Hai,semua.korang ada baik.kalau ye alhamdulillah..Da berapa ari tak update blog,busy sikit,tambah lak dengan cuti sekolah sempena raya cina ni kan.Nak balik kampung,,tak lah coz bulan 3 nanti da plan nak balik.Macam biasa lah tiap2 tahun dlm bulan 3 ada buat befday party anak2 kat rumah mak.So..cari tempat menarik yang boleh bawa anak2 jalan2.Tiba2 aku tertengok iklan di TV tentang KidZania.Aku cari kat FB.Lepas tu cari laman web kidzania ni.tengok macam best je.Rasanya nak try ajak En.abang,nak ke tak?
Hasrat hati da pun di sampaikan pada En.abg..Respon macam nk ngan tak je dy ni.Aku cadangkan Tiket t kira bagi 2 la,aku bayar separuh.he3.En.abg cuma mengangguk kan kepala je.Seperti yang di rancang,hari nya telah tiba,tanpa memberitahu anak2 ke mana akan ku bawa mereka,yg aku cakap nak g KL je.Tak tahu jalan guna GPS.Bila nampak je bangunan tu,si Alif da mula teruja.Waaa..mama nak g sini ke,ye jawab aku pendek.Tak jauh rupanya,belum sampai KL pun,cuma di Mutiara Damansara.Cari tempat parking dulu.Masing2 da tak sabo ni nak tengok,Termasuklah mama dy ni.hahaha..Beratur beli ticket dan aku di beritahu masa tinggal 2 jam lebih je untuk seisi pertama.Seisi kedua pulak dalam pukul 4 petang.Masa ni jam baru menunjukkan jam 12 tghri.Aku rasa,2 jam cukuplah untuk anak2 ni.Eh,,tak cukup lah.aku di beritahu lagi,1 jenis ambil masa dalam 20 minit.Lau macam tu,dalam 2 jam dapat berapa jenis je kan.So kami ambk seisi petang la.Sementara menunggu tu kami cuci2 mata dulu di IKEA.Perghhh..beso giler tempat ni sampai sesat cari jalan keluar.Eh,,jam baru pukul 1.30,Lama lagi tu,,waktu zohor da pun masuk,kami cari surau dulu di The Curve.lepas tu tak tau nak g mana,baru 2.30 tunggu je la kat KidZania.Beli ticket.Kanak2 Rm60 dewasa Rm35.Ok la tu dari Legoland kan
|
TIKET,Sama macam tiket kapal terbang kan |
Nasib kami baik sebab datang awal,lewat sikit kena beratur panjang.Hampir pukul 4,kami sudah mula di bawa ke tingkat atas,akhirnya openning...hooreyyy..suasana kat dalam ni tak macam dalam bangunan tapi da macam bandar.Kalau korang nak tau,terdapat 90 jenis job dalam ni,cuba korang bayangkan boleh try semua ke,kalau 1 job ambk masa 20 minit dalam beberapa jam kan,Ikut suke nak try mana dulu.kalau boleh cari kerja je dulu,nanti anak anda akan di bayar gaji,dan dengan duit tu boleh la g sekolah masak ke,painting ke..apa2 je lah yg memerlukan bayaran.k aku nak kongsi foto anak2 kat cni
|
CIMB BANK |
first step check in smua kanak2 kena pergi bank dulu untuk tukar cek kepada cash deposit.1 orang dapat 50 kidzo macam duit la.Duit ni tak xpired,kalau ada 50 kidzo da layak apply kad atm bank.Menarikkan.
|
DENTAL CARE |
lokasi pertama anak2 try.Memang best,tau cara2 cabut gigi.peralatan smua real.Mama hepi anak2 lagi la.kat cni banyak boleh dapat pengalaman dan ilmu.Lepas habis anak2 di bayar gaji.waaa...seronok dyorng dpt duit.
|
PAINTING SCHOOL - |
anak2 pilih nak masuk kelas painting,x pe belajar guna watercolour.Tp kat cni tak de gaji la,coz belajar kena bayar lah.Da siap.cepat...cepat..kena kejar masa g tempat lain,pukul 9 da tutup da.
|
BEAUTY SALOON |
Mula2 masuk alya n alisha pilih nk masuk ni la,,ye la kan anak2 dare aku ni minat bebeno solek2,walaupun mama dy x reti solek2 ni.Ni pilihan kedua.alya n alisha pilih jd customer so..x de gaji kena bayar lah.
