Assalamualaikum..
Semua manusia boleh berubah kepada yang lebih baik mahupun kepada yang tidak baik.Dan tuhan tidak akan mengubah seseorang jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.Berusahalah untuk menjadi yang terbaik.
Kata orang,manusia susah nak berubah kalau usia sudah mencecah angka 40 tahun.Kalau buruk sikapnya,begitulah dia sampai akhir hayatnya.Kenapa 40? Apa yang saya tahu Usia 40 ni di ambil dari usia nabi muhammad SAW ketika di lantik menjadi nabi/rasul.(betullkan kalau saya silap)
Biasa dengarkan ayat ni"jangan pandang kejahatan atau keburukkan sesorang seperti mereka akan ke neraka".Memang betullah kan.Hari ini mungkin dia kelihatan jahat,tapi siapa tahu akan datang dia berubah menjadi lebih baik dari kita.Dan jangan pula terkejut yang baik pun boleh berubah menjadi buruk.
Saya ada satu kisah nak kongsikan di sini.Ianya berlaku kepada kawan saya sendiri.Saya mengenalinya ketika sama2 berniaga di Pasar Malam.Perwatakkan dan cara pemakaiannya melambangkan dia seorang muslimah.Suaminya juga begitu,berkopiah.Tapi saya nak cerita tentang isterinya.Mungkin boleh jadikan sebagai pengajaran.
Dah bertahun-tahun dia bertudung labuh dan sentiasa berjubah macam gambar di atas tu.Suka saya tengok.Kami tidaklah rapat sangat cuma time solat di surau memang kami pergi bersama.Semakin hari,semakin saya perasan perubahannya.Dia sudah tidak lagi berjubah dan bertudung labuh semasa mengandungkan anak keduanya.Terdetik dalam hati saya untuk bertanya.Tapi ayat saya mestilah tersusun indah kan,takut nanti tersilap bicara.Saya cuma tanya"Akak dulu kan pakai tudung labuh,mana tudung banyak-banyak tu?"."Dah bagi orang semua,malas nak pakai,panas lah".tu lah jawapan yang saya terima.Saya hanya diam seribu bahasa.
Ketika tu sedang hot style tudung ariani..Dia mula mengenakan tudung yg pendek dan kadang-kadang tidak menutup dadanya.Lama kelamaan pakaian yang longgar kini semakin kecil dan menampakkan tubuh badannya.Saya memang agak terkejut dan hati kecil mula berbisik"suami dia tak tegur ke dia pakai macam tu".Ye lah sebelum ni lebih elok kan.
Rupa-rupanya dia ada sebab kenapa jadi begitu.Setiap kali bulan Ramadhan kami akan meniaga di bazar Ramadhan.Memang susah kalau tak ada pembantu.Dia mencari pembantu dari kenalannya di kampung.Haruslah lelaki kan sebab nak menjaga kedai sampai ke malam hari.Mereka menumpangkan pembantunya di rumahnya sementara.Mungkin di sini silapnya.
Si suami sibuk di Pasar Malam,isteri pula di Bazar bersama pembantunya.Pergi balik sama-sama.Siapa sangka,nafsu mereka tak dapat di kawal.Mereka hanyut di buai bisikan syaitan.Mula jatuh cinta katanya.
Tak ada seorang pun yang tahu tentang perbuatan terkutuk mereka sehinggalah dia sendiri membuka bicara meluahkan perasaannya yang ketika itu ibarat pungguk rindukan bulan kepada pembantunya.Rindu sebab mereka tidak dapat bertemu lagi kerana bulan Syawal telah menjelma.Bazar dah pun di tutup.Pembantu tidak di perlukan lagi..huhuuu..sedih ke? Uweekkkk..
Mungkin dia tak boleh simpan perasaan itu sendirian,nak luahkan pada kekasih gelapnya..hampehh sebab sunyi sepi dan menghilangkan jejak.Ketika itulah di luahkan kepada kami kawannya.
Maaf ye agak panjang..rasa x boleh nak habiskan dalam 1 entry.Nanti sambung di entry lain.
