Selasa, 9 April 2013

Bermula kehidupan baru


Setelah 4 hari menetap di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang,aku di benarkan pulang ke rumah.Alhamdulilah hasil ujian X-ray, kedudukan tulang2 yg patah selepas operation berada dalam kedudukan yg baik.Kira2 jam 6:30 petang, selesai proses check out.Aku pulang dengan berkerusi roda dan bermulalah kehidupan  yg baru.

Sampai di rumah, kakak ipar dan anak saudara juga sampai.En.abang mendukung aku dan di letakkan aku di atas kerusi roda.X sampai beberapa minit, aku rasa seluruh badanku seakan tumbang dan jatuh.Huh..aku pitam lagi.Di angkatnya pula aku ke atas katil, nafas pula seakan2 putus.Ya, Allah...ujian lagi.

Keesokkan harinya pulak adalah hari pertama anak2 mula sekolah setelah cuti beberapa hari kerana mama dy xcdent.Hari tu adalah hari yg paling menyedihkan buat aku bila 1 apapun aku tak boleh nak buat untuk bantu anak2.Tanya baju mana, kain mana? Semua tak tahu.Pagi subuh lagi da kelam kabut.Biasa aku yg siapakan.Dengan baju sekolah anak2 yg belum bergosok lagi, bekal sarapan yg tak berisi, macam2 la.Bila tanya en.abg, boleh ke?, boleh katanya.Tapi aku rasa tak puas hati, bila boleh cakap itu ini je macam Mem besar Pulak.Kesedihan melampau mengenang nasib diri, airmata da tak boleh tahan dan mengalir deras.

Wajah2 permata hati.

Mulai hari ini, anak2 mama kena buat sendiri ye, Mama tak boleh nak tolong, Mama sakitttt..

Dan mulai detik dan saat ini, aku kena biasakan diri dgn keadaan aku yg tidak boleh jalan sama sekali.Hanya terlentang di atas katil tanpa boleh mengiring ke kiri mahupun ke kanan.Hidup ku berubah 100%.kini hanya bertemankan bantal aje.Bilikku kini duniaku

Subhanallah, besar ujian mu ya, allah.Aku sedih namun redha di atas kehendakmu.Kau ringankanlah beban yg ku tanggung ini.Semoga ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.
Amin...





Make Your Own Gifts Here

0 kawan doakan saya ke syurga:

Catat Ulasan

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain