Isnin, 20 Januari 2014

Walau sedikit,kami gembira.

Assalamualaikum..
Apa yang sedikit tu kan.Ini semua rezeki hasil dari bisnes kecil-kecilan anak saya yang dah saya ceritakan di sini.
Jumaat lepas,cuti umum sempena Thaipusam kan,jadi anak-anak tak sekolah 3 hari.Pagi-pagi lagi Alif dan adiknya da sibuk menyusun barang2 perniagaannya di kedai depan rumah.hihii,dah mcm ahli perniagaan pulak ye.Di ketika itu lah,dah ramai budak-budak datang untuk membeli.


Untuk permulaan,kami menjual snek dan aiskrim pop.Alhamdulillah ramai juga yang membeli,walaupun untung jualan dari snek ni sangatlah kecil nilainya.

Time anak solat,saya gantikan sekejap untuk jaga kedai
barang jualan kami tu,Yang peliknya,budak-budak tu segan nak datang bila nampak saya yang jaga kaunter.
Tadi saya tengok budak-budak ni bukan main lagi huha-huha.Nampak saya terus senyap pulak.Hihihi,saya tak makan orang lah :P

Alif nampak kawan-kawannya datang,dia terus suruh saya cepat-cepat masuk."Mama,masuk cepat,nampak aurat",sambil menunjukkan tangan saya yang berbaju lengan pendek ketika tu.Anak saya memang agak peka bab aurat ni.Lantas saya pun jawab,"tak pe la,kawan-kawan alif semua budak kecik,belum baligh lagi,tak haram pun".Alif menganggukkan kepala tanda faham.>-<


Untuk memudahkan kami mengetahui berapa hasil jualan kami setiap hari,segala wang yang masuk harus di catit di dalam buku khas.Dalam 1 hari tu dapatlah dalam Rm60,nampak macam..alahaii sikit je kan.Kalau Rm60 × 30hari,=Rm1,800.banyak gak tu kan.Tapi berpatutan lah dengan apa yang kami jual.Cuma snek,gula-gula,coklat dan aiskrim je.Mungkin pada kita sikit,tapi bagi anak-anak saya sudah cukup menggembirakannya.Boleh nampak keterujaannya.

Mama nya pun bole tumpang rasa seronok tu,nak buka kedai je rasanya.Tapi tahun depan Alif akan saya hantar ke asrama Tahfiz,tak de pulak yang nak jaga nanti sebab saya dah sibuk berniaga di pasar malam.Harapkan adiknya,kecik lagi baru 8 dan 6 tahun.Mengira pun masih sangkut-sangkut.

Hari ni dah sekolah semula,so..senyap je la rumah saya ni.Takde yg dtg membeli,tapi lepas balik dari sekolah agama,memang ramai yg datang.Kadang-kadang tak terlayan juga saya.Budak-budak ni banyak duit,nak beli snek pun bawa duit sampai Rm20.

Saya harap semangat anak-anak saya dalam perniagaan ni tak terhenti begitu saja,kami kena beri sokongan dengan apa yang mereka minat selagi ia tidak mendatangkan keburukkan masa depannya.Insha allah.

19 ulasan:

  1. ermm x pelah kak walaupun sedikit tapi kepuasan menjual itu ada ^_^ sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

    BalasPadam
  2. rumah niesa dulu pn ada buat bisnes kecik2 mcm ni..hehe..xpe kak..sikit2 lama2 jd bukit..mana tau sok lusa bisnes kecik jd besa kan?InShaAllah,niesa doakan ya.. :D

    BalasPadam
  3. wah! nampak besar juga tu
    hebatlah alif ni.
    mama yana respek semangat alif
    all the best ye =)

    BalasPadam
  4. rajinnya anak-anak akak...apa2 pun semangt mcm ni yg kita nak semai dlm jiwa mereka semua...:D

    BalasPadam
  5. bagusnya anak2 Atien ada semangat camtu..mana tau suatu hari nnt Alif boleh jadi bisnessman yg berjaya..:)..In Sha Allah..:)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kak.Semoga anak2 akak rajin n tak patah semangat cm ibunya.HEHHE.Semoga semuanya dipermudahkan

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..sedikit2 lama2 jadi bukit..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. bagusnya. Banyak pengalaman anak2 utk bekalan masa hadapan nnti. Sikit bnyak tu satu peluang & rezeki kan, tp apa yg penting dgn cara mcm ni pun nilai2 kekeluargaan pun dpt dieratkan lagi. Semoga segalanya diberkati.. aamiin.. All the best Atien & family.. :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum

    wah bagusnya minat anak anak tuu..berniaga walau sikit pulangannya tapi hati ttp senang kan.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  10. bagus dah berjiwa keusahwanan sejak kecil.. begitulah yang perlu ada pada setiap anak-anak.. bila dah dewasa nanti tak semestinya mereka akan kerja makan gaji.. kerja sendiri pun boleh berjaya tu..

    BalasPadam
  11. In Shaa Allah..hargai diri sendiri.. :D senyum!!

    BalasPadam
  12. baguslah Alif ada bakat jadi keusahwanan sejak kecil..
    1800 hinggit banyak tu sebulan..semoga adik Alif terus berusaha hingga berjaya amin...

    p/s: atien johor kat mana?..saje busy body hehe :P

    BalasPadam
  13. Bagusnyaa Atien...cth yg baik ni utk parents lain....congrats Atien ;)

    BalasPadam
  14. Rajin anak2 akak kan. Alhamdulillah. :-)

    BalasPadam
  15. InsyaAllah, Atien... kalau dipupuk sejak dari kecil lagi.. anak2 Atien akan berjaya jadi usahawan kelak... biarpun mula2nya cuma sedikit... ^__^

    BalasPadam
  16. bz la skrg ek..kakao pun x bunyi sejak 2 menjak ni kan. hehee

    BalasPadam
  17. semoga berjaya jadi usahawan berjaya yer. :)

    BalasPadam
  18. bagus nie... ajar2 anak2 business.. lama2 boleh buka kedai runcit..

    BalasPadam
  19. pandai Alif berniaga dan jaga aurat mama dia..
    untung puan dapat anak macam dia.. ^^

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain