Memaparkan catatan dengan label Balik kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balik kampung. Papar semua catatan

Ahad, 22 Disember 2013

Naik bot di Jeti Tanjung Emas

Assalamualaikum..

Hari ke enam di kampung,kami menaiki bot pula di Jeti Tanjung Emas Muar,Johor.Ini kali ke dua saya naik,tapi anak2 belum pernah merasainya lagi.


Perjalanan menyusuri sungai muar hingga ke jambatan baru Muar.Mengambil masa kira-kira 30-40 minit rasanya.Tambang bagi dewasa hanya Rm10 dan kanak-kanak Rm5 sahaja.Sesiapa yang ingin merasai naik bot,boleh cuba di sini.


Pemandangan dari sungai,hanya boleh melihat bangunan2 di sekitar tebing sungai..Ok la..hehee

Masjid muar 

Kelihatan juga Masjid Besar Muar yang cantik dan indah dari arah sungai Muar ni.Kalau mabuk naik bot,tak usah la cuba2 naik ye,,muntah nanti susah pulak.hehee..

Maka berakhirlah percutian kami sekeluarga di Kampung halaman.sekian..

Sabtu, 21 Disember 2013

Lunch di bawah pokok

Assalamualaikum..

Hari ke 5 di kampung,kami tak de plan nk ke mana2.Lepak di rumah mak mertua je.Memandangkan hari tu jumaat..
En.suami pergi solat jumaat la..Saya pulak sibuk basuh baju yg kami pakai masa mandi manda di Wet World.


Sebenarnya rumah mak mertua saya ni tak de sesiapa lagi yg tinggal di rumah ni.Al maklumlah mak mertua saya ni dah tak sihat,jadi dia tinggal dengan kakak ipar saya.Rumahnya tak lah jauh sangat dari rumah mertua saya ni.Harapkan kami balik je lah,baru bertuan rumah tu.

Nak makan kena tapau la.Balik solat jumaat,En.suami dah tapau nasi dgn lauk asam pedas,telur dadar dan sayur kobis goreng.Rasa macam sedap je kalau makan dekat bawah pokok kan.Terus cakap dgn En.suami,,"jom kita makan dekat bawah pokok"En.suami pun kata jom..hehee..Eh,bukan bawah pokok depan rumah tu ye.

Kawasan berlumpur tak boleh mandi..nak jugak main air.

Destinasi pilihan kami ialah pokok rendang di tepi pantai Tanjung Emas Muar..Bentang tikar dan sedia untuk makan.Pemandangan yang cantik dan angin pantai yg bertiup tu makin menambahkan selera kami ketika itu..Boleh bayangkan tak?Tak sempat lak nak snap gambar,,makanan dah habis masuk ke dalam perut kami.hehee


Lepas makan kami lepak2 sekejap sampai bunyi azan asar baru kami pulang..

Khamis, 19 Disember 2013

Wet World Batu Pahat

Sambungan hari seterusnya di Kampung.
Pada hari khamis pula adalah hari terakhir saya di rumah mak ayah.Kami berkampung pula di rumah mak en.suami di Muar,Johor.
Bersama ayah,kakak dan en.suami

Sebelum balik,sempat snap gambar dulu.Mak je yang tak de sebab sibuk di dapur.

Dalam perjalanan kami ke Muar,haruslah melalui Batu Pahat dulu kan.Sebenarnya kami tak ada plan pun nak ke Wet World ni.Kadang2 bila plan awal2 susah nak jadi.So..saya je sorang yg pasang niat tu..hehee..tak cakap dengan anak2 mahupun en.suami.Pakaian utk mandi semua saya dah siapkan.Dah dalam kereta baru saya beritahu en.suami yg saya nak pergi Wet world.Terus cari di GPs..masa ni anak2 pun tak tau lagi.


Masa sampai di sana,anak2 sedang lena beradu kecuali alif.Kebetulan cuaca pada hari tu agak mendung dan hujan renyai2.Kata en.suami rugi je masuk kalau x boleh mandi.Tapi bila anak2 mula terjaga,masing2 merengek2 nak masuk jugak.Hurmm..kami pun masuk jugak akhirnya.


