Selasa, 4 Februari 2014

13 Tahun dah, Macam kejap jer.



Lamanya tak berupdate blog saya ni.Mood nak menaip seakan hilang,cuti balik kampung lagi sempena tahun baru cina.Yang paling utama sebab internet habis,saya sengaja tak nak topup.Kenapa?nanti saya cerita dalam entry lain.Sekarang nak cerita kisah 13 tahun dah..

13 tahun yang lalu.

Alhamdulillah,hari ni genap usia perkahwinan kami 13 tahun.Kekal hingga ke hari ini,insha allah hingga ke syurga bersama.Kami di satukan oleh pilihan keluarga.Seminggu kenal,kami bertunang,2 bulan kemudian kami di nikahkan.No loving-loving.Hehee.

Sweet ke?

Sweet ke gambar tu?hahaa..jangan muntah pulak ye.Tu dalam gambar je,hakikatnya kami bukanlah pasangan yang sweet macam tu.Kami biasa-biasa aje,sebab En.suami tak pandai sweet-sweet ni.Kalau di lihat dari luaran pun memang akan tahu bagaimana ciri-ciri keperibadian En.suami.


En.suami
Sedikit yang saya boleh kongsi mengenai ciri-ciri suami saya.

  • GemuksBerbadan besar dan kurang hensem..huhu
  • Berusia 10 tahun lebih tua dari saya.(kira sendiri la)
  • Perwatakkan sedikit seperti Ustaz dan tidak romantik.
  • Sentiasa berkopiah di kepala dan berjanggut (sunnah katanya)
  • Sangat menjaga solat.( Time syok shopping pun,masuk waktu je..terus cari surau.Barang yang nak beli tu tinggalkan kejap,boleh gitu)
  • Rajin menghafal doa dan berzikir.( tak macam saya.hehee)
  • Suka beri ganjaran bila saya dapat menghafal doa dan ayat2 quran yang di suruh.(Biasanya Rm 1k)
  • Tapi..tak pandai nak bagi hadiah bila hari2 penting kami(baginya cukup sekadar hadiah al-fatihah)@_@
  • Sentiasa peka dengan apa yang saya pakai jika ada ciri-ciri yang boleh menampakkan aurat saya.(walaupun sehelai rambut)
  • Tidak cerewet bab makan sebab tahu saya tak xpert bab memasak.hehee
  • Tidak pandai memujuk bila saya merajuk..>_<

Apapun sifatnya,dan siapapun dia..dia adalah suami saya.Merajuk,bertengkar..tu perkara biasa dalam rumahtangga.Memang dia tak pandai memujuk.Yang paling macam tak percaya,bila kami bergaduh atau merajuk..biasanya tak sampai 1 hari pun,da ok semula.Kadang-kadang setengah jam je..hehee..Lepas tu buat macam tak de apa-apa sebab tak ada adegan pujuk memujuk.Pelik ke?

1 Tips nak kongsi..time gaduh..sorang membebel..sorang mesti diam atau menjadi pendengar bebelan tu.Lepas habis bebelan tu..turn pendengar tadi pulak untuk membebel.Kalau 22 nak membebel..memang meletop..kebaboommm..

Saya pun penat da membebel sorang2 ni..Lastly nak wish untuk kami "Hope kami kekal hingga ke syurga"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 13".Anak dah 3,, boleh tambah lagi ke,cukup la tu.hehee..

24 ulasan:

  1. semoga terus berbahagia hingga ke syurga..in shaa Allah..=)

    BalasPadam
  2. wah dah 13 tahun! tahniah kak!
    bukan senang nak jaga bahtera selama tu.

    muka suami akak ni macam biasa nampaklah kak
    akak meniaga dekat mana ye

    apapun selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 13
    semoga kekal hingga ke jannah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Hehee..ye kot,biasa berniaga area klang jer.

      Padam
  3. Alhamdulillah tahniah Atien.. semoga ditambah kebahagiaan sekeluarga & terus diberkati kehidupan di dunia & akhirat.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  4. 13 years and still counting, insya Allah :)

    Moga kekal jodohnya hingga ke Jannah, kak

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dah 13 tahun...semoga berbahgia hingga ke jannah..
    beza 10 tahun tu..sama ngan beza akak n suami..:)

    BalasPadam
  6. Selamat ulang tahun perkahwinan kak atien.. semoga bahagia selamanya.. ape salahnya tambah lagi satu.. hehe....

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah dah 13th..semoga kekal bahagia hingga ke jannah..
    mmg patut pon tambh sorang lg hehe..
    it's ok lah atien..tak romantik pon takperr yg penting happy..:)

    BalasPadam
  8. mg terus bahagia till jannah hendaknya... wah lain ye gambar masa kawen n sekarang lagi comel... hihi

    BalasPadam
  9. happy anniversary kak atien!semoga hubungan berpanjangan dan berkekalan till jannah..amin....

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dapat suami yang soleh, menjaga solat dan maruah keluarga...
    Dari itu kita sebagai isteri sepatutnya patuh dan menjaga maruah diri juga rumah tangga sebaik mungkin...tolak ketepi sikap remeh temeh suami tu...yang penting rumah tangga rukun damai dan berkekalan hungga keJannah...
    InsyaAllah...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah moga Kak Atien n En.Suami berkekalan hingga ke jannah..:D

    BalasPadam
  12. tyn...tahniah...sweet la tu. yang penting kita serasi bersama..13 tahun dah ye...

    BalasPadam
  13. Tahniah & Happy Anniversary Atien... Semuga jodoh kalian kekal hingga ke Jannah... :D

    BalasPadam
  14. happy anniversary to kak atien..semoga terus bahagia di sisi suami..syukur alhamdulillah...akak dikurniakan suami yang soleh..

    BalasPadam
  15. Semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Bercinta selepas nikah - itu yang lebih indah.

    BalasPadam
  16. Selamat ulang tahun ye kak atien.Semoga bhgia kekal ke syurga :)

    BalasPadam
  17. sweetnye~ Happy Annyversary untuk akak n husband ye Moga kekal til jannah..aminn

    BalasPadam
  18. tahniah kak... semoga jodoh kalian berkekalan sehingga ke jannah :)

    BalasPadam
  19. alhamdulillah, nampak kebanggaan akak pada suami melalui pembacaan mama.. semoga akan terus berbahagia hingga hujung nyawa amin.

    BalasPadam
  20. Happy Anniversary, Atien... Semoga kekal bahagia hingga ke jannah... Amiin...

    PS: - Atien, boleh je tambah lagi... baru 33 thn... hehe ^__^

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah...moga terus bahagia.. Amin ya Rabb.. In Shaa Allah..

    BalasPadam
  22. selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-13 kak atien.. semoga kekal bahagia hingga ke syurga ikatan perkahwinan yang dibina sekian lama.. bagus tips tu kak..

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain