Selasa, 9 April 2013

Bermula kehidupan baru


Setelah 4 hari menetap di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang,aku di benarkan pulang ke rumah.Alhamdulilah hasil ujian X-ray, kedudukan tulang2 yg patah selepas operation berada dalam kedudukan yg baik.Kira2 jam 6:30 petang, selesai proses check out.Aku pulang dengan berkerusi roda dan bermulalah kehidupan  yg baru.

Sampai di rumah, kakak ipar dan anak saudara juga sampai.En.abang mendukung aku dan di letakkan aku di atas kerusi roda.X sampai beberapa minit, aku rasa seluruh badanku seakan tumbang dan jatuh.Huh..aku pitam lagi.Di angkatnya pula aku ke atas katil, nafas pula seakan2 putus.Ya, Allah...ujian lagi.

Keesokkan harinya pulak adalah hari pertama anak2 mula sekolah setelah cuti beberapa hari kerana mama dy xcdent.Hari tu adalah hari yg paling menyedihkan buat aku bila 1 apapun aku tak boleh nak buat untuk bantu anak2.Tanya baju mana, kain mana? Semua tak tahu.Pagi subuh lagi da kelam kabut.Biasa aku yg siapakan.Dengan baju sekolah anak2 yg belum bergosok lagi, bekal sarapan yg tak berisi, macam2 la.Bila tanya en.abg, boleh ke?, boleh katanya.Tapi aku rasa tak puas hati, bila boleh cakap itu ini je macam Mem besar Pulak.Kesedihan melampau mengenang nasib diri, airmata da tak boleh tahan dan mengalir deras.

Wajah2 permata hati.

Mulai hari ini, anak2 mama kena buat sendiri ye, Mama tak boleh nak tolong, Mama sakitttt..

Dan mulai detik dan saat ini, aku kena biasakan diri dgn keadaan aku yg tidak boleh jalan sama sekali.Hanya terlentang di atas katil tanpa boleh mengiring ke kiri mahupun ke kanan.Hidup ku berubah 100%.kini hanya bertemankan bantal aje.Bilikku kini duniaku

Subhanallah, besar ujian mu ya, allah.Aku sedih namun redha di atas kehendakmu.Kau ringankanlah beban yg ku tanggung ini.Semoga ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.
Amin...





Make Your Own Gifts Here

Sabtu, 6 April 2013

Topik Hangat Di Facebook

Dah beberapa hari aku tak buka fesbuk selepas aku xcdent.Malam tu rasa nak buka pulak sebab kakak aku kata, ada byk mesej kt inbox.Mula2 suruh kakak aku bacakan je.mmg byk.Tak best lak bila org bacakan.Aku pun ambik tab terus tengok.Ya..allah byk betul org htr mesej, kt whatsapp pun ada.Aku tengok dlm 2-3 hari tu, memang kisah aku xcdent jadi topik hangat dalam laman fesbuk.Macam2 aku baca.Kebanyakan nya semua mendoakan kebaikan untuk aku.

Wall2 group pun hot cerita tentang aku.


Bersyukur sangat2, ada kawan2 yg prihatin dgn keadaan aku ni.Sana sini mendoakan aku, ada yg suggest buat derma kilat tuk aku jugak.Sejujurnya aku malu sangat2.Tak minta pun, doa pun da cukup bagi aku.Dapat tahu ada buat derma ni, kawan aku Pojie bgtau masa dy dtg tgk aku kat hospital.Mula2 pelik mana dyorg dpt no akaun aku."Oo..ko rupanya Nan" baru ingat, dy ada beli barang dgn aku duli.Simpan lg no akaun aku.Apapun thanks banyak2 pada kawan2 yg sudi membantu.Insyaallah aku tak lupa jasa korang.




Terharu sangat2 dgn keperihatinan kawan2 untuk aku.Sayang korang semua.Semoga kalian di kurniakan rezeki yg tidak pernah putus dan sentiasa di berkati allah.
Amin.



                        

Anne Nurain