Khamis, 26 September 2013

Insurans keluarga 1 Malaysia

Assalamualaikum..
Lama dah nk tulis entry ni,tapi asik lupa je.Citer yg nk saya kongsikan ialah tentang insurans keluarga 1 m'sia.Korang ada daftar x dgn insurans ni.Kalau da,saya nk bgtau yg anda tidak boleh mengharapkan sangat dgn insurans ni dan anda harus mempunyai insurans lain dari yg ini.Tak kisah la apa2 insurans pun,skrg ni mcm2 ada.Maybank,prudential,AIA atau takaful dan byk lg.Sebab apa saya kata begitu,ini kerana kami sekeluarga dah pun mendaftar dlm insurans ini iaitu Insurans keluarga 1 m'sia.Dan dah pun mendapat manfaatnye..tp..tunggu dulu,x abis lg ni.

Beberapa bulan sblm kemalangan,en.suami telah pun mendaftar nama kami dan ank2..ye la..nama pun 1 keluarga kan.Bayaran nye memang la murah iaitu serendah Rm45 setahun..baca betul2 bkn S.E.B.U.L.A.N..tapi S.E.T.A.H.U.N.Murah kan.Kata org malang tak berbau..macam tu la yg terjadi pada saya,tanpa di duga saya di timpa kemalangan yg agak serius apabila kedua2 kaki saya patah dan terpaksa pasang besi dan skru.Saya memang x ada masuk mana2 insurans nyawa.Rugi kan..Lau korang masih blum ada gak,usahakan lah utk daftar di mana2 agen yg sah.

Hanya insurans tu je la yg saya ada utk claim..dlm sijil tu adalah tertulis peruntukkan yg bakal mangsa dapat bila berlaku apa2 kemalangan.Tak de gambar plk saya nk tunjuk.Peruntukkan yg di beri hanya Rm5k..untuk anak atau isteri sekitar Rm2k sahaja.Tak pe la..murahkan..kalau saya dpt Rm2k atau Rm1k,boleh jugak la cover kos besi dan bil hospital saya tu kan.

Ambik sijil ni di Pejabat Pos,dan nk claim apa2 melalui RHB Bank.En.suami pergi bank utk claim atas kecederaan saya,staff bank tu catit semua kecederaan yg saya alami.Panjang jugak saya nmpk dia tulis,sampai x de ruang kat borang tu.Ye lah byk sgt cedera saya kan.Dah siap semua saya harus tunggu je surat dari bank.



Haa..dlm sebulan je,saya da dapat claim.Cepat kan..hehee..tapi saya sangat terkejut giler2 dgn amount yg saya perolehi..Haa...!!! RM90 je..mula2 ingt Rm900..huhuhu..mmg x berbaloi sgt2 sebab kos besi saya je Rm800 x lepas..Dgn Rm90 apa la sgt kan,,buat tambah beli ubat saya je la..Sekarang da tau kan kenapa saya kata "anda tidak boleh harapkan insurans ini.

So..saya hanya mengharapkan claim insurans kereta sahaja yg ntah bila saya akan dapat..Harap berbaloi la dgn cedera saya ni..Saya dah mengalami kecacatan kekal pada kaki saya.Akhir kata.."Beringat sebelum kena"&"sediakan payung sebelum hujan"
Sekian.

#Nak tau kisah xcdent tu bole baca kat SINI

Rabu, 18 September 2013

Testing Royal Expert Whitening Cream



Semua wanita nak kan penampilan yg cantik dan menarik,bkn untuk menunjuk2 tapi ia adalah untuk membantu kenyakinan diri bila tampil di khayalak ramai.Bila wajah dan kulit kita bermasalah,mungkin ia akan membuat kita merasa rendah diri.
Dah macam2 produk kecantikan yg saya guna.Dari yg murah sampailah yg mahal harganya.Pantang saje bila tgk iklan2 tentang produk baru,pasti rasa ingin mencubanya. Bukan saya saje begini,mungkin ramai wanita seperti saya juga teruja dgn mcm2 produk yg sedang hangat di pasaran.

Antara produk yg dah saya cuba byk sebenarnya,tapi yg saya ingt paling lama saya guna ialah NV,tau tak?meh saya bgtau..yg jutawan kosmetik mati di bunuh tu.Produk ni mmg ok kalau kita rajin,saya ni kadang2 hangat2 taik ayam je bila teruja nk cuba,,da lama2 mls.Yg saya x selesa pki ni adalah toner dia sbb pedih dan mengelupas.Tengok adik pakai NDZ,muke dia cantik,saya pun gatal nk mencuba..tp x lama sbb saya tak suke krim nye yg agk berminyak.so..saya stop.Try safi rania plk sbb gagal kawal nafsu..hehee..tp tu la..kejap je.Nano white,loreal pun dah.Akhirnya saya berbalik smula menggunakan NV.hahaha..tu pun kejap pki kejap x.

Mungkin sebab perangai saya yg malas sgt2 nk tempel2 muka saya ni,saya try vitamin c MAIXARA,,byk beli smpi 3 botol,,blum abis sebotol saya xcdent dan terhenti di situ.Selepas saya xcdent terus x de pki apa2 produk pun.Muka saya di tumbuhi jerawat pasir yg agak byk,dan sesekali jerawat batu yg besar.arghhhh..teruknya.

Terdorong nk mencuba DNARS sbb kawan jual tp pki krim malam je..rasa x sesuai la plk,lgpun kulit muka saya ni kering.Tak lama tu keluar plk TANAKA bedak sejuk tu,,hmmm beli lg..pki x abis,mula malas da.Teruk betul saya ni kan.

Bila kulit muka semakin merisaukan,saya mula tercari2 produk apa pula yg saya nk cuba..tgk kt FB mcm2 produk ada,tgk testimoni tu saya mmg x caya sgt sbb gmbr tu mgkn edit2 je,biasanya indah kabar dari rupa kan..So..setiap produk yg nk saya beli saya akan baca komen2 pd produk tu dan saya research kt google pasal REWC ni,,byk jugak owner blog2 yg citer pasal krim ni mmg berkesan.Sehinggalah saya rasa teruja nk mencuba REWC ni.

Dah fikir byk kali saya pun beli dan cuba..Ada gk kakak ipar tegur nmpk mcm putih plk muka saya ni,katanya mgkin saya lama x keluar rumah..hihihi.saya x ckp la saya pki REWC sebab baru lg..biar la lama ckit kn bru nk share2.

Ada beza ke,sama je

Ni betul2 punye gmbar,no edit2.saya hanya menggunakan krim sahaja tanpa bedak pun.Kalau pakai bedak lg cantik kot.hihihi...Harga produk ni 1 set ialah RM160 iaitu sabun,Pencuci muka dan krim.Harga utk krim saje Rm120.berbaloi ke?hanya cuci dan pki krim yg sama siang dan mlm..Nk tau bole try sdri la..Ada nmpk perbezaan ke?kulit saya kelihatan sedikit  cerah dan lembab dari sebelumnya atau saya je yg pasan.hahaha..

Dan skrg kawan saya memperkenalkn pula pada saya produk baru iaitu Produk Kak Engku,katanya berkesan dan dia da pun menggunakannya.Baru 1 mggu da nmpk hasilnya.Saya mula goyah..huhuhu..adakah saya harus meneruskan REWC yg saya pki skrg beberapa bln lg,atau bila da abis saya bole try produk lain plk..huhu?HELP ME!!

Kalau nk bli REWC bli kat link INI
Anne Nurain