Selasa, 24 Disember 2013

Zakat

Assalamualaikum



Tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya..ada antara kita yang terlepas pandang bila da sampai hujung2 tahun ni.Yang kita ingat nak dapat bonus dan boleh pergi makan angin je.Tapi terlupa bab Zakat..

Zakat bukan untuk orang yang kaya raya je..tapi ada zakat yang sesuai untuk kita keluarkan.Zakat emas dan perak..mungkin antara kita tak lah banyak menyimpan barangan kemas kan.Kalau ada pun seutas dua je.Tu tidak di wajibkan zakat lah.

Di sini saya tak nak kongsi zakat yang berat2..yang berada di luar kemampuan kita.Saya nak sentuh bab zakat pendapatan atau simpanan.Yang bekerja,takkan anda semua tak de simpanan.Mesti ada..Sebenarnya kalau kita tahu dan ambil tahu,tak de lah banyak mana pun jumlah yang kita kena keluarkan.


Hanya 2.5% dari Rm 1000..
2.5÷100 × 1000 =???

Cepat kira..berapa yang anda perlu bayar dari Rm1000 wang simpanan anda??siapa tahu angkat tangan..hehee
Tak banyakkan..cuma RM25 je..Apa?? Rasa berat nak keluarkan banyak tu..kita penat2 simpan nak bagi kat orang pulak,,nak,cari sendiri lah..

Ishh..tak baik gitu,"Dia bukan mintak bulan2 pun"setahun sekali je.Rezeki yang kita dapat tu kan allah yang beri,apa salahnya kita kongsi sedikit dengan orang yang lebih memerlukan.Tak rugi pun..rasa rugi di dunia je..tapi untung di akhirat nanti..Rezeki pun bertambah berkat.



Kalau simpanan anda 10k,,tolak je dengan 2.5%..Ok..faham tak..kalau tak geleng kepala..hahaa..kalau anda geleng pun saya tak nampak..=)Apa yang saya tahu,kalau simpanan anda hanya ada 1k,anda masih tidak tergolong dalam orang yang wajib mengeluarkan zakat,ada hadnya.Kalau tak silap saya dalam 6k-8k nilai simpanan baru di kira wajib.(kalau saya silap tolong betulkan ok)

Pergi cek baki akaun simpanan anda,layak ke tidak?Sekiranya layak..cepat2 bayar ok..tinggal berapa hari je lagi nk masuk tahun 2014..

Selamat menunaikan rukun islam yang ke 4.
Sekian.


Ketahui lebih lanjut tentang zakat klik SINI.


13 ulasan:

  1. artikel yang sangat bermanfaat makcik

    BalasPadam
  2. peringatan yg baik kak atein untuk mereka2 yg terlupa...

    BalasPadam
  3. awak paham je apa yg di maksud, tpi jujur awak puyeng sangat baca tulisan bhasa malaysia...because awak org indo je ... heheheh ;)

    BalasPadam
  4. last week pun bos Fiza pesan perkara yg sama.. jgn lupa bayar zakat...

    BalasPadam
  5. T kasih diatas peringatan & perkongsian ini.. semoga bersama kita semua beroleh keberkatanNya.. aamiin.

    BalasPadam
  6. takpe, sikit pun janji ikhlas kerana Allah...

    BalasPadam
  7. bagus entri ni.Klu x saya sndri lupa pda tanggungjwb yg ptt dilaksanakan ;) TQ

    BalasPadam
  8. sungguh ke
    haritu penah tanya dekat pusat zakat
    diorang kata tak cukup haul
    kena p tanya lagi ni

    BalasPadam
  9. berzakatlah untuk membersihkan harta kita..tq mengingati...
    wah blog dah berubah wajah laa..cantik... pandai edit yew

    BalasPadam
  10. setakat ni masih belum layak.. hehe.. :D

    BalasPadam
  11. perkongsian yg baik..
    terima kasih :)

    BalasPadam
  12. sangat bermanfaat entri ini kak.. tahun ini aiza tak bekerja, tak dapat menunaikan zakat pendapatan..

    BalasPadam
  13. dulu ada belajar tentang pembahagian zakat ni....tapi tak pasti pula tentang simpanan tu....mungkin boleh try cari info tambahan nanti...terima kasih kak share entri ni...

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain