Memaparkan catatan dengan label Corat- coret rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Corat- coret rasa. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mac 2014

Keburukkan terbongkar!

Assalamualaikum..

Sebelum tu,saya mohon maaf sangat2 sebab lama tak bw ke blog korang semua.Blog pun tak berupdate lama da.Semangat blogging hilang entah ke mana.Sampai sekarang pun masih tak muncul juga,tapi terpaksa demi menyambung entri sebelum ni yang tidak berkesudahan.Ramai yang ternanti-nanti sambungan cerita INI kan..Eh,,iye ke ramai? Hehee..saya tak pasti sama ada boleh habiskan cerita ni dalam entri kali ni ye.mohon sabar.
                        -------------------------------------------------------------------------------------------
                          
Sampai satu ketika saya terpaksa memberitahu perbuatan dia kepada suaminya tapi..setelah nasi menjadi bubur.Bukan dalam waktu yang terdekat.Mengambil masa kira-kira 4 tahun lamanya.Eii..lamanya kan,kenapa lama sangat?? Sebenarnya tak de niat pun nak membuka aib isterinya sehingga berlaku satu peristiwa yang lebih menyayat hati, menyakitkan hati.:( 

Mengharapkan peluang yang di beri itu dia boleh berubah dan bertaubat hanya sia-sia.Sesuatu yang lebih buruk terjadi lagi.Berlaku dalam situasi yang sama,bulan yang sama tetapi orang yang berbeza dan dari bangsa asing (indonesia).Untuk lebih mudah faham saya gunakan nama samaran dalam watak ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ani semakin cantik berdandan,bersolek ala2 trafik light.Pakaian mengalahkan anak dara,memang jauh berbeza dari sebelum ni.Kalau tengok orang yang kelihatan seksi,tetiba bertudung litup sudah tentu kita akan rasa..wahhh..alhamdulillah kan.Tapi kalau tengok orang yang sentiasa berjubah tetiba berpakaian macam tak cukup kain,dah tentu rasa terkejut dan pelikkan..astahgfirullah..

Gambar hiasan Sumber
Mereka menjadi pasangan yang agak mesra,boleh di lihat kemesraannya itu.Tak pandai nak cover hubungan antara pekerja.Rakan-rakan sekeliling mula curiga dan rasa nak muntah je tengok gelagat mereka berdua.Abu (Suaminya)tidakperasan akan hal itu..kami semua tak nak bagitahu atas sebab tak nak masuk campur hal orang la kan.Tapi kalau dah hari_hari mata ni sakit tengok,kesian pula dengan suaminya kan.Hanya memberitahu sedikit mengenai sikap isterinya itu,,takut di anggap fitnah,ada baiknya Abu skodeng je isterinya.Biar jelas nampak dengan mata kepala sendiri.

Biasanya bazar ramadhan ni tutup sekitar jam 2-3 pagi,tutup keliling khemah dengan kanvas.Ani dan pekerjanya tanpa segan silu duduk berduan dalam khemah yang tertutup itu.Astaghfirullah..apa mereka buat dalam tu

Kami peniaga2 memang akan terus sahur sekali di kedai berdekatan.Abu call Ani ajak sahur bersama,tetapi di tolak dengan berbagai alasan..Ketika itulah Abu mula menyekodeng Ani dan benarlah apa yang sedang di perkatakan rakan2 tentang isterinya itu.Di lihat Ani sedang mesra bersahur dengan pekerjanya sendiri.Rasa nak sepak terajang je masa tu,tapi imannya mengawal segalanya.

Mulai dari detik itu,tiada lagi rahsia yang harus di sembunyikan.Ani  mula meminta agar di ceraikan dengan alasan ingin berkahwin dengan pekerjanya itu.Hancur luluh hati Abu setelah 15 tahun hidup bersama tetiba isterinya memberitahu bahawa dia sudah jumpa lelaki idaman hatinya..Terkedu seketika tetkala Ani menyatakan isi hatinya."Selama ini aku bukan lelaki idaman kau ke?""Bukan" jawab Ani selamba."Apa lagi yang tak cukup aku bagi,,rumah,kereta,van,lori semua ada"Hidup mereka memang dah lengkap,tapi Ani telah di butakan oleh cinta terlarang.