Tiket untuk dewasa dlm Rm16 kalau tak silap lah..Baru pergi dah lupa,,tua sangat da tu,cepat lupa.huhu.Bagi kanak2 pula Rm12.Sedang2 je la harganya kan.Nak masuk sini tak di benarkan bawa masuk makanan.Masa ni perut kami memang sedang lapar sangat.Tak nak buang masa lama sebab makan,kami beli bebola goreng je,ambil 6 cucuk da Rm18..huhu..mahal bebenor.Biasalah tempat2 macam ni kan.


Seronok juga lah..dah nak tutup pun anak2 masih x puas mandi.hehee..saya ikut gak main2 air sambil tengok dan jaga anak2.Bila siren bunyi,tetiba air dalam kolam ni berombak lah..wah..boleh tahan gak rasa ombak tu,setakat besar badan anak saya tu,memang boleh bergerak di tolak ombak tu.

Tempat ni tutup pukul 6 petang.Eh,tiket bagi hari minggu lebih mahal sedikit dari hari biasa.Tapi mulai tahun depan,kalau kami pergi hari ahad,mungkin dah tak mahal kot sebab hari ahad bukan lagi hari cuti di Johor.Memang rasa macam nak pergi lagi je..hehee

Ok..tu je citernya..daa~~



Rabu, 18 Disember 2013

Beriadah di Jeti Teluk Sengat

Assalamualaikum

Hari ke tiga di kampung,kami beriadah di jeti Teluk Sengat.Saja2 ambil angin laut.Terletak berdekatan Kota Johor Lama yang penuh sejarah.Tak jauh pun dari rumah mak ayah saya.


Masa kecik2 dulu,di sini lah tempat utama kami adik beradik belanja barang sekolah,tapi sekarang kedai2 dah x macam dulu.Cuma harapkan jeti ni je yang menarik.Waktu petang memang ramai orang datang untuk makan2 di sini.Nak rasa mee bandung sedap,boleh try kat sini lah.


Sambil2 ambil angin,boleh juga cuci mata dengan pemandangan indah di sini.Cantik kan.Sebenarnya berdekatan kawasan ni juga terdapat Taman Buaya,tapi saya x sempat pergi sebab kami sampai da petang,x puas pulak nak ronda2 nanti,lagi pun anak2 saya tak ikut sebab mereka pergi shopping dengan mak cik dia.



Dari jauh kelihatan jambatan merentasi laut.Jambatan tu adalah laluan highway antara desaru dan Senai yang siap di bina beberapa tahun yg lalu.

Sebelum balik,kami isi perut dulu dengan sate ayam..hehee..Agak2 da penuh perut..baru lah kami balik.

Keesokan hari pula kami ke destinasi lain pula..akan saya kongsi dalam entry akan datang.
Sekian.

Ahad, 8 Disember 2013

Balik kampung

Assalamualaikum dan selamat pagi ;)
Rumah mak ayah saya di Kota tinggi
Macam mana cuaca di tempat korang pagi ni..di tempat saya sejuk je..sedap tidur kan.Ke ada yg masih tarik selimut ni..Haaa..x bangun lagi ye..Ramai yang hari minggu ambil peluang bangun lewat kan..Tak kerja la katakan.Lewat2 gak,subuh tu jgn tak bangun pulak!! 2 rakaat je.
Ok,sebenarnya saya nak balik kampung petang ni,insha allah.Kampung di rumah keluarga saya lah,sebelah Ensuami dah selalu balik sebab tak jauh sangat dalam 3 jam je di muar,johor.Kalau kampung saya jauh sikit dalam 6 jam iaitu di Kota Tinggi,Johor..menghala ke Desaru..
Sementara mak ayah ada lagi kan,kena lah balik jenguk mereka.Alhamdulillah saya masih ada mak dan ayah lagi,Mak ayah korang macam mana ada lagi tak?
Dah sampai johor nanti saya plan nak pergi picnic dgn bff saya,,hehee tu pun kalau x hujan lah..Ada tempat2 di sana pun yg kena banjir Doakan kami sekeluarga selamat sampai ok..
Bye..

# Nak wish hepi birthday to En.suami hari ni.Semoga panjang usia,di mudahkan segala urusan dan hidup di berkati allah.amin..
Anne Nurain