Jumaat, 5 April 2013

Setelah Operation

Dari Allah kita datang, Kepadanya jua kita kembali

Selesai operation, bila keadaan aku da stabil, aku di bawa semula ke wad.Masa ni tak ada sesiapa yg menemaniku.Semua da balik.So..aku keseorangan.Tekak mula terasa dahaga."Ya, Allah...macam mana nak ambik air ni."hati mula berbisik.Ada sebotol air mineral di sebelah katil ku.Ku cuba capai tapi tak sampai.Cuba lagi, tak dapat gak walau hampir2 je.ye lah air mineral tu 1.5 litter , agak berat la dgn tangan sebelah yg kondisinya tak berapa kuat.Arghhhhh.....aku menangis.menitis airmata membasahi tudung yg baru ku sarungkan selepas operation tadi.Namun aku cuba dan cuba lagi, akhirnya botol tu dapat ku genggam.Ku tarik perlahan2 dan alhamdulilah, aku dapat minum menghilangkan dahaga yg ku rasa sejak semalam lagi.Glup..glup..glup..fuhh..lega dapat basahkan tekak yg kering ni.

Tiba waktunya tuk sarapan pagi, nurse tu kata,aku da boleh ambil makanan.Dy hantar air milo dan sebungkus roti.Aku capai roti yg di letakkan di atas locker sebelah katilku.Bungkusan roti aku cuba koyakkan.ishk...susahnya..tanganku tak kuat.Aku nangis lagi.Buka bungkusan roti tu pun aku tak kuat ya allah.Tanganku sakittt.Tapi aku tak nak mengalah, aku cuba lagi sampai boleh.Haa..boleh pun.Eh! Tak habis di situ je.Macamana lak aku nak minum air milo dalam cawan tu.Dalam keadaan berbaring mesti air akan tumpah kan.Huwaaaaaaa...aku nangis lagi.Auntie sebelah katilku mungkin perasan dan dy datang untuk membantu.Aku cakap aku nak bangun untuk minum air.Aku memaut tangannya dan cuba untuk bangun.Subhanallah....aku tak mampu,, bila duduk je aku rasa nak tumbang."Tak boleh2, aku cakap ngan auntie tadi" lalu aku baring semula.Mungkin kerana kasihan melihat aku, dy kata" kalau saya bagi u minum pakai sudu boleh tak?"aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.Auntie tu pun mengambil sudu dan menyuapkan air ke dalam mulutku.Ya..allah, aku tak suka ni, mengharapkan orang buat untuk aku.Tapi...aku tak mampu buat sendiri.Airmata mula mengalir lagi.Auntie tadi ambik tisu mengelap airmataku yg mengalir."jangan nangis" katanya.


Alamak! Rasa nak kencing pulak, macammana niiiii...aku panggil auntie tadi minta tolong panggilkan nurse cakap aku nak kencing.Dah panggil, tapi lambatnye...tak tahan da ni.Nurse tu kata kejap2.aduh...da sakit tahan kencing ni.Beberapa minit kemudian nurse datang bawa mangkuk tandas.Di letakkan di bhgn bawah ... aku.Pastu dy tinggal.aku da selesai lama da, tapi nurse td tak datang2 lagi.Bun..t aku da rasa sakit da lama sangat atas mangkuk tu.sabo je lah...Akhirnya nurse lain yg dtg tengok.

Antara luka2 kecil.

Begitulah siksanya aku.Tak lama kemudian, kakak aku datang.Fuhh..lega rasanya, ada org boleh membantu.Makan bersuap.segala-galanya di bantu.Aku masih belum boleh bangun.Baru nak bangun,"eh,,,awak da boleh bangun ke? Kan baru lepas operation, tak boleh bangun lagi la..."kata nurse.Oo...baru kehilangan banyak darah, mmg x boleh bangun.t tumbang lagi.

Waktu melawat pada petang tu, aku da mula di kunjungi dgn keluarga dan kenalan yg dtg melihat keadaan aku.Budak yg langgar aku tu pun ada dtg, cuma salam je, pastu dok sembang kat koridor menceritakan kejadian xcdent tu yg aku laju pulak.Teruk rasanya.Pastu salam, ckp mintak maaf dan balik.Pada aku memang x patut.Lau tengok keadaan aku ni, tanya mana yg patah ke, tgk kaki aku ni ke.sedap gak hati kan.Ni tak.sabo je lah....

Family sampai, sume nangis2.mak, ayah, abg, kakak, adik sume datang.Ya..allah,aku bersyukur padamu kerana di kurniakan family yg begitu menyayangi aku.
Amin..

1 ulasan:

  1. Ya Allah.. Nanges saya kak baca kisah akak... Semoga akak kuat ye :)

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain