Tanggal 4.februari.2001 adalah hari bersejarah dalam hidupku, di mana pada hari ini aku telah bertukar status dari seorang anak kepada seorang isteri.Aku dinikahkan di Masjid Felda Air Tawar 4 oleh imam yahya,, skrg imam ni da pun kembali ke rahmatullah.al fatihah buatnya.
Mengenang kembali sejarah 12 tahun yang lalu, Pada hari pernikahan aku dengan en.abang hati aku mula rasa sesuatu yang agak pelik.Tahu tak? Selesai sahaja majlis akad nikah, tetiba aku rasa tak suka pulak.Tak tau kenapa, bile tengok muka en.abang ni rasa menyampah pulak...huhuhu..tak baikkan.Tapi tak lah berlarutan, mungkin culture shock kot.hihihi.mana tak nye, aku ngan en.abang ni, tidak kenal lama.Itu pun di kenalkan oleh Pakcik aku.Seingat aku,pertama kali bersua muka dgn dy dalam bulan November 2000.Waktu dy datang ni, aku tak ada di rumah sebab kerja.Mak telefon aku, bg tau yg orang yang datang nak tengok aku tu da pun sampai di rumah.Hati da rasa dug dag2.Aku cakap dgn mak, tengok je album aku tu, banyak gambar aku.nak tunggu aku balik lambat sebab aku kerja 12 jam.Eh,,, tak de maknanya..nak tengok live katanya...hahaha...
Balik dari kerja,,, dy da menunggu aku di rumah bersama pakcik..macam2 perasaan timbul masa ni, takut, malu,, arghh...da bercampur baur.Rasa nak masuk rumah ikut pintu belakang.Tp tak jadi sebab kakak aku kata dyorng sedang makan di dapur.Dengan jantung yang berdetak semakin laju, aku masuk dan..jeng...jeng..jeng...mata bertemu mata, hihi..tapi sekali imbas je la, aku ni kan pemalu orangnya.Lepas salam dgn pakcik, aku terus masuk bilik, tak nak keluar da.Huhuhu....besar gak orgnya,,, tak nak la....masa ni berat aku cuma 36kg je,, rasa tak sesuai lak dgn dy yg berbadan besar.Tapi,,,, ayah marah suruh keluar, katanya "tak baik buat tetamu mcm tu, dy datang nak tengok kau, pergi la sembang2 dulu".Aku pun g mandi dulu, tak kan nak bersembang dengan badan yg tak mandi tu kan.
Akhirnya,,,, kami pun kongsi2 cerita.Nak tau tak?? En.abg ni street to the point je tau.Dah la first time jumpa,,, eh,,,,tak menyempat2, terus bincang pasal kawen.makkkkkkkk.....dy ajak kawennnnnnnnn......bio betul kann.Aku tak nak, masih terasa muda, masak pun tak pandai lg.Tak pe katanya,,, nnt boleh belajo...hahaha...sampai la ni pun aku tak pandai masak...Caye tak?? Seyes betulll...
Seminggu selepas pertemuan itu, eh....mak dy datang hantar cincin merisik....huwaaaaa....tak de cakap pe2 pon.Mak Ayah da accept.Masa ni pun, aku tak de kat rumah, keje jugak.Balik dari keje je, mak cakap" tu ada cincin ko, g ambik"Cincin pe??"td mak dy datang hantar cincin risik"jawab mak.boleh pulak camtu ye.."eiiii...nape cepat sangattttttt, mak ayah pulak yg tolong jawabkan utk aku.Sebenarnya mak ayah tahu, waktu ni aku tak de kawan dengan mana2 lelaki, lepas putus hubungan dgn ex aku tu.Yang ada dok suke giler ngan aku masa ni suami orang pulak tu...x boleh la~~ayah kata"dengar cakap ayah, ayah sayang",,nak suruh aku jawab pe lg kan, aku ingat lg,mak dy htr cincin risik, hari rabu.Pastu mak cakap, "Sabtu ni, ko tunang"waaaa...very fast..alasan apapun aku buat, benda ni tetap akan berlaku.Maka,,, jadi lah aku tunangan org.Segala persiapan mak ayah yg support.Aku bertunang 2 hari sebelum hari jadi aku yang ke 20 pada 25.November.2000.
Selepas bertunang kitaorang jumpa sekali je iaitu pada hari raya bulan 12.Dannnnn...2 bulan selepas tunang, aku di diijabkabulkan dgn en.abg pada 4.februari.2001.
Di hari pernikahan 4.2.2001 |
ni lah rupa pelamin persandingan kami.Time ni, dah cukup cantik la kan.tapi skrg x jumpa da macam ni..hihi |
jeng..jeng..jeng...hahaha...masuk dalam harian metro tu... |
kuang,, kuang,, kuang,,,bila mata, bertemu mata. |
Kawan2 yg hadir memeriahkan majlis persandingan. |
haa..beginilah rupa kami menjadi raja sehari. Cantik tak?? Cantik2, eh sendiri jawab lak, perasan sudah~~ |
bagai pinang di belah kapak..ahakks.. |
Perbezaan umur antara aku dan en.abg ni sangat jauh 10 tahunnnnn...Jauh kan.Namun..bila sudah bergelar sepasang suami isteri,tiada apa yg membezakan antara kami,umur hanya pada angka sahaja.Perkahwinan seseorang itu bukan bergantung pada berapa umurnya, tapi pada cara bagaimana kita mengemudinya.Tak kira, suami lebih tua atau muda,, hormat tetap hormat .Sekejap je masa berlalu pergi.Hari ini, genaplah usia perkahwinan kami 12 tahun.Dalam 12 tahun tu, kami di kurniakan 3 orang cahayamata.Alhamdulilah..
Walaupun pernikahan ini di cipta bukan atas dasar suka sama suka atau cinta, alhamdulilah..ia kekal hingga ke saat ini.Sebenarnya,,, aku tak pernah rasa jatuh cinta pun dgn en.abg ni, tak caya la tu kan...hanya aku je yg tau.hihi..kami tak rasa saling mencintai, tapi kami rasa saling menyayangi.Tu pun da cukup bg aku.i know who my hsbnd la...
Doakan yang terbaik buat kami.Semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga, amien..
wah..masuk metro la. cutenye ko masa tu. Selamat hari ulangtahun perkahwinan ye. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa.
BalasPadamTq..la...masa tu je ke cute.skrg ni da x cute ea..he3
Padam