Isnin, 28 Januari 2013

DATANG BULAN


Datang bulan.Haa...orang pompuan mesti tau kan, apa tu datang bulan,,,ala~~yang tiap2 bulan kuar darah haid tu.Senang faham uzur la...hehehe..Tp...tau tak macam mana nk terangkan pada anak2 ni.

Benda macam ni, sering anak2 aku tanya bila mama dy tak solat la..Anak2 aku ni, rajin gak tanye, "mama da solat??.Belum, mama cuti,"jawab aku pendek.Waktu ni lah macam2 soalan di tanya.Dulu anak aku yang lelaki selalu tanya.Bila kata cuti, dy tanya pulak kenapa? Jawab aku,, orang pompuan mmg macam tu..Time puasa lak, bile aku tak puasa,, x pernah la ank2 tahu,, tp bile dyorg da ternampak aku minum.Si alif mula rasa pelik bila, aku jawab cuti".Soalan lagi,,, kenapa org pompuan ada cuti puasa, cuti solat..?? Mula timbul rasa nk "jd pompuan je la boleh cuti,, Aku tak de jawapan lg yang nk aku explain..blurrr da

Hingga kini, alif masih belum faham, apa tu cuti bg org pompuan.Nk tau sebab apa? Ni kerana bile dy nmpk org pompuan lain solat,, tp mama dy tak,,, dy rasa pelik lg..( alif ingat cuti pompuan ni sama semua ) "eh, mama..alif nampak ada org pompuan solat kat surau.dia tak cuti pun, mama tpu ea"aku cakap je, nnt kat sek ada belajar la

Hari ni, aku datang bulan.Maka,, tak lah aku bangun solat subuh.kali ni, anak pompuan pulak yg tanye..Biasa dy solat saing aku, tp arini aku suruh dia solat sendiri.dia kata "nape mama x solat"?,"mama cuti...la~alya nak cuti jugak la".Aku cakap tak boleh,, alya kecik lg x de cuti, nnt da besar bru ada cuti".Di tanya lak"alya umo 10 tahun, boleh cuti? Aku kata belum.."abih,, umo berapa boleh cuti? Aku cakap 12,, anak aku ni mmg byk tanya,, tanya lagi, dan lagi,,, lastly aku cakap je, bile da tumbuh tut.....la...hehehe...eh, faham la pulak,, terus diam  no more questions..

Tp aku rasa, budak2 skrg datang bulannya lebih awal.masa aku dulu,, form 2 bru dtg.lewatkan.Teringat pulak, masa first time dtg bulan ni..Takut giler..tak cakap ngan sape2 pun, just curi2 pakai pad kakak.bila time solat, aku macam biasa ambik wudhuk, tp..masuk bilik bkn solat pun, dok pakai telekung je, tonggang tonggek..Tu semua tak nak org tahu, yg aku dtg bulan.Malu~~Pergi sek, x pakai pad, just alas pakai kain je,, abih tembus ke kain sek..aku da macam org nk demam dibuatnya..

Org kata, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.lastly,, kakak aku tau jugak...x boleh rahsia lagi...huhuhu..
a






2 ulasan:

  1. OK, WA..AKU DA CUBE LA CHAT KAT CBOX KOX LEH GAK..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Create account dulu,, isi nama, password dan password lg sekali, tu je..pstu register...

      Padam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain