Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Januari 2014

Belated Birthday for Alisha


Happy belated birthday untuk puteri bongsu saya Nur Alisha Natasha  pada 5-1-2014 yang lalu.Di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Rawang,kini berusia 6 tahun.Alhamdulillah.

Kehadirannya tidak di duga kerana muncul tiba2.hehee..ketika itu kakaknya Alya baru genap 1 tahun.Macam x sesuai je nak beradik.Namun,rezeki tu Allah yg beri.Terima je lah,nak wat cam ne kan..da jadik..hewheww..

Plan awal nak beli kek dan makan2 je satu family pada hari tu (ahad).Pagi tu en.suami masih berniaga.Tunggu dia balik baru beli kek untuk Alisha.Tunggu punye tunggu..sampai lah ke petang.Baru je nak singgah ke kedai kek,,tetiba hp berdering..ring..ring..(walaupun hakikatnya bunyinya tdk begitu..kikiki) ok stop..

Kami di kejutkan dengan berita kematian ibu mertua.Berdezup jantung sebab terkejut sangat2..tak de dengar sakit atau apa2.Sebelum dapat panggilan ni,en.suami ada call adiknya di kampung bertanya khabar mak nya..sihat ke tidak? Diapers mak ada lagi ke tidak? Katanya "mak sihat",tentang diapers tu tak tau,nanti pergi tengok."Ok,"kalau diapers mak habis,ko bagi tahu aku tau,nanti aku kirim duit",sambg en.suami.

Tidak berapa lama selepas tu,en.suami dapat lah panggilan telefon macam yg saya ceritakan kat atas tadi.Nama yg tertera di skrin hp..adalah nama adiknya.Hati mula berdetik"arghh..ni mesti diapers mak da habis ni".Haaa..yaya..(panggilan nama adiknya)..diapers mak tak de ea"?tu soalan pertama yg keluar."Ko jangan terkejut,bkn diapers mak yang tak de,tapi mak yg tak de"..begitu lah jawapan yg di terima.Mana tak terkejutnya kan..tanya tadi sihat je..tetiba da meninggal.Innalillah..

Dah sampai masanya,akhirnya mak kembali menemu penciptanya.Yang sakit jangan sangka akan cepat mati,tiba2 yg sihat pulak yg pergi dulu kan.Kita pun tak tahu bila pula giliran kita,lau tahu mesti dok sibuk beramal ibadah menambah bekalan di akhirat kelak.

En.suami call,sampaikan berita sedih tu.Kami siap2 kemas baju dan gerak ke kampung di Muar Johor.Jadi sambutan hari jadi Alisha terpaksa di tangguh bg menghormati hari pemergian ibu mertua.Anak2 ambil cuti 3 hari,dan khamis baru start sekolah.Dan seperti yg di janjikan kami beli kek yg di tunggu sejak beberapa hari yg lalu.Dapatlah rasa potong kek walau tak semewah mana.

Doa mama untuk Alisha..jadilah anak yang sentiasa taat kpd allah dan kedua ibu bapa..belajar rajin2 agar hidup terpelihara dunia dan akhirat.Amin..

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ALISHA.
^-^




Selasa, 3 Disember 2013

33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway By AtienStory


Assalamualaikum..

Entry melekat,scroll ke bawah utk entry terbaru.

Alhamdulillah bulan ini adalah bulan kelahiran saya,emak dan ayah saya..Jadi saya dengan senang hati ingin menganjurkan 1 giveaway berkonsepkan lucky draw.Giveaway ini akan berjalan selama 33 hari sahaja.Kenapa 33??Ini kerana 33 adalah simbol bg umur saya..Tua ke,??x kann..hehee

Dengan ini,saya merasmikan 1st giveaway ini bermula hari ini 1.November.2013 dan akan TAMAT pada 3.Disember.2013 jam 3:30 ptg.
Pemenang akan saya pilih melalui cabutan bertuah



Syarat2 wajib ialah

1.*Buat 1 entry bertajuk 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory dan backlink kan ke blog saya.
2.Sertakan teks ucapan birthday utk saya yg simple tapi menarik(wish yg baik2 je ye)
3.* Follow blog saya
4.Like Fb fanpage di bawah ini


5.Publish entry dan tinggalkan link url blog anda di ruangan komen atau shoutbox..

SENARAI HADIAH
No sponsor

# 3 Utas jam tangan wanita GUESS bernilai Rm 55

# 3 Helai tudung syria sakura bernilai Rm 50

Jika penyertaan kurang smbtn,,giveaway ini tetap akan di teruskan,walau 6 org sekalipun,,sbb hadiah pun ada 6 je kan,mungkin anda pemenang bertuah.

Sekian,selamat menjoin & Gud luck!

