Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Rabu, 25 Disember 2013

Pengalaman dan tips menghantar anak ke Sekolah bukan melayu

Assalamualaikum..
Sebenarnya saya masih demam lagi..tapi rasanya saya harus menaip entry ni sebelum persekolahan seisi 2014 bermula.Saya terdetik nak kongsikan sedikit pengalaman dan tips menghantar anak ke sekolah bukan melayu atau cina setelah membaca entry di blog mama mia.

Sumber

Saya mempunyai 3 orang anak yang ke semuanya saya hantar ke sekolah cina.Mereka saya hantar dari sejak tadika lagi.Saya memilih sekolah cina ni sebab banyak kelebihannya dari sekolah biasa terutama cara pembelajaran dan displin.Lagi satu ialah kerana ia satu bonus untuk memudahkan mendapat pekerjaan pada masa akan datang.Perniagaan sekarang di pelopori oleh masyarakat cina,,boleh jadi kita di tipu kerana mereka fikir kita tak faham bahasa yg mereka gunakan.

Anak pertama saya kini berusia 12 tahun pada 2014 dan alhamdulillah fasih berbahasa mandarin.Kalau saya pergi ke kedai cina,saya akan suruh anak saya dengar apa yg mereka cakap dlm bahasa mandarin dgn customer sebangsanya.Takut di tipu harga.hehee..Al maklumlah mama dia tak faham.

Pengalaman di tipu semasa membeli dvd dgn memberikan harga lain kepada customer sebangsanya.Cakap dengan kita 3 pcs Rm10,tapi dgn org cina 4 pcs Rm 10..nampak tak?kena tipu tu,bila cakap kenapa boleh bagi org tu 4 Rm10,terus terkejut sebab tak sangka kita faham..hahaa padan muka..terus bagi harga yang sama.

Lagi satu pengalaman kawan yang bekerja,customer cina datang cakap dgn staff yg juga berbangsa cina yg dia tak nak servis atau di layan dgn orang melayu sebab orang melayu "Pentan"..nasib tak baik sebab kawan saya faham berbahasa mandarin..Tau tak "pentan"tu apa..??maksudnya "Bodoh".Terus merah padam ah soo tadi.

Saya ada kawan berbangsa india yg fasih juga berbahasa cina.Dia pernah di kutuk dgn orang cina semasa menaiki bas sebab muka dia yang berjerawat..tapi kawan saya ni diam je walaupun geram dalam hati.hihi

Di sini nak kongsikan sedikit tips jika anda menghantar anak2 anda ke sekolah bukan melayu/cina.

1.Makanan-jika tadika,anda harus ambil tahu siapa tukang masaknya..berbangsa apa?

Kerana apa yang akan masuk ke dalam mulut anak anda akan jadi darah dagingnya.Walaupun mereka kata mereka tak masak babi atau apa2 je yg haram bg kita,,jangan mengiyakan je sebab mereka kadang2 guna minyak babi dan sebagainya,time dia masak pun bukan kita nampak kan.Nak selamat bawa bekal dari rumah je.

Jika yang masak warga indonesia sekalipun,biasanya dia akan ikut je apa yang tuan dia suruh masak.So hati2.Pengalaman anak pertama sakit di bahagian kelenjar leher sehingga tak boleh memusingkan kepala memang membuatkan saya lebih berhati2.Buat pemeriksaan di klinik dan doktor kata anak saya kena jangkitan Virus dan allergic..Owhhh..tidak..saya tak tahu dari mana datangnya virus tu.

Nak di jadikan cerita ada seorang cikgu berbangsa melayu di sekolah tu memberitahu dia selalu nampak anak saya makan bubur ayam cina di sekolahnya.Bila di tanya,begini jawabnya"anak awak suke bubur ni,saya bagi lah.."

Walaupun anak saya sudah di sjkc yg mempunyai kantin,saya tetap membekalkan makanan dari rumah sebab tukang masaknya berbamgsa indonesia.Kalau hati tak yakin..lebih baik bawa bekal lebih terjamin rasanya.


2.Kelas agama- Di tadika memang tak de kelas agama seperti mengaji dan sebagainya.So..kita kena rajin meluangkan masa untuk ajar anak kita mengenal huruf2 jawi.

Bila da ke sekolah rendah,mata pelajaran agama memang ada,tapi tak cukup sebab tidak tertumpu pada subjek lain seperti di sekolah agama.So hantarlah anak anda ke sekolah agama juga.Walaupun bila berada di Sjkc,anak anda akan pulang dari sekolah sekitar jam 3 petang.Saya buat permohonan di sekolah agama untuk anak saya masuk lewat..alhamdulillah di terima.

Kalau berkemampuan hantar lah ke kelas agama swasta.
Ini untuk ilmu akhirat anak anda,kita sendiri bukan ada masa nak mengajar ilmu tasauf,sejarah islam,ibadat,tauhid dan sebagainya.

Semuanya terletak di tangan anda,anda yang mencorakkannya.
Sekian.

Ahad, 17 November 2013

Tamat persekolahan seisi 2013

Assalamualaikum..

Seisi persekolahan 2013 dah pun melabuhkan tirainya..maka bermulalah cuti sekolah yg panjang sblum memulakan seisi baru pada tahun 2014 akn dtg..Jika di izinkn insha allah akn ada 2014 utk saya sekeluarga..

Tak de plan lg nk ke mana2 sbb byk pula kenduri kawen time cuti2 ni..Alif pulak nk berkhatan..insha allah,da bujang ank saya ni kan.

Saje nk kongsi gambar anak sekolah tahun 2013 ni..jom tgk..hehee

Alif 11 tahun

Alahai..tengok tu kecik je alif kan,kawan2 semua besar2..darjah 5 mcm darjah 3 je badannya.Anak saya memang semua kecik2 la..lau ikut en.suami berbadan besar..tp x de yg ikut plk jejak abah dia.

Alya 7 tahun
 Alya ni,lagi la kecik..size badan mcm budak tadika...dgn adik dia tinggi beza dlm 2 inci je..angkat beg sekolah pun x kuat tau..kena pakai yg ada roda.Tahun dpn kelas tgkt atas pulak..x tau mcm ne dia nk angkat beg dia tu..Al-maklumlah sek cina ni byk bukunya.
Dekat sek,selalu kena dukung dgn kawan2 abg dia tu..hehee..Dia pun ada tanya,kenapa dia tak besar2..hahaa..bila ckp dgn kwn2 mesti kena dongak..

Alisha 5 tahun

Alisha,badan lebih kurang kakak dia je..kat rumah mulut x reti diam mcm kakak dia..pot pet..pot pet..tapi sampai sek,jadi budak yg paling diam kat kelas..cikgu kata duduk diam je,,x mcm bdk lain..huhu..bila saya tanya..dia kata malu..alahai..Tahun depan da 6 tahun..

Harap semua anak2 mama berjaya dunia akhirat..boleh bantu mama dan abah di akhirat kelak.amin..insha allah.


Rabu, 9 Oktober 2013

Annual konsert 2013 @ Eduwis Education

Assalamualaikum


Pada hari ahad yg lepas,my princes Alisha telah terlibat dlm 1 konsert akhir tahun sekolah yg diadakan di hotel crystal crown Klang.Majlis bermula dari pukul 1:30 ptg.Kami sekeluarga turut serta menyaksikan acara dan persembahan konsert tersebut.

Pentas konsert
Persembahan di mulakan dgn nyanyian dan tarian yg di iringi dgn mainan piano yg di mainkan oleh murid sekecil 5tahun,memang menarik.

Rakan2 alisha dlm tarian.
Haa..yg pakai scarf tu la alisha,baju yg cikgu bg tu agak seksi.Baju tanpa lengan ditambah pulak dgn bhgn belakang yg kosong dan terdedah.Huhuhu..maluu..al maklumlah anak saya ni sek cina,so ikut je la..tp cikgu di eduwis ni memahami status ank saya,maka di benarkanlah memakai ikut kesesuaian.Hehee..saya pakaikan bju tu dgn inner.Tapi ada jugak murid2 melayu yg pakai mcm tu je,bergantung pada cara didikan ibu bapa mereka lah.

Persembahan tarian alisha dan kawan2
Ni je gambar yg ada,tu pun copy dari fb sek.Nak ambik sdri susah sebab ramai org dan tak di benarkan berdiri..dalam hotel la katakan.Seronok bile tgk alisha menari tu kalau kat rumah suruh buat tak nak,malu katanya,,tp depan saya je la.Kalau dengan kakak dia,,tak malu la pulak.heheee

Candid,,comel x?
Hampir 3 jam konsert ni berlangsung masih tak habis lg,,nasib baik kat hotel ni ada surau,kami keluar sekejap menunaikan solat zuhur.Selesai solat rasa x larat pulak nak menunggu,turn alisha da selesai..

Alisha bersama kawan dan kakak alya
Setelah di beri kebenaran oleh cikgu untuk pulang,kami pun balik..tak tunggu sampai habis pun..
Selesai~~

Isnin, 7 Januari 2013

FIRST DAY

Pic ni, snap mase first day.cer tgk, nmpk hepi je kn.


Haa..kali ni tgk lak ragam Alisha.Anak bongsu la katakan,, lain sgt.Sebelum naik sek aritu, dy cukup xcited nk ke sekolah.Apa kakak dy bli, semua dy nk jugak.Padahal tadika je.Tadika pilihan kali ni ialah EDUWIS EDUCATION.Mula2 nk masukkan kt sek kakak dy dulu, ble pk2, x nk la, coz terlalu ramai murid india hingga kakaknye dulu terikut2 sleng tamil tu.
Tadika cina mmg byk, coz yg benarkan ank pakai tudung ni susah cikit la.Cari punye cari, jumpe la tadika ni.alhamdulilah..bole pakai tudung.Abah nye mmg suruh ank2 bertudung dri kecik, lau ikut mama dy mmg x kisah la..hehee
Hari first masuk sek, Alisha mmg xcited, tp sampai je sek, dy mcm takut cikit..pstu ok.Esoknya pulak, dy happy,,"mama,, seronok la sek ctu, eisy da pandai" katanya la..( 0oo..bgs la tu ).Tetbe...masuk je hari ketiga, dy da mula x nk sek.menangis la pulak..huwaaaaa...mcm ne ni..dy suruh tunggu, eh, ne bole kn.x pe tggu kjp, cikgu bg maen lego, tgk dy leka je, kitaorang pun blik la..masa ambik pulak, dy ckp td nangis kjp je..Huhuhu..gitu lk.
Cuti pulak 2 ari,, smbg ari isnin, ingat da ok da..tp nangis gak, x bg mama dy blik,, Huhuhu..yg ni lg teruk.1 jam gk la menunggu,, muke asyik tgk mama dy je,(takut mama dy blik la tu).Pujuk2 x mau,, lastly janji mama nk bg barbie doll yg siap ngan peti sejuk tu..hurm..no choice..ok la..dpt la blik...ye,, hihiiii..dy bg..apapun harap ni hanya permulaan je ye..lau ari2 x moh lorr..
Published with Blogger-droid v2.0.9

HARI ORIENTASI

Lama rasanya x update blog ni..ye la sibuk dgn persiapan sek ank2.Pd 31, Dis yg lalu, alya da start orientasi utk darjah 1.pukul 6 pg lg da bgun, xcited btul.mama dy ikut jugak, coz nk tau & lihat keadaan kt sek tu, walaupun sblum ni abgnye Alif da pun bersekolah dctu.
Sekolah pilihan adalah SJKC TIONG HUA KOK BIN, dari tadika lg, ank2 mmg semua sek cina.ni lah pilihan abah dy, nk tgk ank bole berbahasa mandarin.Al maklumlah, dunia bisness ni, dipelopori oleh org cina, t senang berurusan.kami mmg org bisness..hehee..
0k, kita sambung citer alya td.Nmpk gaya alya seronok sekolah, walaupun kwn2 sume baru.Boleh menyesuaikan diri dgn tmpt baru.alhamdulilah..
Yg menarik minat kt sekolah ni, adalah penggunaan ECO SMART, iaitu pmbelajaran sume subject dlm komputer.Mama dy tgk pun da rasa seronok  canggih btul zaman skrg ni.
Smoga alya akan bertambah semangat ke sekolah dan dpt yg terbaik dari semua aspek,, Gud luck
ni lah kelas alya, 1 H


Haa.yg ni la Eco Smart, menarik kn.

Ahad, 4 November 2012

ANNUAL CONCERT GRADUATION

Akhir tahun bg persekolahan da sampai,biasa la..sek2 akn mengadakan annual concert mcm ni.Ni sek Alya,anak aku yg kedua.Mmg best tgk performance ank2 kn.Alhamdulilah masih beri kesempatan utk melihat ank2 membesar.jom la kita layan pic kt bawah ni..antara detik2 konsert ni..~layan~~

Alya dengan kawan2,tgk tu ramai nye bdk2 india,
ni sek cina,tp da Nmpk mcm sek tamil lk.

Ni plk,masa terima sijil n piala pertandingan mewarna

Hehee...cute x?ni acara tarian melayu.


Kawan2 Alya,hahaha..yg paling ketot.x pe..
Awet muda..

Ni nk wt show tarian english.
Anne Nurain