Memaparkan catatan dengan label Confuse. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Confuse. Papar semua catatan

Ahad, 23 Februari 2014

Pilih Jujur atau menipu



Kredit:google

Sebelum ni saya ada ceritakan mengenai temujanji saya dengan doktor di sini.Biasa lah bila jumpa doktor dia akan tanya keadaan kaki saya macam mana,sakit lagi ke tidak dan macam-macam lah.So..untuk kebaikan saya,saya harus jujur.Saya cakap lah yang kaki saya masih sakit,walaupun doktor cakap tulang yang patah dah bercantum semula.Doktor nak tahu lah kat bahagian mana yang sakit.Tulang dii bahagian punggung masih sakit,nak tidur mengiring pun tak boleh.Untuk pengetahuan tulang peha saya yang patah adalah dari punggung hingga atas lutut.

Bila doktor tanya saya selesa ke tidak,saya jawab tak.Sebab kaki saya tak boleh jejak habis.Doktor suruh saya try jejak.Memang nampak terapung la..hehee..Bincang dengan pakar dan doktor suruh saya cuba dulu pemulihan carakerja dengan menggunakan silikon,jika tak de perubahan baru kita buat opration.huhuu

Saya juga di beritahu yang opration itu akan menyebabkan pendarahan dan risiko jangkitan kuman.Kalau tanya keputusan saya masa tu memang blur sangat2.Tak tahu nak ke tak.

Kredit:google

Semasa saya di hantar ke unit pemulihan carakerja,sepanjang perjalanan saya menuju ke unit tu,saya rasa macam menyesal je jujur dengan doktor tadi tentang keadaan kaki saya tu.Temujanji seterusnya ialah pada bulan 5 akan datang.Tetiba saya dapat idea untuk mengelakkan dari kena opration.Saya nak tipu je doktor tu nanti,nak cakap je kaki saya dah ok dan selesa dengan penggunaan silikon.Jika begitu sudah pasti tidak akan ada lagi opration untuk saya.

Kalau tak ada risiko jangkitan kuman tu ok lagi lah,tapi sebaliknya.Korang tahu kan..jangkitan kuman tu sangat merbahaya.Tak pasal-pasal kaki saya ni kena potong pulak jika dah di jangkiti kuman.Sebab kawan saya xcdent kaki dia hancur di bahagian buku lali ke bawah je,tapi terpaksa di potong sebab dah di jangkiti kuman hingga bawah lutut.Saya tak nak ambil risiko tu.

Kalau korang di tempat saya,apa keputusan korang..Jujur atau menipu?

#internet slow,,x dapat nak bw..sorry.kalau da ok insha allah saya datang.

Anne Nurain