Memaparkan catatan dengan label Ibu mertua meninggal.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu mertua meninggal.. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Januari 2014

Belated Birthday for Alisha


Happy belated birthday untuk puteri bongsu saya Nur Alisha Natasha  pada 5-1-2014 yang lalu.Di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Rawang,kini berusia 6 tahun.Alhamdulillah.

Kehadirannya tidak di duga kerana muncul tiba2.hehee..ketika itu kakaknya Alya baru genap 1 tahun.Macam x sesuai je nak beradik.Namun,rezeki tu Allah yg beri.Terima je lah,nak wat cam ne kan..da jadik..hewheww..

Plan awal nak beli kek dan makan2 je satu family pada hari tu (ahad).Pagi tu en.suami masih berniaga.Tunggu dia balik baru beli kek untuk Alisha.Tunggu punye tunggu..sampai lah ke petang.Baru je nak singgah ke kedai kek,,tetiba hp berdering..ring..ring..(walaupun hakikatnya bunyinya tdk begitu..kikiki) ok stop..

Kami di kejutkan dengan berita kematian ibu mertua.Berdezup jantung sebab terkejut sangat2..tak de dengar sakit atau apa2.Sebelum dapat panggilan ni,en.suami ada call adiknya di kampung bertanya khabar mak nya..sihat ke tidak? Diapers mak ada lagi ke tidak? Katanya "mak sihat",tentang diapers tu tak tau,nanti pergi tengok."Ok,"kalau diapers mak habis,ko bagi tahu aku tau,nanti aku kirim duit",sambg en.suami.

Tidak berapa lama selepas tu,en.suami dapat lah panggilan telefon macam yg saya ceritakan kat atas tadi.Nama yg tertera di skrin hp..adalah nama adiknya.Hati mula berdetik"arghh..ni mesti diapers mak da habis ni".Haaa..yaya..(panggilan nama adiknya)..diapers mak tak de ea"?tu soalan pertama yg keluar."Ko jangan terkejut,bkn diapers mak yang tak de,tapi mak yg tak de"..begitu lah jawapan yg di terima.Mana tak terkejutnya kan..tanya tadi sihat je..tetiba da meninggal.Innalillah..

Dah sampai masanya,akhirnya mak kembali menemu penciptanya.Yang sakit jangan sangka akan cepat mati,tiba2 yg sihat pulak yg pergi dulu kan.Kita pun tak tahu bila pula giliran kita,lau tahu mesti dok sibuk beramal ibadah menambah bekalan di akhirat kelak.

En.suami call,sampaikan berita sedih tu.Kami siap2 kemas baju dan gerak ke kampung di Muar Johor.Jadi sambutan hari jadi Alisha terpaksa di tangguh bg menghormati hari pemergian ibu mertua.Anak2 ambil cuti 3 hari,dan khamis baru start sekolah.Dan seperti yg di janjikan kami beli kek yg di tunggu sejak beberapa hari yg lalu.Dapatlah rasa potong kek walau tak semewah mana.

Doa mama untuk Alisha..jadilah anak yang sentiasa taat kpd allah dan kedua ibu bapa..belajar rajin2 agar hidup terpelihara dunia dan akhirat.Amin..

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ALISHA.
^-^




Khamis, 9 Januari 2014

Kehilangan :(

Assalamualaikum..

Rasanya lama dah tinggalkan blog ni.Terima kasih kepada yang masih sudi singgah.Sebenarnya saya baru kehilangan ibu mertua pada 5-januari-2014.Kira2 jam 4:15 petang.

Mari sama2 hadiahkan surah al-fatihah untuk arwah,semoga di tempatkan dengan golongan orang2 yang beriman.amin.


Saya baru saja sampai di rumah kira2 2:40 pagi tadi,dan anak2 dah pun ke sekolah semula setelah bercuti selama 3 hari walaupun lewat bangun.

Banyak cerita yang akan saya kongsi pada entri akan datang.Insha allah.
Anne Nurain