Menurut Ani,pekerjanya itu lebih kaya dari Abu.Ada banyak duit dan rumah besar di negaranya.Kalau di fikir oleh akal yang waras,buat apa susah_susah datang ke Malaysia cari kerja jika sudah kaya kan."Kalau 
abang tak nak ceraikan saya,saya akan kawen jugak dengan dia di indonesia"Ani mula mengugut Abu.Masyaallah,,tak ada rasa bersalah dan berdosa pun masih berstatus isteri teapi nak berkahwin dengan lelaki lain.Kalau lelaki bolehlah kan.Oleh kerana kasih dan cintanya kepada Ani,Abu memberi ruang dan waktu untuk Ani berfikir,takut salah membuat keputusanAbu takut kalau-kalau fikiran Ani sedang bercelaru dan tidak sedar apa yang di minta.Abu mula bertanya Ani,Adakah Ani sedar dengan apa yang Ani cakap tadi..Ani yakin yang dia sedar.

Pada syawal ke 5,,mereka membuat permohonan penceraian di jabatan agama islam.Sebelum di luluskan,,pemohon harus menjalani seisi kaunseling dahulu.Tapi tidak boleh masuk serentak.Ani pergi dulu dan setelah beberapa minit,giliran Abu pula.Belum sempat Abu menceritakan masalah mereka,Abu di nasihati agar menceraikan isterinya itu dengan segera.Ini kerana Ani telah berterus terang segalanya tentang hubungan cintanya dengan si kekasih hatinya itu.Dayus lah suami kalau masih mahu menyimpan iseri yang sebegitu.Dan Akhirnya mereka sah bercerai dengan talak 1.Hak penjagaan anak di berikan sepenuhnya kepada Abu,kerana Ani tak nak bawa anak sebab susah katanya.

Setelah bercerai barulah kami memberitahu perbuatan Ani sebelum ni kepada Abu.Abu sangat marah ketika mendapat tahu yang kami rakan2nya menyembunyikan cerita itu darinya."Sampai hati korang,tak ada sorang pun yang nak bagitahu aku" huhuu.."Dah jadi macam ni,baru nak bagitahu,dah tak guna"..ye lah memang betulkan.

Siapa sangka kan,,,sebaik-baik wanita boleh juga berubah menjadi sejahat-jahat wanita.Nauzubillah..
Ada yang nak tahu tak apa jadi setelah mereka bercerai..kalau ada,,insha allah ada kelapangan saya akan kongsikan,Setakat ni dulu ye..ada masa saya akan singgah ke blog anda semua.



Selasa, 25 Februari 2014

Manusia boleh berubah.

Assalamualaikum..

Semua manusia boleh berubah kepada yang lebih baik mahupun kepada yang tidak baik.Dan tuhan tidak akan mengubah seseorang jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.Berusahalah untuk menjadi yang terbaik.
Kata orang,manusia susah nak berubah kalau usia sudah mencecah angka 40 tahun.Kalau buruk sikapnya,begitulah dia sampai akhir hayatnya.Kenapa 40? Apa yang saya tahu Usia 40 ni di ambil dari usia nabi muhammad SAW ketika di lantik menjadi nabi/rasul.(betullkan kalau saya silap)

Biasa dengarkan ayat ni"jangan pandang kejahatan atau keburukkan sesorang seperti mereka akan ke neraka".Memang betullah kan.Hari ini mungkin dia kelihatan jahat,tapi siapa tahu akan datang dia berubah menjadi lebih baik dari kita.Dan jangan pula terkejut yang baik pun boleh berubah menjadi buruk.

Saya ada satu kisah nak kongsikan di sini.Ianya berlaku kepada kawan saya sendiri.Saya mengenalinya ketika sama2 berniaga di Pasar Malam.Perwatakkan dan cara pemakaiannya melambangkan dia seorang muslimah.Suaminya juga begitu,berkopiah.Tapi saya nak cerita tentang isterinya.Mungkin boleh jadikan sebagai pengajaran.



Dah bertahun-tahun dia bertudung labuh dan sentiasa berjubah macam gambar di atas tu.Suka saya tengok.Kami tidaklah rapat sangat cuma time solat di surau memang kami pergi bersama.Semakin hari,semakin saya perasan perubahannya.Dia sudah tidak lagi berjubah dan bertudung labuh semasa mengandungkan anak keduanya.Terdetik dalam hati saya untuk bertanya.Tapi ayat saya mestilah tersusun indah kan,takut nanti tersilap bicara.Saya cuma tanya"Akak dulu kan pakai tudung labuh,mana tudung banyak-banyak tu?"."Dah bagi orang semua,malas nak pakai,panas lah".tu lah jawapan yang saya terima.Saya hanya diam seribu bahasa.

Ketika tu sedang hot style tudung ariani..Dia mula mengenakan tudung yg pendek dan kadang-kadang tidak menutup dadanya.Lama kelamaan pakaian yang longgar kini semakin kecil dan menampakkan tubuh badannya.Saya memang agak terkejut dan hati kecil mula berbisik"suami dia tak tegur ke dia pakai macam tu".Ye lah sebelum ni lebih elok kan.

Rupa-rupanya dia ada sebab kenapa jadi begitu.Setiap kali bulan Ramadhan kami akan meniaga di bazar Ramadhan.Memang susah kalau tak ada pembantu.Dia mencari pembantu dari kenalannya di kampung.Haruslah lelaki kan sebab nak menjaga kedai sampai ke malam hari.Mereka menumpangkan pembantunya di rumahnya sementara.Mungkin di sini silapnya.

Si suami sibuk di Pasar Malam,isteri pula di Bazar bersama pembantunya.Pergi balik sama-sama.Siapa sangka,nafsu mereka tak dapat di kawal.Mereka hanyut di buai bisikan syaitan.Mula jatuh cinta katanya.

Tak ada seorang pun yang tahu tentang perbuatan terkutuk mereka sehinggalah dia sendiri membuka bicara meluahkan perasaannya yang ketika itu ibarat pungguk rindukan bulan kepada pembantunya.Rindu sebab mereka tidak dapat bertemu lagi kerana bulan Syawal telah menjelma.Bazar dah pun di tutup.Pembantu tidak di perlukan lagi..huhuuu..sedih ke? Uweekkkk..

Mungkin dia tak boleh simpan perasaan itu sendirian,nak luahkan pada kekasih gelapnya..hampehh sebab sunyi sepi dan menghilangkan jejak.Ketika itulah di luahkan kepada kami kawannya.

Maaf ye agak panjang..rasa x boleh nak habiskan dalam 1 entry.Nanti sambung di entry lain.

Menceritakan bagaimana ia berlaku.Tersentuh hati dengan ayat-ayat cinta tanpa memikirkan halal dan haram.Mengadakan hubungan seks beberapa kali.Di rumahnya,di dalam kereta.Cukup detail di ceritakan seolah-olah membuka aibnya sendiri tanpa rasa malu.Bila suaminya pulang mahukan layanan,di tolak dengan alasan penat( sebab baru lepas melayarkan bahtera bersama sang kekasih.)

Setelah habis meluahkan isi hati,kami di beri amaran agar tidak menceritakan hal itu kepada suaminya."kalau suami aku tahu,mati aku",katanya.So..kami jadi serba salah seolah-olah bersubahat pula.Tapi terpaksa mendiamkan diri demi menjaga silaturrahim mohon agar dia kembali berubah.

Dan sampai satu ketika,saya terpaksa menceritakan hal itu kepada suaminya..nak tahu kisah lanjut..tunggu di enty akan datang.

Jumaat, 8 November 2013

IBU

Assalamualaikum..



Aku mempunyai pasangan hidup... 
Saat senang aku cari pasanganku ..
Saat sedih aku cari ibu 
Saat sukses aku ceritakan .. pada    pasanganku ..
Saat gagal aku ceritakan .. pada ibu 
Saat bahagia  aku peluk erat pasanganku. ..
Saat sedih aku peluk erat ibu.
Saat sambut hari ulangtahun  slalu beri hadiah pada
pasangan.

Saat sambut hari ibu .. aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat pasanganku. ..
Selalu ibu  yg ingat aku. ..
Setiap saat aku akan call pasanganku ..
Kalau ingat aku akan call ibu 
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku. ..
Entah bila aku akan belikan hadiah untuk ibu 

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar  dan berkerja 
bolehkah kau kirim wang untuk ibu?
Ibu tidk minta banyak... lima puluh ..sebulan pun
cukuplah".
Berderai air mata  jika kita mendengarnya.

Tapi kalau ibu sudah tiada 
ibu aku RINDU, AKU RIIINDDUU,
SANGAT RINDU.
Berapa bnyk yang sanggup menyuapkan
ibunya makan 
berapa bnyk yang sanggup melapkan muntah
ibunya 
berapa bnyk yang sanggup mengganti lampin 
ibunya 
berapa bnyk yang sanggup..... membersihkan
najis  ibunya
berapa bnyk yang sanggup....... membuang ulat 
dan membersihkan luka kudis ibunya
berapa bnyk yang sanggup berhenti kerja.. untuk
menjaga ibunya 

Dan akhir sekali berapa bnyk yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi .. ibumu.


Sayangilah ibumu selagi. masih ada ..meskipun adakalanya perbuatannya mengguris perasaan kita.Tak de dia x de la kita..

Gambar hiasan




Ahad, 27 Oktober 2013

Awas! Dengan Voucher Keep Slim


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..harap anda berada dalam keadaan yg sihat dan ceria selalu.Tapi entry saya kali ini tidaklah seceria mana pun,malah boleh menghilangkan keceriaan anda tu.heheeee.


Pernahkah anda pergi ke pusat2 kecantikan terkenal seperti Keep Slim atau sebagainya..Sekiranya ada niat utk pergi..peringatan saya kpd anda..anda harus bersedia melaburkan wang anda beribu2 malah boleh jadi berpuluh2 ribu.Mental anda kena kuat,kenapa?? anda akan tahu jika membaca entry saya ni sampai habis.hehee..

Maaflah ye,entry saya kali ini agak panjang.Di sini saya nak kongsikan pengalaman saya berkunjung ke Keep Slim 2 tahun yg lalu.

Saya bukanlah menjalani rawatan slim,tapi saya membuat facial treatment.Nak kata saya berduit byk tu tidaklah..apa yg saya tahu rawatan di Keep Slim ni memang mahal.

Pada satu hari saya di datangi oleh seorang sales promoter dari Keep Slim semasa saya sedang berniaga di Bazar Ramadhan Klang.Dia menawarkan voucher facial treatment dgn harga Rm 30 sahaja.Dan saya di beritahu harga sebenar treatment tu adalah Rm 150-Rm 200.Saya tak berminat sebenarnya.Lagipun muka saya ni,x lah teruk sangat di penuhi jerawat dan jeragat.Bukan kata kulit muka saya ni da cantik,maksud saya x lah kritikal.

Mungkin da lumrah wanita yg nk sentiasa nmpk cantik,,saya pun membayar nilai Voucher tu.Di situ ada
tertera tarikh xpired voucher tu,3 bln dari tarikh saya beli.Saya simpan..x tahu nk bg sape..macam nak pergi pun ada jugak..ye lah rawatan beratus2,tp saya cuma guna voucher Rm30 je.Rugi juga kalau x pergi kan.


Lebih kurang seminggu sebelum xpired,,saya mendapat panggilan telefon yg meminta saya pergi sebab x pergi rugi..ni rawatan percuma la kiranya..nak xpired da ni..huhuu..saya pun tanya En.suami nak tak dia hantar saya ke Keep Slim ni..Ok,boleh..

