Selamat menyambut tahun baru 2014,selamat tinggal 2013.Alhamdulillah masih di beri peluang merasai kenikmatan hidup sehingga menjelang 2014.
Bertambah tahun,bertambah lah usia.Kita semakin tua! Eh,saya yang bertambah tua..korang muda2 lagi..Tapi mati tak kenal usia..semoga amalan dan bekalan ke akhirat mencukupi untuk melayakkan diri ke syurga.Amin.
2013 meninggalkan banyak kenangan pahit buat diri saya..Yang paling memberikan kesan adalah kemalangan ngeri yang menimpa.Itu hanyalah ujian yang saya rasa berat tapi mungkin kecil je di mata allah.
Allah memberikan ujian pada hambanya kerana sayang dan kasih kepada hambanya.Hanya mereka yang terpilih sahaja akan menerima ujian begini.Tak semua orang merasa pengalaman di timpa kemalangan kan.Nasib baik ketika itu nyawa saya tidak di ambil.Sekurang2 nya saya masih mempunyai peluang memperbaiki diri.Mungkin itu cara allah menegur kelalaian saya untuk saya mendekatkan diri kepadanya.Mungkin juga dia rindu mendengar doa2 saya.Subhanallah.
Allah juga tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan.Alhamdulillah saya berjaya melalui ujian itu walaupun sukar.Selama 4 bulan terlantar di atas katil.Makan,pakai,be**k,kencing..semua dalam bilik.Merasa pakai diapers bila da tua2 macam ni..Eiuu..jijik ke?Nak mandi,tunggu En.suami angkat.Boleh bayangkan tak?Saya da jadi macam "Mem" besar dlm rumah..hehee.Nak apa?cakap je.Segala tugas di ambil alih oleh En.suami..Terima kasih sangat2 kerana memahami.
Kini saya bangkit kembali meninggalkan 2013 yang penuh sejarah.Tak ada azam yang bertukar setiap tahun.Azam saya tetap sama"ingin menjadi yang terbaik di sisi Allah"saya ingin ke syurga di akhirat nanti.Kalau di timbang amalan saya ketika ini,subhanallah mungkin pahala dan dosa pun masih tidak seimbang.Amalan yang sedikit ni,belum tentu di terima olehnya.
Ya..allah kau terimalah amal ibadatku...kerdilnya aku di sisi mu.Jadikanlah aku orang yang sentiasa mengingati mu dan melakukan suruhannmu.Jauhkan aku dari gangguan jin dan syaitan yg di laknat.amin.