Jumaat, 27 Disember 2013

Menanti di barzakh

Assassamualaikum..

#Repost entry

Mungkin ada yang pernah dengar lagu ni.Pada yang belum dengar,ambil sedikit masa anda.Kosongkan fikiran anda untuk menghayati setiap patah perkataan lirik lagu ni.
Yg masih punya iman pasti akan meruntun jiwa hingga tanpa menyedari terbit butir2 mutiara yg jatuh ke pipi anda.



Jom dengar.

Kumpulan Fareast.

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

~Sekian~

#Sesungguhnya mati itu pasti#
~Mungkin hari ini, esok dan akan datang~

17 ulasan:

  1. Pelik ye..aku suka..aku suka..hehee

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. lagu yg mendalam maknanya...
    termuhasabah juga adanya

    BalasPadam
  4. Nak cari kat youtube la rentak lagu ni.

    BalasPadam
  5. Sally suka lagu "Lafaz yg tersimpan" by UNIC...tu pon sedih :(

    BalasPadam
  6. terasa insaf mendengar lagu ini.. menabung inti..

    BalasPadam
  7. Dengar lagu ni, terimbau zaman waktu study dulu.

    BalasPadam
  8. Lagu ni bukan sha sedap didengar, tp maksud liriknya juga amat mendalam.. semoga menjadi renungan buat semua..
    menabung transitions & transitions sini.. :D

    BalasPadam
  9. hai atien salam kenal..
    dengar dan fahami maksud di setip lirik membuatkan hati terasa sayu..:(

    BalasPadam
  10. lagu favorite mcm form 3..:)
    tq for sharing kak atien...

    BalasPadam
  11. Syahdu dengar lagu-lagu macam ni. :)

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain