Assalamualaikum..
Sebelum tu,saya mohon maaf sangat2 sebab lama tak bw ke blog korang semua.Blog pun tak berupdate lama da.Semangat blogging hilang entah ke mana.Sampai sekarang pun masih tak muncul juga,tapi terpaksa demi menyambung entri sebelum ni yang tidak berkesudahan.Ramai yang ternanti-nanti sambungan cerita INI kan..Eh,,iye ke ramai? Hehee..saya tak pasti sama ada boleh habiskan cerita ni dalam entri kali ni ye.mohon sabar.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai satu ketika saya terpaksa memberitahu perbuatan dia kepada suaminya tapi..setelah nasi menjadi bubur.Bukan dalam waktu yang terdekat.Mengambil masa kira-kira 4 tahun lamanya.Eii..lamanya kan,kenapa lama sangat?? Sebenarnya tak de niat pun nak membuka aib isterinya sehingga berlaku satu peristiwa yang lebih menyayat hati, menyakitkan hati.:(
Mengharapkan peluang yang di beri itu dia boleh berubah dan bertaubat hanya sia-sia.Sesuatu yang lebih buruk terjadi lagi.Berlaku dalam situasi yang sama,bulan yang sama tetapi orang yang berbeza dan dari bangsa asing (indonesia).Untuk lebih mudah faham saya gunakan nama samaran dalam watak ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ani semakin cantik berdandan,bersolek ala2 trafik light.Pakaian mengalahkan anak dara,memang jauh berbeza dari sebelum ni.Kalau tengok orang yang kelihatan seksi,tetiba bertudung litup sudah tentu kita akan rasa..wahhh..alhamdulillah kan.Tapi kalau tengok orang yang sentiasa berjubah tetiba berpakaian macam tak cukup kain,dah tentu rasa terkejut dan pelikkan..astahgfirullah..
Gambar hiasan Sumber |
Mereka menjadi pasangan yang agak mesra,boleh di lihat kemesraannya itu.Tak pandai nak cover hubungan antara pekerja.Rakan-rakan sekeliling mula curiga dan rasa nak muntah je tengok gelagat mereka berdua.Abu (Suaminya)tidakperasan akan hal itu..kami semua tak nak bagitahu atas sebab tak nak masuk campur hal orang la kan.Tapi kalau dah hari_hari mata ni sakit tengok,kesian pula dengan suaminya kan.Hanya memberitahu sedikit mengenai sikap isterinya itu,,takut di anggap fitnah,ada baiknya Abu skodeng je isterinya.Biar jelas nampak dengan mata kepala sendiri.
Biasanya bazar ramadhan ni tutup sekitar jam 2-3 pagi,tutup keliling khemah dengan kanvas.Ani dan pekerjanya tanpa segan silu duduk berduan dalam khemah yang tertutup itu.Astaghfirullah..apa mereka buat dalam tu
Kami peniaga2 memang akan terus sahur sekali di kedai berdekatan.Abu call Ani ajak sahur bersama,tetapi di tolak dengan berbagai alasan..Ketika itulah Abu mula menyekodeng Ani dan benarlah apa yang sedang di perkatakan rakan2 tentang isterinya itu.Di lihat Ani sedang mesra bersahur dengan pekerjanya sendiri.Rasa nak sepak terajang je masa tu,tapi imannya mengawal segalanya.
Mulai dari detik itu,tiada lagi rahsia yang harus di sembunyikan.Ani mula meminta agar di ceraikan dengan alasan ingin berkahwin dengan pekerjanya itu.Hancur luluh hati Abu setelah 15 tahun hidup bersama tetiba isterinya memberitahu bahawa dia sudah jumpa lelaki idaman hatinya..Terkedu seketika tetkala Ani menyatakan isi hatinya."Selama ini aku bukan lelaki idaman kau ke?""Bukan" jawab Ani selamba."Apa lagi yang tak cukup aku bagi,,rumah,kereta,van,lori semua ada"Hidup mereka memang dah lengkap,tapi Ani telah di butakan oleh cinta terlarang.
Menurut Ani,pekerjanya itu lebih kaya dari Abu.Ada banyak duit dan rumah besar di negaranya.Kalau di fikir oleh akal yang waras,buat apa susah_susah datang ke Malaysia cari kerja jika sudah kaya kan."Kalau
abang tak nak ceraikan saya,saya akan kawen jugak dengan dia di indonesia"Ani mula mengugut Abu.Masyaallah,,tak ada rasa bersalah dan berdosa pun masih berstatus isteri teapi nak berkahwin dengan lelaki lain.Kalau lelaki bolehlah kan.Oleh kerana kasih dan cintanya kepada Ani,Abu memberi ruang dan waktu untuk Ani berfikir,takut salah membuat keputusanAbu takut kalau-kalau fikiran Ani sedang bercelaru dan tidak sedar apa yang di minta.Abu mula bertanya Ani,Adakah Ani sedar dengan apa yang Ani cakap tadi..Ani yakin yang dia sedar.
Pada syawal ke 5,,mereka membuat permohonan penceraian di jabatan agama islam.Sebelum di luluskan,,pemohon harus menjalani seisi kaunseling dahulu.Tapi tidak boleh masuk serentak.Ani pergi dulu dan setelah beberapa minit,giliran Abu pula.Belum sempat Abu menceritakan masalah mereka,Abu di nasihati agar menceraikan isterinya itu dengan segera.Ini kerana Ani telah berterus terang segalanya tentang hubungan cintanya dengan si kekasih hatinya itu.Dayus lah suami kalau masih mahu menyimpan iseri yang sebegitu.Dan Akhirnya mereka sah bercerai dengan talak 1.Hak penjagaan anak di berikan sepenuhnya kepada Abu,kerana Ani tak nak bawa anak sebab susah katanya.
Setelah bercerai barulah kami memberitahu perbuatan Ani sebelum ni kepada Abu.Abu sangat marah ketika mendapat tahu yang kami rakan2nya menyembunyikan cerita itu darinya."Sampai hati korang,tak ada sorang pun yang nak bagitahu aku" huhuu.."Dah jadi macam ni,baru nak bagitahu,dah tak guna"..ye lah memang betulkan.
Siapa sangka kan,,,sebaik-baik wanita boleh juga berubah menjadi sejahat-jahat wanita.Nauzubillah..
Ada yang nak tahu tak apa jadi setelah mereka bercerai..kalau ada,,insha allah ada kelapangan saya akan kongsikan,Setakat ni dulu ye..ada masa saya akan singgah ke blog anda semua.
Terkesan sungguh baca cerita ni.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua agar ttp berada atas jlnNya yg lurus & diberkati... aamiin. Satu iktibar pengajaran buat renungan bersama kita semua.. t kasih Atien atas perkongsian ini...
BalasPadamapa jadi pada si ani tu sekarang kak
BalasPadamsaya pun terkesan membacanya,
semoga dilindungi dari sifat sebegitu
bagi tahu salah.. tak bagi tahu salah.. kalau cakap terus terang nnt kata fitnah isteri dia.. mungkin dah tiada jodoh dan daripada menanggung dosa, elok lah cara yang Ani (bukan nama sebenar) terus terang.. mohon dijauhkan sgt2 perkara seperti nie kak.. bukan senang nak mendirikan rumah tangga dan kekal bahagia.. kene saling tolak ansur dan terima seadanya...
BalasPadamani ikut lelaki indon tu balik ke negara dia ke kak atien? moga menjadi pengajaran kepada kita semua..
BalasPadamSatu kisah yang sangat sesuai dijadikan pengajaran, Ya Allah, moga dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini.
BalasPadamsemoga kita semua dijauhkan dari perkara2 yg macam ni kak.. huhu
BalasPadammoga cerita ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua.
BalasPadamsedih plak baca kisah ni..kesian si suami...niesa tertanya2 jugak perempuan tu xterkena buatan ke?kot2 la kan...org mcm2 boleh buat utk inginkan sesuatu..teringin gak nak tau apa jadi seterusnya...
BalasPadam