|
Z.MART |
Lokasi ketiga adalah Z mart ni,job cashier atau customer.Kelakar tengok anak2 aku shopping sdri tp best..belajar kan.
|
BHPETROL |
Seterusnya ni,,job di petrol pam.belajar isi minyak,dapat gaji 8 kidzo.alif tak nak dy nak jd pemandu kereta yg dtg isi minyak so kena g ambk lesen dulu.
|
LESEN DRIVING dan INSURANS |
mula2 kena buat insuran nyawa dulu,kena bayar la 10 kidzo,pastu apply lesen memandu bayar 10 kidzo lagi.Ada test memandu dulu cam kat pic tu,da lulus baru bole memandu kereta,pic dlm kamera lak.Dapat la lesen tu,bila2 datang lagi,x payah buat lesen da,,terus bawa kereta je,just tunjuk je lesen memandu ni.
|
AYAM BRAND COOKING SCHOOL |
Sementara tunggu abg alif memandu alya dan alisha g kelas memasak dulu,macam2 kelas masak ada,sushi,marrybrown.tp x sempat coz kena tunggu turn sampai 40 minit.rugi masa.ni da tinggal berapa jam je lagi sebelum di tutup.Waaa..da macam chef pulak anak mama ni.
|
KPJ - STATION EMERGENCY |
Lepas selesai kelas memasak,terus cari tempat2 yg ada kekosongan.nampak menarik tempat ni terus apply.Ntah apa yg di beritahu pun aku tak tahu sebab diorng kat dalam tu.Alif lak jadi pesakit,alya dan alisha jadi doktornya.Siap sedia naik ambulans nak ambik patient iaitu alif,jommm tgk
|
DETIK2 KECEMASAN |
ni antara detik2 kecemasan,ambulans sampai,semua di arah keluar membantu patient,alya cek kondisi patient,alisha pulak di tugaskan pakaikan pendakap leher pada patient.yg lain2 lak memakaikan anduh dan sebagainya.Kemudian alif di angkat ke atas katil dan di bawa masuk ke dlm ambulans tadi dan Neeeenooooo2x...
|
SKYRIDER TRAINING AREA - AIR ASIA |
tak habis lagi dekat bawah,kami ambk keputusan utk naik tingkat atas sebab ada 2 jam je lagi sebelum di tutup.Waktu ni da pukul 7 malam.sementara tunggu anak2 kat air asia ni,,pergi solat jap.haa..jgn takut kat cni ada surau ye.Masa masuk dalam ni job sebagai pilot aku x dapat nampak dengan jelas sebab dyorng di bawa masuk dalam,so x dapat ambk pic masa anak2 pakai baju pilot.tu nampak alif dari jauh je..Di sini ada di sediakan jurugambar,lau nak pic tu pergi kat counter gambar,tapi 1 keping di charge Rm20 la,,3 keping Rm50.Aku tak ambk la,cukup la dgn pic yg aku tangkap sendiri.Dapat gak pengalaman anak2 rasa jadi pilot.suasana betul2 macam dalam fly.
|
KPJ SPECIALIST HOSPITAL |
Tinggal lebih kurang 1 jam setengah je lagi.Nak masuk tempat kilang aiskrim,tp kena tunggu 20 minit lagi.lama tu..so,laju2 cari tempat lain.Ha..ada kekosongan apply job hospital bahagian surgery.Alif je dapat masuk sebab masa menunggu alya dan alisha nak ke tandas pulak.giliran lost..alif dpt pengalaman bedah patient macam dlm pic kat atas tu.
|
FACTORY MILK VITAGEN |
Ni je pilihan terakhir yang ada Alya dan alisha kerja kilang la.Kilang Vitagen.janji fun kan.Semua section da di tutup .Mula lah kedengaran semua pekerja di sini menyanyi dan menari tanda tamat,Memang hepi.
|
FIRE FIGHTER |
Antara job yg tak dapat try,sebab ramai sgt apply ni,insyaallah kami pasti datang lagi.sehingga semua job dapat di rasa.Kaki da terasa sakit sangat,makan belum lagi,Bukan x ada tempat makan,lau berhenti makan,rugi masa pulak kan,Lagipun mahal giler.Fishball 3 ketul Rm3.Lain kali datang bawa makanan banyak2 dalam beg ye..boleh makan sambil cari job k.
Huuhhh..penat da ni,,,sampai ni dulu la bye...