang dah bijak bab header ni.Saya rasa sebelum jadi ni,ada dalam 15 kali saya try tak jadi.Dekat 4 jam jugak lah.Lepas dah byk kali try,tangan pun dah lenguh.Saya cuba lagi sekali dan cakap dalam hati" yang ni last la,,kalau tak jadi jugak,bio je lah,,malas,penat":(

Eh..eh..tak sangka pulak,yang last tu menjadi,Horeyyyy!! tepuk tangan ramai2..terima kasih..terima kasih..:P Mungkin ada yg akan kata "elehh,,header cam tu je,tak de lah cantik dan kreatif mana pun":-[,Arghh,,tak kisah lah nak kata apa.Tapi saya seronok berjaya buat header sendiri,tapi yang paling best ialah kepuasan..huhuu.Nak tau macam mana rasanya..try la..buat sesuatu banyak kali,tak jadi,try lagi dan lagi, akhirnya berjaya,senyum lebar sampai ke telinga.rasa puas tak?angguk kepala..yeaayy..betul kan.

Bila dah menjadi,rasa rajin je nak buat je lagi.sampai header blog orang pun saya try,hehee,malu la nak tunjuk kan,tapi simple2 je la.kalau nak letak doodle pun boleh tau,gambar korang ke,semua boleh.siap boleh gunting gambar yg kita nak letak tu .Tak banyak step pun mcm photoshop tu,sekejap je da siap.Kalau dah boleh buat header tu mestilah boleh buat footer dan watermark sekali..


Ok,dah penat membebel,yang belum ada app ni,boleh install je dekat play store,atau klik >>PicsArt untuk android je ye.Macam2 boleh buat,best.Cuma font dlm tu tak banyak,nak lebih kena pay lah..hehee saya guna yang ada je.

Dah,,tu je..bye~~

Anne Nurain