Jumaat, 24 Januari 2014

Peha Percuma ?

Sumber

Pilihan di tangan anda! Maaf ye,saya memang tak berkenan tengok orang perempuan pakai legging macam ni,nampak seksi dan hilang kesopanannya.Lebih-lebih lagi yang pakai sama warna dengan kulit.Serius saya terkejut sebab ingatkan orang tu tidak berseluar dan hanya ber underwear,tapi bila semakin dekat baru saya perasan yang orang tu mengenakan legging berwarna kulit.Fuhh..mengucap panjang saya.

Pakai legging ni sama je macam tak pakai seluar,sebab betul-betul ikut bentuk kaki tu.Yang berbadan besar pun da ramai pakai macam ni.Saya yang perempuan tengok pun dah 'alahaiii',apatah lagi orang lelaki ye tak.

Kadang-kadang ada juga yang keluar dengan suami mereka.Dalam hati berkata-kata,,oppss..macam mengumpat jugak lah saya ni kan"eiii..laki dia ni saje je tengok bini dia pakai macam tu,boleh nampak segala bentuk dari luaran.Tak sayang ke biar orang lain tengok segala bentuk yang ada pada tubuh badan si isteri tu"..anggap je lah yang mereka ni jahil atau tahu tapi buat-buat tak tahu.Astaghfirullah..

Sebenarnya suami macam ni,dia tak sayang bini pada hakikatnya.Tok sah la nak bangga yang isteri kita punya body wow..meletup!!..hihii..tapi ingat,bukan kat dunia je meletup,kat akhirat nanti pun sama.Nak ke body yang cantik tu akhirnya di cium oleh api neraka.Subhanallah.Semoga cepat sedar dari kelalaian sebelum terlambat.

So..kita sebenarnya yang pilih jalan kita,sama ada nak ke syurga atau neraka.Tapi kebanyakkan ramai yang pilih ke neraka walaupun tahu bagaimana azabnya.

Saya sendiri tak tahu cara nak tegur orang yang pakai legging ni.Walaupun dengan ahli keluarga sendiri,nak tegur takut silap kalau tak kena caranya.Kadang-kadang boleh pulak dia kata suami dia suka dia pakai macam ni.huhuu.Terbantut terus nak bagi teguran.

Ok lah,,Renung-renungkan.


salam jumaat.

Rabu, 22 Januari 2014

Eh! betullah.



Dalam entry ini,ramai juga yang beri jawapan yang confuse antara halia dengan lengkuas,daun sup dengan daun saderi atau daun ketumbar dan antara daun kucai dengan daun bawang.Ada juga yang bagi jawapan tepat.Nak tahu mana yang betul,Jom tengok jawapan dari en,google.
Gambar-gambar ni  sumber dari google.

Lengkuas

Daun saderi
Daun kucai

Siapa yang bagi jawapan tepat dan betul,sila angkat tangan.hehee..

Sebenarnya saya juga confuse,kalau hanya tengok je tanpa menghidu baunya.Time beli main ambik je,bila nak masak baru perasan yang baunya lain.hahaa..

Baru-baru ni,saya menyuruh en.suami beli halia dan kucai..Masa nak masak saya cari halia tak jumpa,dalam bungkusan yang baru saja di beli.Yang saya jumpa,lengkuas..lalu saya tanya en.suami,yang dia tak beli pun halia yang saya suruh tu.En.suami menegaskan yang dia dah beli dan menganggap saya pula yang tak jumpa dalam bungkusan tu..amboii..confident sungguh.

Memang sah lah,lengkuas yang saya jumpa tu di ingatkan halia oleh en.suami,begitu juga dengan kucai.hahaa..lawaks betul kan.Benda macam ni pernah berlaku ke kat korang?
Anne Nurain