Hari ke enam di kampung,kami menaiki bot pula di Jeti Tanjung Emas Muar,Johor.Ini kali ke dua saya naik,tapi anak2 belum pernah merasainya lagi.
Perjalanan menyusuri sungai muar hingga ke jambatan baru Muar.Mengambil masa kira-kira 30-40 minit rasanya.Tambang bagi dewasa hanya Rm10 dan kanak-kanak Rm5 sahaja.Sesiapa yang ingin merasai naik bot,boleh cuba di sini.
Pemandangan dari sungai,hanya boleh melihat bangunan2 di sekitar tebing sungai..Ok la..hehee
Masjid muar |
Kelihatan juga Masjid Besar Muar yang cantik dan indah dari arah sungai Muar ni.Kalau mabuk naik bot,tak usah la cuba2 naik ye,,muntah nanti susah pulak.hehee..
Maka berakhirlah percutian kami sekeluarga di Kampung halaman.sekian..