Khamis, 11 April 2013

Begitulah aku

Kehidupan yg sebelum ini agak bebas dgn pergerakan, kini terbatas.Makan, ber*k dan segala2 nya hanya dalam bilik.Begitulah aku selepas allah memberikan ujian yg sangat besar untuk aku.Kenikmatan berjalan yg di pinjamkan di ambil semula sementara.Ya, ku akui apa yg aku miliki ini semuanya hanya pinjaman.Bersyukur lah dengan apa yg kita ada.

Semua yg ingin aku buat memerlukan bantuan.Rasa teruk kan.Ketika inilah kesedihan melanda.Hanya airmata dan beristighfar aje lah.Anggap aje ni baru lagi, mungkin da lama2 ckit nanti ok la, pujuk hati.Ketika ini, nak kencing terpaksa guna diapers.Aku tak suka, tapi x de pilihan.Ya, allah mampu ke aku.Tulang tongking aku ni naik panas da.Mana x nye asyik terperap je atas katil.Begitulah aku.



Sakit di bahagian peha yg di pasang besi,alhamdulilah
Aku Masih mampu bertahan.Tapi, bila sakit di bahagian buku lali yg di pasang skru.subhanallah...tak tertahan rasanya menanggung kesakitan."ya, allah jika kesakitan ini adalah penghapus dosa, aku redha.Namun jika ia pengakhiran hidupku, aku belum bersedia.


Produk Shaklee

Ni ubat yg aku makan, di beri percuma oleh kawan aku yg rasa jauh, tapi sebenarnya dekat.Terharu sangat2 sampai mengalir airmata aku ni.Asalnya aku tanya je utk apa produk shaklee ni, eh dy nak bg pulak.sejujurnya aku malu sgt.Tak sangka pun ada.Thanks atas keperihatinan yg di beri.Semoga di rahmati allah dan Di kurniakan rezeki Yg tak Pernah putus.insyaallah.Nak citer banyak pasal produk ni aku x reti, tapi kalau korang nk tau klik SINI Dan SINI

Masa nilah kita tahu siapa yg betul2 kawan kita, alhamdulilah aku di kurniakan kawan2 yg hebat.Sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kebaikan aku agar cepat sembuh.syukran.


Toilet bergerak aku.ngee

Memandangkan aku x boleh berjalan en.abg belikan aku toilet bergerak ni.Cantik tak? Lau ada yg senasib dgn aku, belikan je ni, ada di jual di farmasi dgn harga Rm160.Senang sikitlah.Aku x suka guna diapers, gatal, panas dan x selesa.Tapi kalau g mana2 terpaksalah pakai jugak.Mungkin di awal2 dulu, agak sukar nk bergerak, tp da lama2 ni, alhamdulilah mudah.Begitulah aku

Selepas jahitan di buka, aku da di benarkan mandi, fuhh,,, lega dan segarnya, 2 week x mandi.Aku kena mandi wajib sekali coz aritu kan aku uzur.Solat pulak kena ganti la..Nak mandi kena berdukung ke bilik air.Lau x de yg mendukung aku, x mandi la.Nasib baik badan en, abg besar larat nak angkat aku.Kata en.abg masa baru2 xcdent aritu berat, skrg da ringan ckit.Hurmm,, x pe la, senang.Aku da kurus..

Semoga ini hanya seketika.Anggap aje, aku adalah insan terpilih oleh allah untuk di uji.X semua org mendapat ujian begini.Kuat atau tak untuk menghadapi nya.

Sekian





Selasa, 9 April 2013

Bermula kehidupan baru


Setelah 4 hari menetap di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang,aku di benarkan pulang ke rumah.Alhamdulilah hasil ujian X-ray, kedudukan tulang2 yg patah selepas operation berada dalam kedudukan yg baik.Kira2 jam 6:30 petang, selesai proses check out.Aku pulang dengan berkerusi roda dan bermulalah kehidupan  yg baru.

Sampai di rumah, kakak ipar dan anak saudara juga sampai.En.abang mendukung aku dan di letakkan aku di atas kerusi roda.X sampai beberapa minit, aku rasa seluruh badanku seakan tumbang dan jatuh.Huh..aku pitam lagi.Di angkatnya pula aku ke atas katil, nafas pula seakan2 putus.Ya, Allah...ujian lagi.

Keesokkan harinya pulak adalah hari pertama anak2 mula sekolah setelah cuti beberapa hari kerana mama dy xcdent.Hari tu adalah hari yg paling menyedihkan buat aku bila 1 apapun aku tak boleh nak buat untuk bantu anak2.Tanya baju mana, kain mana? Semua tak tahu.Pagi subuh lagi da kelam kabut.Biasa aku yg siapakan.Dengan baju sekolah anak2 yg belum bergosok lagi, bekal sarapan yg tak berisi, macam2 la.Bila tanya en.abg, boleh ke?, boleh katanya.Tapi aku rasa tak puas hati, bila boleh cakap itu ini je macam Mem besar Pulak.Kesedihan melampau mengenang nasib diri, airmata da tak boleh tahan dan mengalir deras.

Wajah2 permata hati.

Mulai hari ini, anak2 mama kena buat sendiri ye, Mama tak boleh nak tolong, Mama sakitttt..

Dan mulai detik dan saat ini, aku kena biasakan diri dgn keadaan aku yg tidak boleh jalan sama sekali.Hanya terlentang di atas katil tanpa boleh mengiring ke kiri mahupun ke kanan.Hidup ku berubah 100%.kini hanya bertemankan bantal aje.Bilikku kini duniaku

Subhanallah, besar ujian mu ya, allah.Aku sedih namun redha di atas kehendakmu.Kau ringankanlah beban yg ku tanggung ini.Semoga ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.
Amin...





Make Your Own Gifts Here
Anne Nurain