Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Mac 2014

Setahun Sudah Berlalu..


7-3-2013 adalah tarikh bersejarah dalam hidup saya.Bukan melahirkan anak ye..hehee..Maka pada semalam genap lah usia tragedi yang menimpa.Rasa cepat masa berlalu,namun sejarah itu di harap tidak akan berulang..

Facebook.


Allah memberikan ujian yang paling besar buat saya,apabila saya di timpa kemalangan yang boleh di kategorikan ngeri.Mengimbau sedikit kejadian ngeri itu.. berlaku pada waktu tengahari ketika ingin mengambil anak pulang dari sekolah,di rempuh dari sisi kanan ketika cuba membelok kemudian di seret dalam keadaan yang masih cantik je menunggang motosikal.Apabila kereta yang merempuh saya menekan brek,saya mula tercampak di atas cermin hadapan kereta tersebut lalu tergolek berguling-guling di atas jalan raya.

Di sebabkan kemalangan itu saya mengalami kecederaan teruk di mana patah peha kanan,retak ibu jari kaki kanan,patah buku lali kiri,patah tulang jari kaki kiri dan putus urat-urat di bahagian jari jemari kaki kiri.Tidak mampu berjalan dan hanya terlentang di atas katil hampir 5 bulan.Panas tulang tongkeng tau..huhuu..Merasa memakai diapers ketika usia semakin tua,sebab masa kecik-kecik dulu pakai napkin je..hehee

Kini...setahun sudah berlalu.Alhamdulillah saya mampu berjalan semula walaupun kini tidak mampu berlari...>-< Kenikmatan dan kesempurnaan yang di beri pinjam telah di ambil semula.Perlu redha dan percaya ini semua mungkin ada hikmahnya.Tanda kasih dan sayangnya kepada saya.Allah boleh saja ambil nyawa saya dari jasad ketika itu..subhanallah..syukur kerana saya masih bernafas,,tidak kembali kepadanya dalam keadaan bekalan akhirat yang masih kekurangan.

Mungkin ini ujian ataupun balasan kecil atas dosa-dosa dan kelalaian saya selama ini.Masha allah..fikir positif akan membuat ujian yang dilalui itu dengan mudah.Mengkaji semula di mana silap saya,muhasabah diri..di manakah kedudukkan saya di sisinya.Ya..Allah masih jauh dengan syurgamu.

Ini adalah peluang yang Allah beri untuk saya memperbaiki diri.Mungkinkah akan ada peluang lagi,itu saya tidak pasti.So..saya harap boleh gunakan peluang ini sebaiknya,insha allah.Ujian ini membuat saya lebih sedar akan kekhilafan.Ini lah di namakan hikmah di sebalik ujian.

Pandang diri kita,,jaga dan hargai segala pinjaman dan kenikmatan dunia.Segalanya hanya pinjaman.Kalau dulu saya manusia sempurna,kini tidak lagi..Allah tarik sedikit dengan kecacatan.Hikmahnya..kurang merayap..hehee..lau kaki ok,asyik nak merayap je ke sana ke mari..dah macam ni,nak pun semuanya terbatas.

Dan..pada tengahari semalam juga kereta yang saya pandu semasa ingin mengambil anak di sekolah di sondol dari belakang oleh lori.Saya memang perasan lori tu dekat sangat dengan kereta saya.Bagi laluan untuk memotong,tak nak pulak.Akhirnya dia cium kereta saya tu..huhuu.Nasib baik cium manja je,tapi tersentap jugak saya bila kereta tetiba bergerak..sakit jantung..ingatkan terlepas clutch semasa berhenti.Rupanya tidak.Kalau kuat sudah tentu kereta saya akan melanggar bas sekolah di hadapan saya,boleh jadi juga tersepit masuk di bawah bas tu..Nak tengok orangnya..tak nampak sebab lori tu tinggi..saya teruskan memandu sambil menghafal no pendaftaran lori tu untuk rujukan jika kereta saya mengalami kecederaan.Alhamdulillah ok.


Nak baca kisah kemalangan tu pergi ke menu tab MEMORI.

Selasa, 4 Februari 2014

13 Tahun dah, Macam kejap jer.



Lamanya tak berupdate blog saya ni.Mood nak menaip seakan hilang,cuti balik kampung lagi sempena tahun baru cina.Yang paling utama sebab internet habis,saya sengaja tak nak topup.Kenapa?nanti saya cerita dalam entry lain.Sekarang nak cerita kisah 13 tahun dah..

13 tahun yang lalu.

Alhamdulillah,hari ni genap usia perkahwinan kami 13 tahun.Kekal hingga ke hari ini,insha allah hingga ke syurga bersama.Kami di satukan oleh pilihan keluarga.Seminggu kenal,kami bertunang,2 bulan kemudian kami di nikahkan.No loving-loving.Hehee.

Sweet ke?

Sweet ke gambar tu?hahaa..jangan muntah pulak ye.Tu dalam gambar je,hakikatnya kami bukanlah pasangan yang sweet macam tu.Kami biasa-biasa aje,sebab En.suami tak pandai sweet-sweet ni.Kalau di lihat dari luaran pun memang akan tahu bagaimana ciri-ciri keperibadian En.suami.


En.suami
Sedikit yang saya boleh kongsi mengenai ciri-ciri suami saya.

  • GemuksBerbadan besar dan kurang hensem..huhu
  • Berusia 10 tahun lebih tua dari saya.(kira sendiri la)
  • Perwatakkan sedikit seperti Ustaz dan tidak romantik.
  • Sentiasa berkopiah di kepala dan berjanggut (sunnah katanya)
  • Sangat menjaga solat.( Time syok shopping pun,masuk waktu je..terus cari surau.Barang yang nak beli tu tinggalkan kejap,boleh gitu)
  • Rajin menghafal doa dan berzikir.( tak macam saya.hehee)
  • Suka beri ganjaran bila saya dapat menghafal doa dan ayat2 quran yang di suruh.(Biasanya Rm 1k)
  • Tapi..tak pandai nak bagi hadiah bila hari2 penting kami(baginya cukup sekadar hadiah al-fatihah)@_@
  • Sentiasa peka dengan apa yang saya pakai jika ada ciri-ciri yang boleh menampakkan aurat saya.(walaupun sehelai rambut)
  • Tidak cerewet bab makan sebab tahu saya tak xpert bab memasak.hehee
  • Tidak pandai memujuk bila saya merajuk..>_<

Apapun sifatnya,dan siapapun dia..dia adalah suami saya.Merajuk,bertengkar..tu perkara biasa dalam rumahtangga.Memang dia tak pandai memujuk.Yang paling macam tak percaya,bila kami bergaduh atau merajuk..biasanya tak sampai 1 hari pun,da ok semula.Kadang-kadang setengah jam je..hehee..Lepas tu buat macam tak de apa-apa sebab tak ada adegan pujuk memujuk.Pelik ke?

1 Tips nak kongsi..time gaduh..sorang membebel..sorang mesti diam atau menjadi pendengar bebelan tu.Lepas habis bebelan tu..turn pendengar tadi pulak untuk membebel.Kalau 22 nak membebel..memang meletop..kebaboommm..

Saya pun penat da membebel sorang2 ni..Lastly nak wish untuk kami "Hope kami kekal hingga ke syurga"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 13".Anak dah 3,, boleh tambah lagi ke,cukup la tu.hehee..

Sabtu, 20 Julai 2013

Eh,,da setahun la

Hai,geng,korang perasan x yg kita berjumpa buat pertama kalinya setelah 15 thun terpisah da nak masuk setahun la.Dengar baik2,bkn 1hari,1 bulan dan bukan 10 bulan,tapi setahunnn.hehe..

sweet nyee
                                                 

Dari raya tahun lalu sampai la nk masuk raya thun ni.Agak2 korang,thun ni dapat jumpa lagi x kita ek.Aku harap2 sangat dapat jumpe la.Ikut plan thun ni aku plk nk g raya ke rumah korang.Tapi boleh ke? jalan pun belum kuat da berangan nak raya sakan ek.

eii,masa ni zara dlm perut lg la..thun ni boleh bawak raya ni
                                             
Raya tahun untuk aku cukup berbeza,mana tak nya..x boleh g shopping sakan bli bju raya ni,hehe..segalanya dalam kesederhanaan.Mood raya pun x de.Jalan pun da macam itik gembo2,sedih la jugak.Tapi aku still dlm percubaan utk memulihkan kaki aku ni.Insha allah,pasti ada hikmah di sebalik ujian yg di beri.