Seperti yg di janjikan,saya sampai di sana dan menunjukkan kad voucher saya tu,lalu di bawa saya ke bilik utk mengenal pasti masalah kulit saya ni..,mcm2 di terngkan..bla..bla..bla...saya bkn faham sgt pun.Kemudian dia tanya,saya nak ambik package yg mana..Huhuuu..package apa ni?"saya datang nk buat rawatan yg percuma tu je"..Di sini lah mental anda akan di asak.."yg percuma tu kita buat cleanser je",jawabnya..x de rawatan apa2.Dia da mula cuba memerah otak saya dgn ayat2 yg membolehkan saya terjebak..arghhhh..saya ni jenis x suke org ckp itu ini..Ni baguslah..nnt muka u cantiklah..n,bla..bla..bla..

Ok..saya cakap saya x de duit..nak tau dia kata apa? X pe lah..berapa yg u ada..saya pun cek dompet saya..cuma ada Rm 200 je..dia kata boleh lah u bayar Rm200 tu dulu,nanti dtg lg bayar balance..senangnya cakap ek,atau u ada kad kredit ke,lg senang..Huwaaaa..saya terus di asak..seperti di paksa2 ni..Saya malas nk dgr dia membebel pjg2..saya pun setuju..grrr..bodoh ke saya!!

Terbang lah duit saya tu..package yg saya ambk tu dlm Rm2k lebih utk 10 kali rawatan..huhuuu..kemudian di bawa utk buat treatment..masa buat tu,dia suruh saya guna serum pulak,,utk ape,saya da lupa..saya x nk,,tp..mcm td lah..dia kata nnt muka u gini lah gitu lah..harga serum tu Rm70 sebotol..saya ingt beso botol nye..dan boleh pakai byk kali..ya..allah..sekali pakai je..beso botol eyemore yg kecik tu je..huhuuu..dlm hati membebel2 da saya ni,tapi x terkeluar pulak di mulut.+ lg duit saya Rm70.

Pulanglah saya dgn muka yg bengkak selepas di picit2 segala yg bertepek di muka saya.Rawatan ada lg 9 kali..so..kena dtg lg la..selepas 10 hari,saya dtg kembali dan membawa duit balance..saya x bayar semua..saya bayar 3 kali..duit saya x habis setakat tu je..kali ni di tawarkan saya pula..produk muka..ada diskaun katanya..diskaun pun harganya tetap mahal 1 set bernilai Rm700.Cuma dapat cleanser,foundation,,anti black head dan vit c.kalau beli 1,harga nya Rm200.


Antara produk kecantikan di keep slim

Ikutkan hati saya..memang saya tak nak..sayangnye duit saya tu kan..kalau ckp x bawak duit..pandai je diaorg ni suruh bayar brp2 dulu..da abis bayar baru boleh bawak balik barang2 tu..tambahnya lagi "apa guna u buat treatment mahal2..bila balik rumah u guna produk lain"buat treatment dkt cni kita guna produk ni"kalau u teruskan di rumah lagi bagus..kalau x lambat".tgk tu permainan mereka.

Saya kalah...saya pun bayar produk tu..dtg kali ke 3 saya sudah habis bayar semuanya.Di suruh pulak saya beli masker..bli lg,Rm 170 seingt saya,habis di situ bayar membayar ni...saya tinggal jalani treatment lg beberapa kali..lega la jugak sebab semua da bli..x de la dgr desakan yg suruh saya beli itu ini.sehinggalah treatment saya berbaki 2 seisi je lagi..kira da 8 kali saya pergi la kan..muka x la licin berseri2 mcm model keep slim tu..saya di beritahu seisi saya punye treatment utk step pertama akan berakhir dan akan memasuki step ke 2..Haa....tp dlm hati je..hehee..saya ingt lepas abis ni selesai da..x nak la pergi lagi..rupanya ada byk peringkat..

Untuk ke step ke 2 ni,saya di kenakan bayaran Rm 4k pula...terkejut saya..patut la macam x caya je aritu dgn 10 seisi kulit muke bole cun melecun..rupanya ada byk lagi seisi yg x di beritahu..Dgn Rm 4k tu,lebih baik saya g shopping kan..hehee..shopping pun x abis byk tu..Lalu saya cakap x pe..saya nak abiskan dulu seisi yg ni,nnt saya dtg lg baru cerita..alhamdulillah selamat..hahahaaa..padan muka..kena tipu..saya x kan datang lagi lepas ni..

Hahahaa...gelak2..saya kena kuat x bole termakan dgn pujuk rayu diorang ni..So temujanji utk seisi seterusnya da di atur..sampai masanya saya bgtau yg saya x boleh datang,,saya tunda..kalau nk dtg saya bagitahu la..hehee..saya mula cerdik..(perasan kejap)..tu helah saya je,memang saya takkan pergi meskipun seisi yg tggl da pun saya bayar..makna saya akan rugi Rm400 lebih bg 2 seisi..sayang ke? Tak kot..biar saya rugi Rm 400 dari saya harus melabur lagi Rm 4k..saya tak nak termakan lagi dgn ayat dari keep slim ni.Bila diaorg call,mengatakan seisi saya akn xpired..saya x kisah..lantaklah..saya cuma bgtahu saya blum boleh dtg.

Kad hari raya yg lepas.
Selepas itu,saya tak jawab da panggilan dari Keep Slim..Akhirnya seisi treatment saya xpired.Tak kisah la..Yg peliknya..selepas dari tarikh xpired tu,,Pihak keep slim masih menelefon saya.Yg pastinya saya tak akan jawab.Tahun ni pun dia masih mengirim kad raya pada saya.Tengok tu siap bg voucher lg.Rm 300 utk package yg gmbr hijau atas tu kan.Dan voucher Rm50 utk produk."Ada aku kesah"hehee

Sms dari Keep Slim pada 9 oktober 2013.
Nampak tak..tak ke pelik..da xpired..tapi masih cari kita..Panggilan x jawab hantar sms pulak,,ada bg promotion lg Rm10/ seisi bg body,face n bust.Ini semua poyo..jgn terpedaya ,mana ada rawatan yg beratus2 ringgit dia nk bg Rm 10 je kan..Maaf cakap lah..bodoh la kalau dia nak ilang customer mcm tu je..ni semua taktik bisness diorang je..

So kpd siapa2 yg dapat voucher dari mana2 pusat kecantikan terkenal spt ini,di majalah atau paper sekalipun..harap fikir2 kan lah..kalau anda setaraf mak datin atau artis yg berduit boleh la pergi ye.Lg satu,,dekat tv pun byk menawarkan rawatan percuma mcm Yun Nam atau London yg suruh hantar sms utk dapatkan rawatan percuma tu..lupakan je la niat anda..kalau tak nak jadi seperti saya.

Fuhh..penat baca entry saya ni kan..apapun thanks luangkan sedikit masa anda utk baca sampai habis..
Jadilah pengguna bijak
~sekian~







Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet 2014 Vs Manifesto



Alamak..arini cerita ekonomi pulak..mengalahkan pakar ekonomi..hehee.Jgn ada yg emo pulak dgn entry saya ni.Da tengok dan dengarkn tentang bajet 2014  oleh perdana menteri kita semalam.
Jom imbas balik janji yg di buat sblum ni

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
Selanjutnya boleh baca di sini.
Dan ini pula bajet 2014

" janji di tepati "



#BRIM di naikkan dari Rm500 kpd Rm650
#BRIM bg bujang pula cuma Rm350 saja
#baucer buku kekal Rm250..
#bantuan persekolahan kekal Rm100..


#subsidi gula di tarik balik maka harga gula naik,bg mengelakkan /mengurangkn penyakit kencing manis..apa pendapat anda?

Nota# Saya bknlah pakar ekonomi,apa lg pakar politik.tapi saya cakap berdasarkan apa yg saya tahu dan apa yg saya faham.



Anne Nurain