Senarai Peserta



Rabu, 27 November 2013

Kek birthday

Assalamualaikum..
Wah..td saya potong kek la..kale pepel lg..En.suami beli td,ingatkn dia lupa.hehee..kami mkn Kfc je ank beranak dkt rumah..x de hadiah2 ye..berhenti berharap ok..ada sape2 yg nk bg saya hadiah ke?..^_^
Kek eskrem
Tu dia rupe kek birthday saya..cantik x?,hehee..bkn cantik je,sedap lg tau sebab eskrem kn..ank2 mmg suke.Dah habis pun..hihi..

Eh,ape ni??

Eh,,td kata x de hadiah kan,apa pulak tu..Yeayy..mmg hadiah saya la..yg pasti bkn dari en.suami..huhuu.hadiah ni dari bff saya yg di terbangkan..eh terbang ke?hahaa..di pos la dari johor..wah..byknye kan..biar betul..hihii.Nmpk ada 4 bgks kan,sebenarnya 1 je cuma di balut dgn 4 lapisan.muahahaa..brp byk,rajin da~~:D

Body Shop

Tadaa~~ =) tu isi dlm bungkusan td.,from body shop.buka2 je tgk beg tu comel je..like kale..pepel gitu..agaknya bff saya ni nk suruh saya wangi2 kot..sblm ni saya x wangi ke ble kita jumpe ek..hihii..ank dara saya sibuk nak kn beg comel tu..haissh..mana bole..Snap pic,send kt adik..bangga kjp dpt hadiah..haha..kalau x nk bg dia katanya..hehee..no..no..no..

Sebenarnya bff saya pun x tau yg hadiah dia kirim da smpi tengahari td..Saje x nk bg tau..nk bg surprise jugak..hehe..surprise tak??."Apa pun thanks so much"
best fren 4ever:D

Genap 33



Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat illahi,masih di beri kesempatan menyambut ulang tahun kelahiran utk kali yg ke 33.
Terima kasih buat mak yg melahirkan saya ke dunia.Buat kawan2 dan adik beradik yg wish birthday saya melalui fb and kakao talk.
Seperti biasa tiada apa2 yg surprise,kek ataupun hadiah utk saya dari en.suami.Hadiah yg pasti saya tau apa yg en.suami akan bg ialah "fatihah",,ok ke? Tiap2 tahun ble birthday saya.."al-fatihah" lah hadiah yg akan saya terima..kek pun kadang2 je.Bg en.suami,itu lebih baik dan kekal, dpt tambah pahala utk saya.Bg barang bukannya kekal..owhh..sedih ke,x?? Huhuu..
Semoga kehidupan yg allah pinjamkan utk saya ini,akan saya gunakan sebaik-baiknya..ingin menjadi yg terbaik di sisi allah,insha allah saya sedang berusaha ke arah itu.amin.
Apakah mungkin akan ada ulang tahun seterusnya untuk saya?

Jumaat, 22 November 2013

Ulang tahun kelahiran Ayah

Assalamualaikum..

Hepi befday ayah

Selamat ulang tahun kelahiran buat ayah tercinta yg ke 65 thn,semoga ayah di beri kesihatan yg baik dan di kurniakan kebahagiaan dunia akhirat..insha allah hidup di dlm keredhaannya..amin..

♥ Love ayah ♥



Rabu, 6 November 2013

Happy birthday Mak


Happy birthday untuk Mak yg ke 63..semoga mak sihat selalu dan di rahmati allah.Terima kasih atas segalanya..love u mak..

Ahad, 20 Oktober 2013

Selamat hari lahir



20-10-1938** merupakan hari lahir mak mertua saya,jd thn 2013 ini genap 75 tahun usia nya.En.suami balik ke kampung meraikannya meskipun mak x boleh lagi berjalan dan bercakap.Kata org hargai semasa hayatnya ada.Tapi,tahun ni saya tak dapat ikut meraikan kerana anak2 bersekolah pada hari ini.

Untuk mak"selamat ulang tahun buat mak,semoga di beri kesihatan yg baik dan sentiasa berada dalam lindungannya.amin..

posted from Bloggeroid

Ahad, 14 April 2013

Birthday party

Sebenarnya birthday party ni pada 24.3.2013 yg lalu.Kali ni baru sempat nak update coz x de mood n byk entry yg nk aku tulis.kena ikut turn la kan.Plan tiap2 tahun sama je, setiap bulan 3 pada cuti sekolah, aku akan adakan majlis harijadi untuk anak2 aku.Kenapa bulan 3? Ini sebab 2 org anak aku lahir pada bulan yg sama, iaitu alif dan alya.Tapi aku gabungkan sekali 3 org dlm party ni.Alisha lahir pada bulan 1, senang celebrate sekali.

Seawal bulan 1 lagi, aku da start siapkan brg2 untuk party ni.Beli baju , bag pack, snack, cenderahati, dan gift untuk game.Eh, birthday card pun aku da buat, sayangnya aku x sempat print coz musibah melanda.Siapa sangka akan jadi macam ni.Hanya tinggal 2 week je lagi untuk balik ke kampung.Aku xcdent, kecederaan agak parah.Anak2 pulak sering bertanya."mama,, x jd ke?"."mama..baju ni x pakai ke?& mcm2 lg.Bila ckp " kita buat lain kali ea", masing2 buat muka sedih.Mana x nye,, xcited da anak dara aku nk pakai baju yg aku beli tu.Bila di fikirkan, x pe lah..buat je, yg sakit aku, anak2 sihat.So,, aku teruskan je.


alisha & alya
Tengok tu,seronok anak2 mama ni.Majlis ni x la sama mcm yg aku plan.Lari sikit dari plan asal.Keadaan x mengizinkan.Sebelum potong kek,en.abg baca doa selamat dulu.Kedengaran lah riuh dan meriah bila ramai2 nyanyikan lagu happy birthday to my kidz.Lepas tu boleh lah makan.Banyak gambar yg aku x dapat snap.Keadaan menyukarkan bg aku sebab aku berkerusi roda.

Ni my princes Alisha.Nampak hepi Kan.smile~

Selepas makan,ada game untuk budak2 yg dtg,lau menang ada gift La.antaranya musical chair, bola beracun,pingpong dlm sudu,teka gula dan macam2 lagi.Saje buat suke2 ni,buat tambah meriah dgn gelagat budak2 ni.Gambar x de pulak nk post.


alya,alif & alisha

Seronok tengok anak2 semua hepi.Tambah pulak dgn kehadiran kawan2 yg dan jiran2 yg dtg menziarahi Aku.Dari pagi sampai petang tak putus2 dgn kehadiran kawan2.Nak rakamkan Thanks byk2 buat my best fren Marlina krn bersusah payah tolong persiapan majlis ni sampai ke petang.

Bila majlis selesai,baru aku perasan yg aku tak buang air langsung sejak pg,dan aku belum makan.Huh..mungkin hepi Tgk ramai yg dtg.Lepas tu aku mandi dan masa tuk rehat.Ya,allah bila baring,kaki aku punye la sakit,bisa2 semua.Ni semua gara2 duduk di kerusi roda terlalu lama.Malam baru nak makan,eh,baru beberapa suap nasi aku makan, ada tetamu Lagi..

Apapun alhamdulilah,semua berjalan dgn lancar.


Jumaat, 1 Mac 2013

Happy Birthday Alif

Alhamdulillah,,genap 11 tahun umur Alif pada hari ini. 1-3-13.Sekejap je rasanya da besar anak bujang mama ni.Mengenang kembali peristiwa 12 tahun yang lalu,semasa mengandungkan alif ni,macam2 simptom yang mama lalui,sampai nak kena tahan wad sebab kes aliran lendir tersumbat,so berlaku pembengkakan di bahagian sulit.Da banyak kali kena buat mini opperate sebab mama x boleh tahan tanggung sakit tu.Mama tak nak kena tahan wad di Hospital Klang,takut sangat2,so mintak keluar.Lagi pun layanan kat situ mama tak suke,,garang2.Mama pilih buat rawatan di klinik swasta je,alhamdulillah ok.


Wajah alif ketika baby

Tarikh Due sebenar alif ni adalah pada 21.2.2002.Tapi tak bersalin pulak bila tarikh yg di jangka.Akhirnya tanda darah keluar pada 28.2.2002.So..sebab da lewat,mama kena pergi jugak Hospital.Masa ni Alif bersalin di Hospital Kota Tinggi Johor.Sampai di hospital,pintu rahim baru buka 2cm.Lama lagi lah kena tunggu.Rasa sakit pun tak de.Mama kena lah bermalam di hospital.Masa ni Abah tunggu di luar,sebab takut kalau2 mama da bersalin.

1-3-2002.Air ketuban terpaksa di pecahkan,sakitt sebab di tusuk dgn sejenis alat.ape namanya pun mama tak tahu,Nurse pulak garang,marah2 bila mama cakap sakit.Sabo je lah.Setelah itu,mama di bawa ke dewan bersalin sementara menunggu pintu rahim di buka luas.Haa..masa tu mula lah rasa sakit2 yg hinggap sekali sekala menandakan alif bakal di lahirkan.Rasa nak terkencing pulak masa tu,tapi nurse tak bagi,jadi mama tahan sampai air kencing penuh hingga menyebabkan tiub di masukkan di ctu untuk menyedut air kencing keluar.Fuhhh..sakitnya...

Alif Sekarang,Hencem tak?

Masanya telah tiba,pintu rahim telah terbuka seluas 7cm,kepala alif da mula nampak.Masa ni Abah teman mama di dalam dewan bersalin.Sape yg da pernah melahirkan,pasti tahu macam mana sakitnya kan..Hampir hilang segala tenaga,akhirnya alif selamat di lahirkan dengan seberat 3.1kg pada pukul 5.57 ptg.Mama dan abah sepakat memilih nama Muhammad Alif Nasrullah.Alif -permulaan dan Nasrullah -pertolongan allah.Sebenarnya abah cuma letak Muhd.Nasrullah je,tapi mama tambah alif.

Mama berpantang di rumah nenek di Air Tawar 4 Kota Tinggi.Abah pulak balik semula ke Klang setelah segala urusan selesai.Alhamdulillah hari ini alif da genap 11 tahun.Mama doakan agar alif jadi anak yang soleh,yang boleh bantu mama dan abah di alam sana kelak.Berjaya juga untuk Dunia Akhirat,menjadi contoh dan teladan buat adik2.Insyaallah.AMIN.

HAPPY BIRTHDAY ALIF


                         Make Your Own Gifts Here

Jumaat, 30 November 2012

MY BIRTHDAY


Tanggal 27.november adalh hari ulang tahun ku.alhamdulilah ...masih bernafas d bumi mu ya allah..syukran3..
X de yg special pun,sama mcm ari2 biasa,beza nya..mkn2 1 family d kfc.ser0n0k gak lah,ade 0rg meraikan ari 
Lahir kite..



..



  with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 22 November 2012

Hepi befday untuk Ayah.

Cer tengok ayah,still Nmpk muda kn,encem lg.hehee ..
Hari ni umur ayah,genap 64 tahun.semoga ayah di beri kesihatan yg baik,di pnjgkn usia serta bahagia dunia akhirat.amin..

Ayah memang seorang ayah yg baik,syukur sgt2 sebab dapat ayah mcm ayah.ayah memang garang,lau sekali bersuara,leh gerun gak la di buatnya. tu dulu la,masa zaman remaja aku,selalu gak kena marah.Ble da kawen ni,x de la marah,cuma lebih kpd nasihat,cmne pun ayah tetap yg terbaik.

 Banyak beza antara sikap mak dan ayah.aku tak pernah terasa hati pun dgn ayah.setiap kali balik ke kampung,ayah akan suruh mak masak,masakan yg aku suke.hmmm..bestkan. Lau nk tau hari jadi aku ngan mak dan ayah adalah dlm bln yg sama.lagi sonok kn.tahun lps sambut befday untuk 3 org sekali,masatu potong kek je.tahun ni pulak adik bradik pakat makan2 kt restoran terapung,firefly.Da pun pegi sebenarnya.saje wt Hepi2.ayah mak Hepi kn best.ye tak. Ok lah,x tau nk tulis pe lg.da la...bye..jumpa lagi..

Rabu, 7 November 2012

selamat hari jadi mak

hepi besday to u wt mak yg ke62.harap mak sihat2 selalu dan diberkati allah selalu.
Banyak beza antara mak dan ayah,, ye la,, org pompuan kn,, mak ni suka marah2..ade je yg x kena.kkdng ade gak terasa hati ngan mak ni,, x yah lah citer psl ape kn..dah mmg dy mcm tu.walau apapun, dy tetap mak yg aku sayang..sayggg..mak

Rabu, 24 Oktober 2012

Selamat hari lahir my m0ther in l0w

Slmt hari jd mak
Sempena ulang tahun kelahiran My mother in law.kami sekeluarga pulang ke kg di Muar,Johor.Alhamdulilah masih di beri kesempatan hidup sehingga usia ini.Mak da lama x bckp,hampir 4 tahun lamanya.Dgn izin Allah,pd hari lahirnya,mak boleh berbicara spt biasa.syukur.
Gelihati pun ada ketika melihat gelagat mak.Mmg meriah waktu tu.Ank2 mak berkumpul utk meraikan hari jd nye.Bile da mula bckp ni,mcm2 lk yg dy minta.Haa..nk tau dy mintak pe,cer teka,,,hahaha...dy mtk d belikn Hp.wow!!.dgr je ape yg dy mntk,lantas en.suami pun pergi ke kedai utk mmbli apa yg mak minta.hurm...ade2 aje.Tp x pe,seronok tgk mak  hepi.
Seharian mak  x tdo.asyik bckp sehinggalah ke ptg hari.Ble da penat,mak pun tdo.Malangnya,selepas bgun dari tdo,mak da x nk brckp lg,kmbli seperti asal :(
Harap mak akan bertemu jodoh dgn penawar segala penyakitnya..
amin..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Anne Nurain