Memaparkan catatan dengan label Jeti Teluk Sengat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeti Teluk Sengat. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2013

Beriadah di Jeti Teluk Sengat

Assalamualaikum

Hari ke tiga di kampung,kami beriadah di jeti Teluk Sengat.Saja2 ambil angin laut.Terletak berdekatan Kota Johor Lama yang penuh sejarah.Tak jauh pun dari rumah mak ayah saya.


Masa kecik2 dulu,di sini lah tempat utama kami adik beradik belanja barang sekolah,tapi sekarang kedai2 dah x macam dulu.Cuma harapkan jeti ni je yang menarik.Waktu petang memang ramai orang datang untuk makan2 di sini.Nak rasa mee bandung sedap,boleh try kat sini lah.


Sambil2 ambil angin,boleh juga cuci mata dengan pemandangan indah di sini.Cantik kan.Sebenarnya berdekatan kawasan ni juga terdapat Taman Buaya,tapi saya x sempat pergi sebab kami sampai da petang,x puas pulak nak ronda2 nanti,lagi pun anak2 saya tak ikut sebab mereka pergi shopping dengan mak cik dia.



Dari jauh kelihatan jambatan merentasi laut.Jambatan tu adalah laluan highway antara desaru dan Senai yang siap di bina beberapa tahun yg lalu.

Sebelum balik,kami isi perut dulu dengan sate ayam..hehee..Agak2 da penuh perut..baru lah kami balik.

Keesokan hari pula kami ke destinasi lain pula..akan saya kongsi dalam entry akan datang.
Sekian.

Anne Nurain