Apapun..hope apa yg kita rancang jd kenyataan ye..Mungkin awal lagi kot nk wish,tapi x pe la.kat sini nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SAHABATKU.Mohon maaf zahir batin..

                                       sekian..

Jumaat, 21 Jun 2013

Setahun berlalu

Rasa masih baru, tapi da pun setahun aku ke Guangzhou, China.Pergi ke sana bukan melancong semata2, tapi adalah atas dasar perniagaan. Kenapa China? Ini kerana China merupakan pemborong terbesar dunia.Nak tgk pusat pemborong di sana.Aku pergi bersama en.abg dan beberapa org lg dlm 1 group di bawah anjuran smartrich.

Tambah kapsyen

Sebelum mengikuti lawatan ini, kami di wajibkan menghadiri seminar selama 1 hari.Yuran yg di kenakan x ingt plk, antara Rm150 kot seorang. Selepas tu baru siapkn pasport dan sbginya.Aku yg beriya2 nk pegi, en.abg ikut je.Aku yg ajak, so aku kena support segala2nya.Tambang flight, hotel, makan je da dkt Rm5k, tu blum blnja lg.Selama 5 hari berada di sana mmg seronok dan byk pengalaman.

Warna warni di guangzhou

Banyak tempat2 pemborong yg ada, harga plk jauh lebih murah.Dah selesai bli brg2 tuk bisnes, duit lebih kami beli mcm2.antaranya gadjet la..mmg murah sgt2.Aku bli tablet, iphone4, mini laptop dan Note.Huhuhu..sudahnya semua x dapat pakai sebab beg aku tertinggal diKLIA, bila dtg blik nk ambk, da x de la..rugi..rugi..yg pling ralat adlh note dan memory card 16gb 5 keping lau x silap aku la.Kat sini mahal, sana berganda2 murahnya.



Apapun semua tu bkn rezeki aku la, insyaallah ada rezeki dan pjg usia kami akan smpi lg membawa ank2 bersama.
posted from Bloggeroid

Isnin, 4 Februari 2013

ULANG TAHUN PERNIKAHAN


Tanggal 4.februari.2001 adalah hari bersejarah dalam hidupku, di mana pada hari ini aku telah bertukar status dari seorang anak kepada seorang isteri.Aku dinikahkan di Masjid Felda Air Tawar 4 oleh imam yahya,, skrg imam ni da pun kembali ke rahmatullah.al fatihah buatnya.

Mengenang kembali sejarah 12 tahun yang lalu, Pada hari pernikahan aku dengan en.abang hati aku mula rasa sesuatu yang agak pelik.Tahu tak? Selesai sahaja majlis akad nikah, tetiba aku rasa tak suka pulak.Tak tau kenapa, bile tengok muka en.abang ni rasa menyampah pulak...huhuhu..tak baikkan.Tapi tak lah berlarutan, mungkin culture shock kot.hihihi.mana tak nye, aku ngan en.abang ni, tidak kenal lama.Itu pun di kenalkan oleh Pakcik aku.Seingat aku,pertama kali bersua muka dgn dy dalam bulan November 2000.Waktu dy datang ni, aku tak ada di rumah sebab kerja.Mak telefon aku, bg tau yg orang yang datang nak tengok aku tu da pun sampai di rumah.Hati da rasa dug dag2.Aku cakap dgn mak, tengok je album aku tu, banyak gambar aku.nak tunggu aku balik lambat sebab aku kerja 12 jam.Eh,,, tak de maknanya..nak tengok live katanya...hahaha...

Balik dari kerja,,, dy da menunggu aku di rumah bersama pakcik..macam2 perasaan timbul masa ni, takut, malu,, arghh...da bercampur baur.Rasa nak masuk rumah ikut pintu belakang.Tp tak jadi sebab kakak aku kata dyorng sedang makan di dapur.Dengan jantung yang berdetak semakin laju, aku masuk dan..jeng...jeng..jeng...mata bertemu mata, hihi..tapi sekali imbas je la, aku ni kan pemalu orangnya.Lepas salam dgn pakcik, aku terus masuk bilik, tak nak keluar da.Huhuhu....besar gak orgnya,,, tak nak la....masa ni berat aku cuma 36kg je,, rasa tak sesuai lak dgn dy yg berbadan besar.Tapi,,,, ayah marah suruh keluar, katanya "tak baik buat tetamu mcm tu, dy datang nak tengok kau, pergi la sembang2 dulu".Aku pun g mandi dulu, tak kan nak bersembang dengan badan yg tak mandi tu kan.

