Memaparkan catatan dengan label Zakat simpanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zakat simpanan. Papar semua catatan

Selasa, 24 Disember 2013

Zakat

Assalamualaikum



Tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya..ada antara kita yang terlepas pandang bila da sampai hujung2 tahun ni.Yang kita ingat nak dapat bonus dan boleh pergi makan angin je.Tapi terlupa bab Zakat..

Zakat bukan untuk orang yang kaya raya je..tapi ada zakat yang sesuai untuk kita keluarkan.Zakat emas dan perak..mungkin antara kita tak lah banyak menyimpan barangan kemas kan.Kalau ada pun seutas dua je.Tu tidak di wajibkan zakat lah.

Di sini saya tak nak kongsi zakat yang berat2..yang berada di luar kemampuan kita.Saya nak sentuh bab zakat pendapatan atau simpanan.Yang bekerja,takkan anda semua tak de simpanan.Mesti ada..Sebenarnya kalau kita tahu dan ambil tahu,tak de lah banyak mana pun jumlah yang kita kena keluarkan.


Hanya 2.5% dari Rm 1000..
2.5÷100 × 1000 =???

Cepat kira..berapa yang anda perlu bayar dari Rm1000 wang simpanan anda??siapa tahu angkat tangan..hehee
Tak banyakkan..cuma RM25 je..Apa?? Rasa berat nak keluarkan banyak tu..kita penat2 simpan nak bagi kat orang pulak,,nak,cari sendiri lah..

Ishh..tak baik gitu,"Dia bukan mintak bulan2 pun"setahun sekali je.Rezeki yang kita dapat tu kan allah yang beri,apa salahnya kita kongsi sedikit dengan orang yang lebih memerlukan.Tak rugi pun..rasa rugi di dunia je..tapi untung di akhirat nanti..Rezeki pun bertambah berkat.



Kalau simpanan anda 10k,,tolak je dengan 2.5%..Ok..faham tak..kalau tak geleng kepala..hahaa..kalau anda geleng pun saya tak nampak..=)Apa yang saya tahu,kalau simpanan anda hanya ada 1k,anda masih tidak tergolong dalam orang yang wajib mengeluarkan zakat,ada hadnya.Kalau tak silap saya dalam 6k-8k nilai simpanan baru di kira wajib.(kalau saya silap tolong betulkan ok)

Pergi cek baki akaun simpanan anda,layak ke tidak?Sekiranya layak..cepat2 bayar ok..tinggal berapa hari je lagi nk masuk tahun 2014..

Selamat menunaikan rukun islam yang ke 4.
Sekian.


Ketahui lebih lanjut tentang zakat klik SINI.


Anne Nurain