Khamis, 3 Oktober 2013

Cekodok crab stik

Assalamualaikum

Dah malam2 mcm ni,perut rasa lapar pulak,atas meja cuma ada roti je.Saya ni x berapa minat dgn roti kecuali roti bakar mmg saya suka.Pergi dapur tgk apa yg boleh di makan,tapi x de apa2.So,,saya rasa nak buat cekodok.Cekodok bawang da biasa sangat,kentang pulak x de,yang ada cuma crab stik ni je."Ah..bolehlah.sedap jugak kan.
crab stik
Mula2 saya hiris dulu crab stik ni,macam kat dlm gambar tu.Hehee.Ikut suka lah nak letak berapa banyak.Saya buat x banyak sebab da malam sgt,takut x abis pulak.

Crab stik yg siap di adun dgn tepung
Kemudian saya bancuh dengan tepung gandum dan sedikit garam.Biasanya saya tambah  perencah nasi goreng cina seri aji,tapi x de,dan saya gantikan dengan perasa pasti sedap Knor.Kalau letak ni cekodok ni akan bertambah sedap.Tapi pada tekak saya lah..nak tau boleh cuba sendiri.

Cekodok crab stik




Siap bancuh,boleh lah goreng dan siap untuk di makan.Sos pencicah pilihan saya ialah sos pencicah kak wan dari kelantan,memang sedap.Rasanya kat tempat saya susah nak jumpe sos ni.Ni pun kakak saya yg bg.Eh,tempat korang cekodok ni panggil apa ye,kalau di kampung saya johor biasanya panggil jemput-jemput.hehee.Anak2 saya x tau kalau saya cakap jemput2 ni..hahahaha.
Ok lah jemput makan ye,bismillah..

Rabu, 2 Oktober 2013

Fisioterapi

     


Minggu ni saya menjalani fisioterapi utk kali kedua.Tau kan apa tu fisioterapi,kalau tak tau,ni saya kongsikan sedikit apa itu fisioterapi.

Fisioterapi ialah rawatan kepada individu bg menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.Termasuklah rawatan utk keadaan di mana pergerakan dan fungsi terancam akibat penuaan,penyakit,kecederaan atau persekitaran.

Saya menjalani fisioterapi bg rawatan kedua2 belah kaki saya yg patah akibat kemalangan 6 bulan yg lalu.Sekarang saya dalam proses utk memulihkan kaki saya ni.Saya melakukan fisioterapi di Unit Fisioterapi Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.

Di sana saya di ajar cara2 pergerakan senaman yg betul bg mengurangkan kesakitan kaki saya ni.Buat pengetahuan semua saya tak boleh mencangkung kerana kesakitan yg amat sakit,tegang di bahagian lutut akibat besi yg berada pada peha kanan saya itu.Jalan saya juga tidak sesempurna dulu,kerana skru yg masih melekat di buku lali saya,sedikit menyukarkan pergerakan..so..kalau saya rajin melakukan fisio ni,insha allah kesakitan akan berkurangan,tapi kecacatan pada kaki saya tak boleh lah nk di betulkan.

sumber:Google
Ini adalah antara alat2 senaman bg melakukan fisio,,aritu saya kena kayuh basikal lebih kurang 20 minit bg menguatkan otot2 kaki saya juga senaman melipatkan kaki dlm kiraan 15saat/10 hingga 20 kali secara berulangan.Boleh rasa lah perbezaan sebelum dan selepas menjalani fisio ni,,kalau rasa ketat dan susah nk gerak,,akan rasa mudah akhirnya.Tapi kalau di rumah saya tdk melakukan senaman atau malas,,maka kesakitan kaki saya akan berbalik ke asal.

Kata org "nak seribu daya,tak nak seribu dalih".Nak sembuh tapi malas,sampai bila pun tak akan baik kan.Saya harus rajin utk diri saya sendiri.Insha allah di permudahkan.Amin
Anne Nurain