Terpanggil rasa hati untuk aku kongsikan kisah ini di sini..Pagi jumaat yang mulia, seperti biasa mereka keluar mencari rezeki untuk anak2 dan keluarga.Namun,,, belum pun sempat sampai ke destinasi, berlaku kemalangan yang tidak di duga oleh sesiapa, hanya beberapa km dari rumahnya.kejadian ini berlaku di Pasak.
Menurut apa yang di sampaikan oleh rakan2, kemalangan ini berlaku antara sebuah myvi dan motosikal.Bagaimana kejadiannya, aku tak pasti krn tdk berada di tempat kejadian.hanya mendengar berita dari laman facebook.Kedua2 mangsa, adalah kenalan sekampung ku di felda air tawar 4.Suaminya tdk ku kenali, namun isterinya, sgt aku kenal.mana tak nye,, dulu 1 sekolah walaupun tidak sebaya.Namanya Sarizah.perwatakkan nya lembut dan tdk banyak bicara.
Dalam kejadian ini, allah telah mengambil suaminya terlebih dahulu, innalillah...sayu hati mendengarnya.walau bagaimanapun, dia terselamat dari kemalangan itu.Namun apa yg menyedihkan, kaki nya hancur akibat di langgar.Subhanallah...berat ujian yg di berikan pdnya.Dan apa yang aku dgr, kakinya terpaksa di potong hingga paras lutut.Masyaallah..ibarat sudah jatuh di timpa tangga.Kehilangan suami dan kaki, cukup menguji kehidupan dan keimanan kita pd yg maha pencipta.
Kemalangan sebegini sebenarnya, sudah sering berlaku dan kita dgr.tp kali ini berlaku kepada org yang aku kenal.Sgt2 menyentuh perasaan.sering terbayang2 wajahnya di fikiran aku.bagaimana reaksi beliau bila dpt tahu, suaminya telah pergi dan kakinya.....?? Ya, allah berat sungguh ujian yg kau berikan kpdnya.Aku belum tentu mampu menghadapinya.Namun allah itu maha mengetahui, dy takkan menguji umatnya di luar kemampuan hambanya.
Kenikmatan yg di berikan didunia ini, hanya pinjaman.Dy berhak mengambilnya kembali.Janganlah kita menyalahkan takdir, kerana ini sudah ketentuan darinya.Bagi kita yg masih hidup dan masih berpeluang menikmati kenikmatan yg di beri, bersyukulah, dan bersujud lah kepada maha pencipta.Pandang dari sudut positif,, di saat inilah allah berikan kita peluang utk kita mendekatkan diri kpd allah.
pic ni aku copy dri fb.Detik2 kemalangan yg meragut nyawa. Berdekatan esso di Felda Pasak |
Innalillah~~~ kpd arwah suami beliau.Sesungguhnya, dari allah kita datang, dan kepadanya jua kita kembali.jom sedekahkan al-fatihah buat arwah.bismillah...(sambil baca dalam hati ) semoga rohnya di cucuri rahmat.aminnn..
ni lah rakan kenalan ku yg terlibat dalam kemalangan ini. |
Sekian, wassalam..
#Menurut beliau, ini adalah kemalangan yg ke3 di alami, bersama suaminya.Tp,, kali ini, suaminya kembali ke rahmatullah.Dia tahu, suaminya mungkin meninggal, kerana tdk ada bersama dlm ambulans seperti sebelum ini.al, fatihah...
#Menurut beliau, ini adalah kemalangan yg ke3 di alami, bersama suaminya.Tp,, kali ini, suaminya kembali ke rahmatullah.Dia tahu, suaminya mungkin meninggal, kerana tdk ada bersama dlm ambulans seperti sebelum ini.al, fatihah...
al fatihah
BalasPadam