Memaparkan catatan dengan label Telemovie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telemovie. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2013

First telemovie

Haa...ni la first citer filipina yg aku tengok, mula2 x minat.Tapi bila dah tertengok terus x nak lepas walau 1 episod.Aku rasa budak2 sekarang da tak layan citer2 filipina cm ni,yg dy org suke drama korea.Sebelum ni ada entry aku yg citer pasal citer macam ni kan.Tu citer yg kedua selepas citer ni.Tajuk citer ni, Pangako Sayo.
Hero dan heroinnye, sama macam citer sebelum ni.Jericho dan Kristine.Dalam citer ni la dy org jatuh cinta betul2..tapi x kawen pun.Masing2 kawen dgn org lain.Eh aku bkn nak citer pasal cinta kat luar, tapi cinta dalam citer ni.Konsep sama je berpaksikan cinta.Kalau citer cinta yg sebelum ni aku tulis tu pasal cinta dan dendam, tapi yg ni, cinta 2 darjat.Nama watak dlm citer ni ialah Angelo dan Yna.Hahaha..ingat lagi aku.

Koleksi vcd aku.cuma 4 set je yg sempat di beli.

Episod citer ni pon sama panjang macam citer SWNW.Aku ada gak beli Vcd nye.Yg ni pun, tak cukup full episod.Aku dapat beli 4 box je, bermakna cuma 40 episod je.Vcd ni, sekali keluar 10 box terus.Manalah ade duit nak beli sekali gus kan.Bila sampai masa nak beli lagi, dah x de pulak kat kedai2.Tu yg sangkut sampai ctu je.Teringat pulak, masa beli Vcd ni, aku nyorok2 beli, tak nak en.abg tau.Nanti dy marah.Bukannya murah, mahal tu...lagipun segan gak aku coz dy x layan citer2 macam ni..hihi.



                                    

Cinta anak orang kaya dan anak peladang 

                                    


Biasalah ending nye mesti kawen gak kan,setelah macam2 rintangan di lalui.
kalau nak tahu citer selanjutnya,,tengok lah....tapi,panjang tau episod ni.Terus terang aku kata,walau citer ni best,tapi pada aku best lagi citer SWNW.
K,bye..

Isnin, 25 Februari 2013

Aku Suke ' SWNW

Seingat aku citer dalam tahun 2003,Masa tu anak baru sorang,alif.Tajuk citer ni Sanay Wala Nang Wakas.Aku giler sangat2 tengok citer ni.Sampai VCD 10 episod dengan harga RM70 pun aku beli.Malangnye aku x dapat kumpul full episod Vcd ni coz susah dapat kat kedai.Sebelum aku tergila2kan citer ni,aku tengok first drama filipina ni citer Pangako sayo.Hero dan heroin yang sama,Masa tu tengok di Tv je.di siarkan di Tv2.Habis je citer tu aku akan tunggu citer baru pulak.Kebetulan hero n heroin nye sama,tu yang tengok tu,Aku minat sangat dgn Jericho Rosales ni dan Kristine Hermosa.

Hanya 1 set VCD yang dapat aku beli.ada lagi 9 set VCD yg x dapat aku cari.1 set Rm70.Masih dalam simpanan

Cerita ni adalah kisah cinta yang banyak ujian dan pengorbanan.Lau yg belum tengok mesti x tau betul ke tak ape aku cakap,yang pasti lau dah tertengok mesti nak terus tengok.Episod citer ni memang panjang giler.nak dengan tak je menunggu.


Ni episod pertama.Detik2 pertemuan antara Ara dan Christian.Terdampar di sebuah pulau yg akhirnya melahirkan bibit2 cinta.Bermula babak2 cinta.


Semua konflik bermula di sini,bila ayah Ara mengajak ibunya  lari,malangnya ibu ara tidak mahu mengikut Anton iaitu ayah Ara kerana lebih memilih untuk bersama ayah Christian.Dalam kejadian itu berlaku perebutan dan tembak menembak berlaku. Akhirnya mengorbankan nyawa ayah Christian.Sedang kedua2nya hanyut di lambung cinta,Christian mendapat tahu pembunuh ayahnya adalah ayah kepada Ara,walaupun itu tidak benar.Jadi..siapa pembunuh sebenar ayah Christian..Maka Christian mula menyimpan perasaan dendam terhadap keluarga Ara.Dan....konflik cinta dan keluarga bermula..



Episod di mana ara dan christian bertemu semula selepas kemalangan yg menyangka Ara telah mati.Sedih sangat2.Ketika ini hati ara telah di miliki orang lain,setelah Christian di penuhi perasaan dendam terhadap keluarga Ara atas kematian ayahnya.


Ara meluahkan perasaan cintanya kepada Christian melalui sepucuk surat dan di masukkan ke dalam botol dan di buang ke laut.Akhirnya...Christian yg menjumpainya.Arrrggghhhhh..penat nak citer.Lau nak tau cer la tengok bestt gilerrr.

Make Your Own Gifts Here
Anne Nurain