Akhirnya,,,, kami pun kongsi2 cerita.Nak tau tak?? En.abg ni street to the point je tau.Dah la first time jumpa,,, eh,,,,tak menyempat2, terus bincang pasal kawen.makkkkkkkk.....dy ajak kawennnnnnnnn......bio betul kann.Aku tak nak, masih terasa muda, masak pun tak pandai lg.Tak pe katanya,,, nnt boleh belajo...hahaha...sampai la ni pun aku tak pandai masak...Caye tak?? Seyes betulll...

Seminggu selepas pertemuan itu, eh....mak dy datang hantar cincin merisik....huwaaaaa....tak de cakap pe2 pon.Mak Ayah da accept.Masa ni pun, aku tak de kat rumah, keje jugak.Balik dari keje je, mak cakap" tu ada cincin ko, g ambik"Cincin pe??"td mak dy datang hantar cincin risik"jawab mak.boleh pulak camtu ye.."eiiii...nape cepat sangattttttt, mak ayah pulak yg tolong jawabkan utk aku.Sebenarnya mak ayah tahu, waktu ni aku tak de kawan dengan mana2 lelaki, lepas putus hubungan dgn ex aku tu.Yang ada dok suke giler ngan aku masa ni suami orang pulak tu...x boleh la~~ayah kata"dengar cakap ayah, ayah sayang",,nak suruh aku jawab pe lg kan, aku ingat lg,mak dy htr cincin risik, hari rabu.Pastu mak cakap, "Sabtu ni, ko tunang"waaaa...very fast..alasan apapun aku buat, benda ni tetap akan berlaku.Maka,,, jadi lah aku tunangan org.Segala persiapan mak ayah yg support.Aku bertunang 2 hari sebelum hari jadi aku yang ke 20 pada 25.November.2000.
Selepas bertunang kitaorang jumpa sekali je iaitu pada hari raya bulan 12.Dannnnn...2  bulan selepas tunang, aku di diijabkabulkan dgn en.abg pada 4.februari.2001.

Di hari pernikahan 4.2.2001

ni lah rupa pelamin persandingan kami.Time ni, dah cukup cantik la kan.tapi skrg x jumpa da macam ni..hihi
jeng..jeng..jeng...hahaha...masuk dalam  harian metro tu...

kuang,, kuang,, kuang,,,bila mata, bertemu mata.

Kawan2 yg hadir memeriahkan majlis persandingan.

haa..beginilah rupa kami menjadi raja sehari. Cantik tak?? Cantik2, eh sendiri jawab lak, perasan sudah~~
bagai pinang di belah kapak..ahakks..

Perbezaan umur antara aku dan en.abg ni sangat jauh 10 tahunnnnn...Jauh kan.Namun..bila sudah bergelar sepasang suami isteri,tiada apa yg membezakan antara kami,umur hanya pada angka sahaja.Perkahwinan seseorang itu bukan bergantung pada berapa umurnya, tapi pada cara bagaimana kita mengemudinya.Tak kira, suami lebih tua atau muda,, hormat tetap hormat .Sekejap je masa berlalu pergi.Hari ini, genaplah usia perkahwinan kami 12 tahun.Dalam 12 tahun tu, kami di kurniakan 3 orang cahayamata.Alhamdulilah..

Walaupun pernikahan ini di cipta bukan atas dasar suka sama suka atau cinta, alhamdulilah..ia kekal hingga ke saat ini.Sebenarnya,,, aku tak pernah rasa jatuh cinta pun dgn en.abg ni, tak caya la tu kan...hanya aku je yg tau.hihi..kami tak rasa saling mencintai, tapi kami rasa saling menyayangi.Tu pun da cukup bg aku.i know who my hsbnd la...

Doakan yang terbaik buat kami.Semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga, amien..



Anne Nurain