Menceritakan bagaimana ia berlaku.Tersentuh hati dengan ayat-ayat cinta tanpa memikirkan halal dan haram.Mengadakan hubungan seks beberapa kali.Di rumahnya,di dalam kereta.Cukup detail di ceritakan seolah-olah membuka aibnya sendiri tanpa rasa malu.Bila suaminya pulang mahukan layanan,di tolak dengan alasan penat( sebab baru lepas melayarkan bahtera bersama sang kekasih.)
Setelah habis meluahkan isi hati,kami di beri amaran agar tidak menceritakan hal itu kepada suaminya."kalau suami aku tahu,mati aku",katanya.So..kami jadi serba salah seolah-olah bersubahat pula.Tapi terpaksa mendiamkan diri demi menjaga silaturrahim mohon agar dia kembali berubah.
Dan sampai satu ketika,saya terpaksa menceritakan hal itu kepada suaminya..nak tahu kisah lanjut..tunggu di enty akan datang.
Astaghfirullah. Speechless saya. Tak tahu nak cakap apa. Minta dijauhkan perkara-perkara yang mengaibkan macam ni daripada berlaku dekat saya dan keluarga saya.
BalasPadamerr, speechless.
BalasPadamjdkan sbg pengajaran buat kita dan semoga dijauhkan perkara2 sebegini drpd kita semua. huhu
terkedu akak seketika..
BalasPadamterus hati dok berkata..dahlah buat dosa..lepas tu dengan bangga pulak bukak aib sendiri..nauzubillah
SPEECHLESS....nauzubillah...
BalasPadamnothing to say.............nauzubillah...jdikn sbgai pengajaran
BalasPadamnauzubillah :( jadikan pengajaran.. janganlah jadi seperti ini
BalasPadamastaghfirullah hal adzim
BalasPadamtak tahu nak kata apa, semoga dijauhkan sifat sebegitu
Semoga dijauhkan dr perangai cmni.Hmmm istifar panjang saya baca :(
BalasPadamAda juga kenal seseorang yang berubah camni, pernah keje dengan dia tak sanggup lagi nak teruskan keje situ
BalasPadamAstagfirullah... takkan masuk syurga lelaki tu kecuali dgn kemaafan suami perempuan tu... nauzubillah. Semoga menjadi iktibar peringatan buat kita semua.. perkongsian yg bermanfaat utk kita semua jadikan renungan Atien.. Semoga mereka beroleh jln keinsafan & keampunan... aamin
BalasPadamsemoga kisah kawan kak atien ini menjadi ikhtibar kepada kita semua.. doakan semoga dibukakan pintu hidayah kepadanya..
BalasPadambenda yg buruk baiklah akak beritahu kepada yg sepatutnya...jangan di sokong perkara yg terkutuk
BalasPadamAstagfirullah..takutnya dengar..moga dia sedar akan kesalahannya..dan segera bertaubat..:)
BalasPadamAstagfirullah...
BalasPadamBagaimana di bulan Ramadhan yg mulia.. mereka boleh melakukan perbuatan yg ... Astaghfirullah.. Semoga wanita ini diberikan hidayah oleh Allah.. Aaminn.. :'(
BalasPadamkesian... sbb sebaiknya perkara itu tak patut berlaku... wanita atau lelaki yang dah berkahwin mmg patut elakkan berhubungan dgn lain jantina... risau jd mcm inilah.... syaitan akhirnya bersorak...
BalasPadammg masih ada ruang untuk berubah...amin
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkak..nt sambung cite tau,banyak pengajaran ni..
BalasPadamAstaghfirullah..
sebab tu laki dan perempuan bkn muhrim diharamkan bersama dlm apa cara dan tempat sekali pun.. kebetulan 2 hari lepas pun bos Fiza cerita perkara yang sama memandangkan ada ura2 kat opis Fiza nie wujud skandel laki bini org.. nauzubillah.. pasangan tu pun dah kene kaunseling sebelum perkara lain terjadi..
BalasPadamNauzubillah...kt mana2 tmpat bnda mcm ni mmg ada paling1 pn 1 pasangan...
BalasPadamsalam jumaat kak atien.. tak sabar aiza nak tahu sambungan kisah ini.. menabung inti dan singaporeair untuk kak atien..
BalasPadamHehee..maaf belum berkesempatan.busy sikit time anak2 sek ni x dpt nk taip entri panjang2.masa terhad.insha allah.tq aiza.
Padam