Pengalaman dan tips menghantar anak ke Sekolah bukan melayu
Assalamualaikum..
Sebenarnya saya masih demam lagi..tapi rasanya saya harus menaip entry ni sebelum persekolahan seisi 2014 bermula.Saya terdetik nak kongsikan sedikit pengalaman dan tips menghantar anak ke sekolah bukan melayu atau cina setelah membaca entry di blog mama mia.
|
Sumber |
Saya mempunyai 3 orang anak yang ke semuanya saya hantar ke sekolah cina.Mereka saya hantar dari sejak tadika lagi.Saya memilih sekolah cina ni sebab banyak kelebihannya dari sekolah biasa terutama cara pembelajaran dan displin.Lagi satu ialah kerana ia satu bonus untuk memudahkan mendapat pekerjaan pada masa akan datang.Perniagaan sekarang di pelopori oleh masyarakat cina,,boleh jadi kita di tipu kerana mereka fikir kita tak faham bahasa yg mereka gunakan.
Anak pertama saya kini berusia 12 tahun pada 2014 dan alhamdulillah fasih berbahasa mandarin.Kalau saya pergi ke kedai cina,saya akan suruh anak saya dengar apa yg mereka cakap dlm bahasa mandarin dgn customer sebangsanya.Takut di tipu harga.hehee..Al maklumlah mama dia tak faham.
Pengalaman di tipu semasa membeli dvd dgn memberikan harga lain kepada customer sebangsanya.Cakap dengan kita 3 pcs Rm10,tapi dgn org cina 4 pcs Rm 10..nampak tak?kena tipu tu,bila cakap kenapa boleh bagi org tu 4 Rm10,terus terkejut sebab tak sangka kita faham..hahaa padan muka..terus bagi harga yang sama.
Lagi satu pengalaman kawan yang bekerja,customer cina datang cakap dgn staff yg juga berbangsa cina yg dia tak nak servis atau di layan dgn orang melayu sebab orang melayu "Pentan"..nasib tak baik sebab kawan saya faham berbahasa mandarin..Tau tak "pentan"tu apa..??maksudnya "Bodoh".Terus merah padam ah soo tadi.
Saya ada kawan berbangsa india yg fasih juga berbahasa cina.Dia pernah di kutuk dgn orang cina semasa menaiki bas sebab muka dia yang berjerawat..tapi kawan saya ni diam je walaupun geram dalam hati.hihi
Di sini nak kongsikan sedikit tips jika anda menghantar anak2 anda ke sekolah bukan melayu/cina.
1.Makanan-jika tadika,anda harus ambil tahu siapa tukang masaknya..berbangsa apa?
Kerana apa yang akan masuk ke dalam mulut anak anda akan jadi darah dagingnya.Walaupun mereka kata mereka tak masak babi atau apa2 je yg haram bg kita,,jangan mengiyakan je sebab mereka kadang2 guna minyak babi dan sebagainya,time dia masak pun bukan kita nampak kan.Nak selamat bawa bekal dari rumah je.
Jika yang masak warga indonesia sekalipun,biasanya dia akan ikut je apa yang tuan dia suruh masak.So hati2.Pengalaman anak pertama sakit di bahagian kelenjar leher sehingga tak boleh memusingkan kepala memang membuatkan saya lebih berhati2.Buat pemeriksaan di klinik dan doktor kata anak saya kena jangkitan Virus dan allergic..Owhhh..tidak..saya tak tahu dari mana datangnya virus tu.
Nak di jadikan cerita ada seorang cikgu berbangsa melayu di sekolah tu memberitahu dia selalu nampak anak saya makan bubur ayam cina di sekolahnya.Bila di tanya,begini jawabnya"anak awak suke bubur ni,saya bagi lah.."
Walaupun anak saya sudah di sjkc yg mempunyai kantin,saya tetap membekalkan makanan dari rumah sebab tukang masaknya berbamgsa indonesia.Kalau hati tak yakin..lebih baik bawa bekal lebih terjamin rasanya.
2.Kelas agama- Di tadika memang tak de kelas agama seperti mengaji dan sebagainya.So..kita kena rajin meluangkan masa untuk ajar anak kita mengenal huruf2 jawi.
Bila da ke sekolah rendah,mata pelajaran agama memang ada,tapi tak cukup sebab tidak tertumpu pada subjek lain seperti di sekolah agama.So hantarlah anak anda ke sekolah agama juga.Walaupun bila berada di Sjkc,anak anda akan pulang dari sekolah sekitar jam 3 petang.Saya buat permohonan di sekolah agama untuk anak saya masuk lewat..alhamdulillah di terima.
Kalau berkemampuan hantar lah ke kelas agama swasta.
Ini untuk ilmu akhirat anak anda,kita sendiri bukan ada masa nak mengajar ilmu tasauf,sejarah islam,ibadat,tauhid dan sebagainya.
Semuanya terletak di tangan anda,anda yang mencorakkannya.
Sekian.
mama juga menghantar anak ke sekolah cina, banyak pengorbanan kak bila menghantar anak ke situ... alhamdulillah, buat masa ni yang mama perlu kejar tentang ilmu agama saja.....
BalasPadamapapun nice sharing kak!!..... semangat kita demi masa depan mereka harus kita kuatkan...
Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
ish2xx..teruk lah mcm tu akak......btw tips yg bagus....
BalasPadamBagus info ni.Tq2 kdg2 bnda2 mcm ni la ibu2 terlepas pandang kan kak.
BalasPadamPendidikan anak & bimbingan dari kita sememangnya sgt penting. Bahang musim persekolahan sudah terasa.. semoga dipermudahkan segalanya dgn sepenuh kebaikan.. aamiin. :)
BalasPadamsangat bagus ^_^ acik kalau ada anak nanti memang nak hantar ke sekolah cina
BalasPadamSeronoknya bila fasih berbahasa cina. Orang kutuk ke orang tipu kita faham. Tapi kita cuma kena titikberatkan soal makan dan pembelajaran agama sahajalah ya akak! :D
BalasPadamAs'salam. Sis Atien. saya dulu pernah sekolah cina. dari tadika lagi masa umur 4 tahun. bila pindah tempat baru, saya ditadikakan di tadika kemas. bila darjah satu, ibu ayah saya hantar ke sekolah cina sampai darjah 6. memang best sangat. tapi yang tak bestnya balik pukul 6 lebih sebab ada tuisyen. bergantung kepada sekolah lah tuisyen tu. tapi sekarang mcm dh takda tuisyen. Setiap pagi wajib bersenam ramai-ramai ikut senaman cina siap ada lagu lagi. hehe. Cikgu dia semua garang2. Kerja sekolah banyak. Memang betul2 disiplin lah. tapi saya tetap pakai baju kurung dan tudung. kelas music/moral digantikan dengan kelas agama. ada kelas khas untuk belajar agama. surau takda tapi kelas kitorang selalu dijadikan tempat solat masa nak tuisyen sbb tak balik rumah. cuma ibu/ayh bawakan bekal. Rehat pun bawa bekal. tapi dulu selalu beli dkt kantin.. beli coklat apolo.. Guru besar dia best sangat. Ambil berat ank2 melayu mcm saya. saya mandrin tak berapa. setiap kali kena pergi bilik dia buat karangan mandrin. kalau tulisan yg sy tak tahu tu dia suruh tulis bm. pastu nanti dia ajarkan. Memang best sangat!!!! :)) walaupun dia selalu bz. kadang2 tu ada tetamu dlm bilik dia pun dia sempat tgk2kan saya :) semua adik beradik saya sekolah cina. hehe. sekarang umur sy 16. still boleh b'tutur mandrin. cuma tulisan tu lupa sbb tak amik dah subjek mandrin bila menengah. memang betul org cina selalu kutuk. byk kali dh saya dgr. hehe. sebenarnya byk lagi nak share pengalaman ni.. hehe tapi nanti lah ^^ dah maghrib..
BalasPadam@Shira Nurank akak yg first.kerja sek mmg byk dik,tapi tu masa format KBSR..skrg da KSSR ank akak no 2..x de ujian tiap2 bln da.sains dan math dlm bhsa cina je x mcm KBSR..ada bhasa inggeris dan cina.sek ank akak pun x de surau,tp bilik komputer djadikan surau sementara.Baju plk ank akak pun pkai baju kurung dan tudung tp masih ada murid yg da darjah 5-6 masih bergaun..brgantung pd pndidikn ibu bapa juga.
BalasPadam@Niena Reenbetul tu niena..makanan tu penting sbb jd darah daging x nk ank2 sampai termakan benda2 haram.kelas agama tu pun pnting tp ada juga yg ibu bapa tak menghantar ank mereka ke sek agama.
BalasPadamAku pun klu kat tanjung ade sek cina mmg aku nk je masukkn sek cina tp xde lak. Nak anto bando kota jauh pulak pegi balik.
BalasPadammemang satu bonus akak dapat menguasai bahasa ke-3.. ada kwn satu kelas dgn sy dulu dr sekolah cina juga,memang pandai sgtlah. setiap kali exam pasti dpt straight A..tapi bab makan tu mmg kena berhati2 lah kan.. :)
BalasPadamtq atien berkongsi pengalaman...sedikit banyak akak ambil sebagai panduan... bab makan mmg akak dah bincang... n nnt nak pergi lg ke tadika tuu tanya n berkenalan dgn tkg masak...hahahahah... ialah..kekadang..anak kita ni..nak makan benda yg sama dengan kawan kawan dia kan..kalau dah dapat menu.., seng skit kalau akak nak buat bekal..ehe...tq atien...atas entry ini...
BalasPadambagus akak publish entry mcm nie.. Fiza ngk parent sekarang ramai yg hantar anak ke skolah cina..byk manfaatnye
BalasPadambagus perkongsian macam ni
BalasPadamsaya belum ada keberanian nak hantar anak ke
sekolah bangsa lain...hehe =)
sangat bermanfaat perkongsian ni kak.. perlu dipantau juga dari segi pemakanan dan ajaran agama anak kita kan.. menabung inti.. :D
BalasPadambagusnya kak...sally dgn kakak sally pun cadang nak hntr "future child" kat SJKC...sally nak atleast dia ada 2-3 jenis bhs...mcm omak ehh...tau bhs melayu je..hahahhaa
BalasPadambagus juga kan kak, sekurang2nya anak tu dah tahu banyak bahasa....tapi bab pemakanan dengan agama tu memang kena pantau..kena tahu....sebab penting sangat untuk kita sebagai orang Islam :)
BalasPadamKebanyakan anda adalah ibu-bapa yang punyai anak yg bersekolah Cina. Berbanding saya & isteri bersekolah Cina dan belajar sehingga ke univeriti dalam bahasa Mandarin di Taiwan. Anak-anak semuanya bersekolah Cina. Tetapi tidak semuanya dapat menjejaki apa yg kami lalui.
BalasPadamSebagai orang yg pernah melalui kepayahan utk belajar bahasa Mandarin dan mengajar anak-anak serta pelajar2 universiti tempatan yg mengambil subjek bahasa Mandarin (spt Uitm dan Unisel), saya telah melancarkan sebuah e-book Mandarin yg sesuai utk pelajar2 tahun 1-3 serta ibu-bapa yg mahu belajar bahasa Mandarin.
Sebenarnya e-book Mandarin ini dikhususkan untuk menjadi bahan2 rujukan kepada para siswa yg mengambil subjek bahasa mandarin di IPT. Tetapi ia juga sesuai utk semua peringkat.
Sila layari www.ebookmandarin.com
Untuk mendapatkan tulisan2 yg berbentuk ilmiah pula sila ke http://hisemudinkasim.blogspot.com
nice info tuan! :)
Padamgood tips and sharing...tq so much sis!
BalasPadamSaya nk tnya pendapat..perlukah sy hantar anak saya ke tadika berbahasa cina sebelum dia sekolah darjah satu dia SJK (C)? Takut dia x bole bawa pelajaran dia n culture shock ke..utk makluman, anak saya sekarang belajar di Smart Reader Kids dan Mandarin salah satu subjek yg diajar..terima kasihhhh..
BalasPadamKalau take tipu dia bukan Cina..pernahtak Cina dtg workshop or kedai di usahakan melayu or India..APA mcm pun dia org cari bangsa sendiri..yg kita kalau boleh support bangsa sendiri .jgn tolong bangsa cina yg tak kenang budi...
BalasPadamSaya rasa kalau dah ada asas mandarin in Sha Allah boleh pergi..
BalasPadamKena bawak bekal la ye. Baru hilang was2 anak mkn apa kat sekolah
BalasPadamslam
BalasPadamsya sekag menghantar anak sulung saya ke satu kindergarden cina
dan 4bualn
dia besekolah di sini
cumanya saya risau dia ke diketepikan oleh cikgu atau kawan2 memandangkan dia sorang sahaja melayu di situ
tetapi anak saya takda complain pasal cikgu atau kawan2 dia,selalunyaa saya tgok ank saya kadg2 tak ke sekolah
sya risau cikgu di situ tidak memberi perhatian pada dia
atau mungkin hanya diajar smbil lewa .
apa patut saya buat ?
saya terpikir tahun hadpan tukarkan ke little calips ..buntu sgt....
Salam puan.untuk sekolah agama puan hantar di mana?di sekolah kebangsaan yer?boleh ke?
BalasPadam