Ahad, 26 Januari 2014

Hati Mama Berbunga-bunga



Ehem..ehem..malu pulak nak cerita ni..ihiks >_<.Apa je yang buat hati ni berbunga-bunga tu ye.

Gambar hiasan:google
Jumaat lepas,saya ke sekolah untuk mengambil wang bantuan sekolah Rm100 tu.Saya pergi agak lewat sebab tak di beritahu oleh anak saya.Dalam pukul 11:30pg baru saya tahu,tu pun anak saya buat panggilan dari sekolah meminta saya datang segera ke sekolah.

Saya terus bersiap untuk ke sekolah.Apabila saya sampai,di dalam dewan,meja ruangan untuk kelas anak saya dah kosong.Saya pun tanya cikgu kat mana saya nak cari cikgu kelas anak saya tu.Cikgu tu cakap mungkin dah naik ke pejabat.So..saya kena lah naik ke tingkat atas.

Pejabat tingkat 2 pulak tu,lif tak de.Terpaksa panjat anak tangga tu sampai 3 pusingan..huhuu..al maklumlah kaki ni penuh dengan besi dan skru kiri kanan.Ala-ala robocop tu,hihii tapi kalau robocop tu sekejap je da sampai tingkat 2 kan.Saya punya lah lembab.Terkedek-kedek je nak sampai kan ke pejabat tu.Sakit punye pasal lah.Tak pe lah..nak ambik duit tu..hihii

Akhirnya usaha nak ke pejabat berjaya.Ketuk pintu dulu..hihii "Afternoon"..(cikgu cina semua)"saya nak jumpe guru kelas 6H dan 2T."Ok..nama anak saya muhd.alif,,""Ermmm..u siapa?" Tanye cikgu tu seakan pelik."Saya mak dia lah..hihii.
Alhamdulillah urusan selesai.

Haish..kat mana yang berbunga-bunga tu kan.Ha..meh sini dekat..Bila Alif balik sekolah dia tanya saya,"mama,cikgu ingatkan mama ni kakak alif"hewhew :D aik,,patut lah cikgu tu tadi nampak pelik je bila tengok saya tadi.hahaa..tu yang dia tanya siapa saya.wah! nampak muda lagi saya ni,ye tak? Mana tak berbunga-bunga hati mama dia ni..hihii."Lepas tu cikgu Alif cakap mama cantik",ahakss..lagi lah bertambah kuntum bunga-bunga ni..:P" Abis Alif cakap apa dengan cikgu?"tanya saya teruja..;) "Alif cakap lah,mama saya memang cantik"..hihihiii..gelak je hati saya ni,,tak boleh nak kira dah berapa kuntum bunga yang sedang kembang kat hati saya ni..:)

Alhamdulillah kalau betul kan.Nikmat yang di beri pinjam.Awet muda lagi saya ni..Apa rahsianya?? Hihii perasan je saya ni,tak de rahsia apa lah..Mungkin sebab saya nampak kecik dan kawen muda kot..Ye lah kawen muda anak pun da besar..Bila tengok rupa macam tak caya je saya dah ada anak seusia 12 tahun.

Bila en.suami balik saya pun cerita lah kat dia..Eiiuw..geli je kan..pastu saya tanya dia "mama cantik ke?"kikikii..en.suami hanya menganggukkan kepala,tanda ye kot..:)Tu sebab lah hati mama berbunga-bunga..ikut usia dah tua saya ni akhir tahun ni masuk 34 dah..

Ok lah nak sambung layan hati yang berbunga ni..:D

Jumaat, 24 Januari 2014

Peha Percuma ?

Sumber

Pilihan di tangan anda! Maaf ye,saya memang tak berkenan tengok orang perempuan pakai legging macam ni,nampak seksi dan hilang kesopanannya.Lebih-lebih lagi yang pakai sama warna dengan kulit.Serius saya terkejut sebab ingatkan orang tu tidak berseluar dan hanya ber underwear,tapi bila semakin dekat baru saya perasan yang orang tu mengenakan legging berwarna kulit.Fuhh..mengucap panjang saya.

Pakai legging ni sama je macam tak pakai seluar,sebab betul-betul ikut bentuk kaki tu.Yang berbadan besar pun da ramai pakai macam ni.Saya yang perempuan tengok pun dah 'alahaiii',apatah lagi orang lelaki ye tak.

Kadang-kadang ada juga yang keluar dengan suami mereka.Dalam hati berkata-kata,,oppss..macam mengumpat jugak lah saya ni kan"eiii..laki dia ni saje je tengok bini dia pakai macam tu,boleh nampak segala bentuk dari luaran.Tak sayang ke biar orang lain tengok segala bentuk yang ada pada tubuh badan si isteri tu"..anggap je lah yang mereka ni jahil atau tahu tapi buat-buat tak tahu.Astaghfirullah..

Sebenarnya suami macam ni,dia tak sayang bini pada hakikatnya.Tok sah la nak bangga yang isteri kita punya body wow..meletup!!..hihii..tapi ingat,bukan kat dunia je meletup,kat akhirat nanti pun sama.Nak ke body yang cantik tu akhirnya di cium oleh api neraka.Subhanallah.Semoga cepat sedar dari kelalaian sebelum terlambat.

So..kita sebenarnya yang pilih jalan kita,sama ada nak ke syurga atau neraka.Tapi kebanyakkan ramai yang pilih ke neraka walaupun tahu bagaimana azabnya.

Saya sendiri tak tahu cara nak tegur orang yang pakai legging ni.Walaupun dengan ahli keluarga sendiri,nak tegur takut silap kalau tak kena caranya.Kadang-kadang boleh pulak dia kata suami dia suka dia pakai macam ni.huhuu.Terbantut terus nak bagi teguran.

Ok lah,,Renung-renungkan.


salam jumaat.
Anne Nurain