Sabtu, 7 Disember 2013

FOBIA

Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya.

kredit;google
Adakah anda pernah mengalaminya?
Sebenarnya saya sendiri mengalami fobia..fobia nak memandu kereta ataupun motosikal.Walaupun da hampir 9 bulan kejadian yang membuatkan saya fobia ini berlalu,tapi perasaan tu masih melekat lagi dalam diri..Sape boleh tolong atau tahu cara2 nak hilangkan rasa fobia saya ni.

Sejak tragedi kemalangan yang mengakibat kedua2 belah kaki saya patah menyebabkan saya fobia untuk memandu.Saya tak pasti apa yg saya rasa ini fobia atau bukan.Sebagai contoh..walaupun saya hanya menjadi penumpang di dalam kereta,,bila kereta yg di pandu oleh En.suami memotong apa saja kenderaan di jalan raya..perut saya mula kecut..kaki dan tangan spontan terangkat...hahaaa...boleh bayangkan tak?.Mata saya tak berani nak memandang keluar tingkap kenderaan,sebab saya jadi seakan stress.Saya lebih rela mengadap tablet sepanjang perjalanan selagi belum sampai ke destinasi.

Bila nampak lampu brek kereta di hadapan saya,,saya mula panic dan cepat2 suruh en.suami menekan brek juga.Tapi En.suami buat tak tau je..hehee..saya yang lebih2..sampai anak2 saya cakap "apalah mama ni,macam tu pun takut,tak ada apa2 lah"...ntah lah..ngeri je rasanya.

Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru,jadi saya kena cuba untuk memandu semula,,nak bawak motor memang tak kot..Kalau kereta tu mungkin lah.Saya rasa takut nak melintas,kalau memandu takut nak melintas,kang marah pulak pemandu belakang saya kalau saya stop lama2 kat simpang kan..Tu yang buat saya rasa arghhhh...rasa macam nak letak sticky je lekat kat cermin belakang kereta macam ni,boleh ke..hihii


Sebenarnya agak susah kalau x boleh memandu ni..Nak ke mana2 kena tunggu en.suami hantar,sedangkan dia sibuk je..nak beli telur ke kedai pun nak tunggu en.suami balik..Ermm jawabnya tak jadi masak la kan..

Nak shopping lagi lah x boleh,biasalah perempuan mcm saya ni memang suka shopping2 ni..hihii..anak2 sekolah pulak tak dapat nak ambik.Balik tadika pukul 12,,tapi tunggu en.suami ambik dalam pukul 1:30,kesian kan..Nak suruh org ambik memang x de sebab sekolah tadika anak saya jauh..x de geng yg dekat2 dgn rumah.Kalau yg sek rendah tu memang ada org tolong ambik..

Hmmm,x lama lagi sek..macam mana nak hilangkan fobia saya ni..tolongggg.


12 ulasan:

  1. Fobia ni mmg susah juga nk hilang.. dulu sy pernah terserempak dgn ular, bila kt rumah asyik teringat je smpaikan tali pinggang pun teringat2 ular.. skrng dah ok, tp masih ada juga fobia tu huhuu.. semoga Atien dpt melawan perasaan fobia tu.. lawan tau.. all the best.. :D

    BalasPadam
  2. Fobia ni dia kena lawan. Tak boleh manjakan.. Tapi iyalah kan susah juga.. Saya pulak fobia dengan clown dulu2. Sekarang tak tahulah.. Macam lawak ja kan dengar.. >.<

    BalasPadam
  3. Sya smpai skrg fobia xleh bwk moto..sbb pnh eksiden dgn anjing smpai kena jahit 4 kat kaki..rasa nk pitam masa tu tgk darah..huhu..dgn ank ptung pun sama kak..sjk tgk ceta chucky...wuuu..

    BalasPadam
  4. mummy fobia tgk darah.. mau pitam bila tengok darah orang, pengsan tgk darah sendiri..

    BalasPadam
  5. kak kena cuba lawan.. mula-mula biasakan diri memandu semula dengan ditemani oleh hubby kak.. boleh letak sticker P di kereta.. lama-kelamaan insya-Allah akan hilang.. itu cadangan aiza saja.. semoga semangat kak kuat untuk melawannya..menabung inti dan transition.. :D

    BalasPadam
  6. Mak sy pun fobia nk drive. Gara2 dia tengok accident ngeri dpan mata. Sampai skrg berbelas tahun tak drive kereta lgsung. Apapun kne lwn jgak kak. Mmg susah tp kne kuatkan semangat. Huhu.

    BalasPadam
  7. @aisyaowh..lama tu..ni fobia yg kekal ni..

    BalasPadam
  8. @Niena Reenhehee..dgn clown??rupa dia ngeri ea..

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain