Khamis, 20 Februari 2014

Jika itu takdir ku.


Assalamualaikum dan Selamat pagi.
Lama rasanya saya tak mengupdate entry di blog comel saya ni.hehee.Sebenarnya kemalasan melanda dalam diri saya,mood nak berblog hilang.Tak ada cerita menarik yang nak di kongsi.Di tambah pula internet yang slow sesangat sampai nk upload gambar pun tak boleh.huhuu..Ok lupakan.Ni nak kongsi semalam punya cerita.



Semalam saya buat rawatan x-ray di Hospital untuk melihat pertumbuhan tulang baru di kaki saya.Alhamdulillah,tulang saya dah bercantum semula,ye lah bulan depan genap setahun dah.Cuma tulang di bahagian jari kaki je yang sedikit bermasalah.

Tulang jari kaki
Nampak tak tulang yang kelihatan bengkok tu,gambar x-ray  beberapa bulan yg lalu,yang terbaru (semalam)saya tak sempat nak ambil sebab dah kena jumpa doc.Saya boleh nampak perbezaan dalam gambar x-ray yang baru,di mana tulang yang bengkok tu jadi semakin ketara bengkoknya.

Kalau di fikirkan semula,sebenarnya tulang jari ni tak kan bengkok seperti ini jika doc lebih teliti semasa memeriksa keadaan tulang saya.Saya buat opration setelah 2 bulan patah,agak lewat sebab tulang da semakin mengeras pada kedudukan patah tu.So..nak tegakkan kembali pada asal memang sukar dan senang cakap tak boleh la..Jika buat selepas xcdent tu mungkin masih boleh di selamatkan.Cuai atau dah memang itu takdir saya.Dan saya terpaksa menanggung akibatnya.

Kerana itu juga yang menyebabkan ketidak selesaan bila saya berjalan.Tulang yang bengkok tu timbul di bawah tapak kaki saya.Susah kan nak berjalan normal.Kaki saya tidak boleh jejak habis ke lantai,bila saya paksa kaki akan sakit,dan sakitnya akan efek kepada skru di bahagian ankel menjadikan kaki saya bertambah sakit.

Skru di ankel

Skru ni masih setia bersama saya dan akan setia hingga hujung nyawa saya.hehee..2 biji skru di kiri dan 2 biji lagi di bahagian kanan,jadi 4 biji skru di ankel sebelah kaki saya.Ni belum kira skru kat peha kaki saya lagi,ada 4 biji juga di peha saya yang menjadikan 8 biji kesemuanya,tapi di peha tak lah panjang macam ni skrunya.

So..doc bagi saya option samaada nak buat opration untuk mengurangkan bengkok tu supaya tulang yang timbul di tapak kaki saya tu di tarik atau kekal begini.Kesan dari opration itu ialah akan berlaku pendarahan dan risiko jangkitan kuman.Kalau tanya saya selesa ke tidak begini memang tak lah.Tapi saya tak sanggup lagi menahan kesakitan selepas opration.Sakit-sakit sangat.

Doc suruh saya cuba pemulihan cara kerja dulu.Kalau berkesan,saya terlepas dari opration.Jika tidak sebaliknya lah.Saya terus di bawa ke unit pemulihan dan di beri cara untuk mengurangkan sakit dengan menyarankan saya menggunakan silikon pada tapak kaki saya.Insha allah akan ok.

Boleh baca kisah sebelum ni di menu tab atas MEMORI.

Semoga di permudahkan dan sentiasa ingat Allah menguji hambanya kerana kasih sayangnya.Amin.


21 ulasan:

  1. ouucchhh!mcm kaki niesa yg terasa ngilu bila tgk skru yg panjang tu..erks...kesian nya akak..semoga tabah ye kak..semoga cepat sembuh kak..

    BalasPadam
  2. ada skru dlm tulang.. mesti sakit.. tak dpt dibayangkan.. Kak Atien kene kene kuatkan semangat.. Fiza doakan akak cepat sembuh.. jgn lupa ikut arahan doktor.. in shaa Allah akan sembuh seperti sedia kala...

    BalasPadam
  3. saya mmg seriau... mmg bc pon seriau.. apatah lg yg menanggungnya... mg ada jln penyelesaiannya mengurangkan kesakitan itu.. mg lbh sabar ye

    BalasPadam
  4. Ok gak keptusn yg ko buat ni. Dr menanggung risiko mmg mnyeksakan tp ni smua ketentuan drnye. Kite sbg hamba redha je..

    BalasPadam
  5. Sabarlah Atien.. apa pun di doakan agar segalanya dipermudahkan & dpt pulih... aamiin..

    BalasPadam
  6. ya Allah ada skru di kaki... sabar yer kak atien.. semoga di permudahkan urusan

    BalasPadam
  7. Ya Allah..satu ujian untuk kak Atien..moga terus tabah..inshaaAllah akan sembuh...

    BalasPadam
  8. Saya cuba nak membayangkan keadaan akak.. tapi tak boleh. Kuatnya akak utk lalui semua ini. :')

    BalasPadam
  9. Sabar ye kak.Semoga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
  10. semoga cepat sembuh.. tinggi risiko kalau buat juga operation tu.. kalau dah sampai berisiko jangkitan kuman tu merbahaya..

    BalasPadam
  11. kaksura doakan semoga Atien kuat dan tabah..In Sha Allah Atien akan pulih sepenuhnya nanti:)

    BalasPadam
  12. Salam perkenalan..

    Sabar ye Atien & get well soon..

    Kalau sudi jom singgah ke blog akak..:-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. semoga urusan akak dipermudahkan oleh Allah.Take care kak Atien :)

    BalasPadam
  14. moga akak akan terus tabah dengan ujian ni..
    insya Allah, akak akan sembuh..

    BalasPadam
  15. sabar kak, ini dugaan buat akak, mama baca entri ni pun, mama dapat rasa apa akak tanggung... insyaallah jika sabar... kita akan beroleh keindahan kelak yang kita sendiri tak jangka. mama doakan agar akak cepat sembuh ye kak.. :)

    BalasPadam
  16. semoga dipermudahkan dan cepat sembuh..

    BalasPadam
  17. takutnya tengok skru2 tu..semoga akak terus tabah yea..=)

    BalasPadam
  18. kesiannya, yang rasa lagilah ye
    adalah sebab ujian sebegitu rupa diberikan pada akak
    semoga akak tabah ye

    p/s-tengok skru tu rasa seriau

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain