Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan

Khamis, 26 September 2013

Insurans keluarga 1 Malaysia

Assalamualaikum..
Lama dah nk tulis entry ni,tapi asik lupa je.Citer yg nk saya kongsikan ialah tentang insurans keluarga 1 m'sia.Korang ada daftar x dgn insurans ni.Kalau da,saya nk bgtau yg anda tidak boleh mengharapkan sangat dgn insurans ni dan anda harus mempunyai insurans lain dari yg ini.Tak kisah la apa2 insurans pun,skrg ni mcm2 ada.Maybank,prudential,AIA atau takaful dan byk lg.Sebab apa saya kata begitu,ini kerana kami sekeluarga dah pun mendaftar dlm insurans ini iaitu Insurans keluarga 1 m'sia.Dan dah pun mendapat manfaatnye..tp..tunggu dulu,x abis lg ni.

Beberapa bulan sblm kemalangan,en.suami telah pun mendaftar nama kami dan ank2..ye la..nama pun 1 keluarga kan.Bayaran nye memang la murah iaitu serendah Rm45 setahun..baca betul2 bkn S.E.B.U.L.A.N..tapi S.E.T.A.H.U.N.Murah kan.Kata org malang tak berbau..macam tu la yg terjadi pada saya,tanpa di duga saya di timpa kemalangan yg agak serius apabila kedua2 kaki saya patah dan terpaksa pasang besi dan skru.Saya memang x ada masuk mana2 insurans nyawa.Rugi kan..Lau korang masih blum ada gak,usahakan lah utk daftar di mana2 agen yg sah.

Hanya insurans tu je la yg saya ada utk claim..dlm sijil tu adalah tertulis peruntukkan yg bakal mangsa dapat bila berlaku apa2 kemalangan.Tak de gambar plk saya nk tunjuk.Peruntukkan yg di beri hanya Rm5k..untuk anak atau isteri sekitar Rm2k sahaja.Tak pe la..murahkan..kalau saya dpt Rm2k atau Rm1k,boleh jugak la cover kos besi dan bil hospital saya tu kan.

Ambik sijil ni di Pejabat Pos,dan nk claim apa2 melalui RHB Bank.En.suami pergi bank utk claim atas kecederaan saya,staff bank tu catit semua kecederaan yg saya alami.Panjang jugak saya nmpk dia tulis,sampai x de ruang kat borang tu.Ye lah byk sgt cedera saya kan.Dah siap semua saya harus tunggu je surat dari bank.



Haa..dlm sebulan je,saya da dapat claim.Cepat kan..hehee..tapi saya sangat terkejut giler2 dgn amount yg saya perolehi..Haa...!!! RM90 je..mula2 ingt Rm900..huhuhu..mmg x berbaloi sgt2 sebab kos besi saya je Rm800 x lepas..Dgn Rm90 apa la sgt kan,,buat tambah beli ubat saya je la..Sekarang da tau kan kenapa saya kata "anda tidak boleh harapkan insurans ini.

So..saya hanya mengharapkan claim insurans kereta sahaja yg ntah bila saya akan dapat..Harap berbaloi la dgn cedera saya ni..Saya dah mengalami kecacatan kekal pada kaki saya.Akhir kata.."Beringat sebelum kena"&"sediakan payung sebelum hujan"
Sekian.

#Nak tau kisah xcdent tu bole baca kat SINI
Anne Nurain