Sabtu, 8 Mac 2014

Setahun Sudah Berlalu..


7-3-2013 adalah tarikh bersejarah dalam hidup saya.Bukan melahirkan anak ye..hehee..Maka pada semalam genap lah usia tragedi yang menimpa.Rasa cepat masa berlalu,namun sejarah itu di harap tidak akan berulang..

Facebook.


Allah memberikan ujian yang paling besar buat saya,apabila saya di timpa kemalangan yang boleh di kategorikan ngeri.Mengimbau sedikit kejadian ngeri itu.. berlaku pada waktu tengahari ketika ingin mengambil anak pulang dari sekolah,di rempuh dari sisi kanan ketika cuba membelok kemudian di seret dalam keadaan yang masih cantik je menunggang motosikal.Apabila kereta yang merempuh saya menekan brek,saya mula tercampak di atas cermin hadapan kereta tersebut lalu tergolek berguling-guling di atas jalan raya.

Di sebabkan kemalangan itu saya mengalami kecederaan teruk di mana patah peha kanan,retak ibu jari kaki kanan,patah buku lali kiri,patah tulang jari kaki kiri dan putus urat-urat di bahagian jari jemari kaki kiri.Tidak mampu berjalan dan hanya terlentang di atas katil hampir 5 bulan.Panas tulang tongkeng tau..huhuu..Merasa memakai diapers ketika usia semakin tua,sebab masa kecik-kecik dulu pakai napkin je..hehee

Kini...setahun sudah berlalu.Alhamdulillah saya mampu berjalan semula walaupun kini tidak mampu berlari...>-< Kenikmatan dan kesempurnaan yang di beri pinjam telah di ambil semula.Perlu redha dan percaya ini semua mungkin ada hikmahnya.Tanda kasih dan sayangnya kepada saya.Allah boleh saja ambil nyawa saya dari jasad ketika itu..subhanallah..syukur kerana saya masih bernafas,,tidak kembali kepadanya dalam keadaan bekalan akhirat yang masih kekurangan.

Mungkin ini ujian ataupun balasan kecil atas dosa-dosa dan kelalaian saya selama ini.Masha allah..fikir positif akan membuat ujian yang dilalui itu dengan mudah.Mengkaji semula di mana silap saya,muhasabah diri..di manakah kedudukkan saya di sisinya.Ya..Allah masih jauh dengan syurgamu.

Ini adalah peluang yang Allah beri untuk saya memperbaiki diri.Mungkinkah akan ada peluang lagi,itu saya tidak pasti.So..saya harap boleh gunakan peluang ini sebaiknya,insha allah.Ujian ini membuat saya lebih sedar akan kekhilafan.Ini lah di namakan hikmah di sebalik ujian.

Pandang diri kita,,jaga dan hargai segala pinjaman dan kenikmatan dunia.Segalanya hanya pinjaman.Kalau dulu saya manusia sempurna,kini tidak lagi..Allah tarik sedikit dengan kecacatan.Hikmahnya..kurang merayap..hehee..lau kaki ok,asyik nak merayap je ke sana ke mari..dah macam ni,nak pun semuanya terbatas.

Dan..pada tengahari semalam juga kereta yang saya pandu semasa ingin mengambil anak di sekolah di sondol dari belakang oleh lori.Saya memang perasan lori tu dekat sangat dengan kereta saya.Bagi laluan untuk memotong,tak nak pulak.Akhirnya dia cium kereta saya tu..huhuu.Nasib baik cium manja je,tapi tersentap jugak saya bila kereta tetiba bergerak..sakit jantung..ingatkan terlepas clutch semasa berhenti.Rupanya tidak.Kalau kuat sudah tentu kereta saya akan melanggar bas sekolah di hadapan saya,boleh jadi juga tersepit masuk di bawah bas tu..Nak tengok orangnya..tak nampak sebab lori tu tinggi..saya teruskan memandu sambil menghafal no pendaftaran lori tu untuk rujukan jika kereta saya mengalami kecederaan.Alhamdulillah ok.


Nak baca kisah kemalangan tu pergi ke menu tab MEMORI.

Jumaat, 7 Mac 2014

Sayangnya Allah Pada Kita

Assalamualaikum..




Anne Nurain